3

21.8K 829 154
                                    

Ulya berlari menuju ke pantai yang terletak di belakang  Masjid Al Salam. Ulya berlari dan terus berlari sehingga dia jatuh terjelopok jatuh di atas pasir pantai, dia menangis teresak-esak sambil menggenggam kuat kain baju jubah yang dia pakai ini..

"Arghhhhh!!!!" Jerit Ulya sekuat hati, air mata terus membasahi pipinya.

"Sabar kak.." Aira memeluk erat tubuh kakaknya, dia turut menangis saat ini. Kasihan dia melihat keadaan kakaknya yang sangat berharap menjadi isteri kepada Ilyas Syafiq tetapi lelaki itu menghancurkannya sekelip mata. Perkara paling kejam lelaki itu curang dengan Jesnita, sepupu yang paling kakak rapat.

"Kakak sedih dik, sepupu yang paling kakak percaya, yang paling kakak sayang. Rampas tunang kakak." Ulya memukul dada kirinya berkali-kali sambil menangis teresak-esak.

"Dua orang tu memang setan la kak. Adik pun tak percaya apa yang kita buat semalam tu ialah untuk majlis perkahwinan diaorang. Adik dapat rasakan nenek terlibat dengan semua ni, sampai hati diaorang buat kakak macam ni." Siapa sangka seharian mereka sibuk mengurus persiapan supaya majlis berjalan lancar rupanya untuk Majlis perkahwinan Ilyas dan Jesnita.

Semakin laju air mata Ulya saat mendengar kata-kata Aira.

"Apa dosa kakak sampai Nita dan nenek sanggup buat macam ni dekat kakak? Ilyas pula mempermainkan kakak, lagi 3 hari kami nak menikah, dia curang dan nikah dengan orang lain. Sedangkan semua persiapan dah siap, tetamu pun dah jemput. Kasihan abah, mesti abah akan malu dengan orang masjid. Kenapa hidup kakak macam ni?" Ulya menangis memeluk erat tubuh Aira, dia meraung di dalam pelukan adiknya ini. Abah bilal masjid pasti nama dia akan terpalit dengan kejadian ini. Bagaimana la abah mahu berdepan dengan perkara yang sangat memalukan ini.

"Kakak tak sangka semalam kakak hias bunga telur untuk majlis perkahwinan diaorang, akak gosok kan baju nikah Nita dan Ilyas, paling teruk akak mengaminkan doa ketika majlis kesyukuran agar hubungan mereka kekal selamanya." Kata Ulya dengan perasaan kesal dan berasa dirinya sangat bodoh kerana tidak menyedari dirinya yang sebenarnya telah di tipu oleh dua orang yang dia sayang.

"Bukan main perempuan tu kata nak belanja lukis inai la, bermanja dengan kakak la rupanya dusta belaka. Dasar perempuan cacing tak cukup zat." Luah Aira tidak puas hati dengan sikap hipokrit Jesnita.

"Kalau la adik dapat perempuan tu, adik pijak-pijak dia sampai jadi bulat lepas tu tendang dia keluar bumi. Manusia macam tu tak patut tinggal dekat bumi ni, menyakitkan hati je." Bebel Aira lagi, dia sangat sakit hati dengan perempuan bernama Jesnita.

"Dah la tu adik, jangan nak buat apa-apa dekat Nita tu. Nanti nenek mesti marah abah, kakak tak nak nenek sumpah seranah abah." Kata Ulya sayu, dia tahu jika nenek tidak puas hati dengan mereka pasti abah akan di marah teruk olehnya.

Aira mengeluh mendengar kata-kata Ulya, macam mana la kakak tahu rancangannya. Bila fikirkan tentang abah, tiba-tiba dia terpaksa membatalkan niatnya itu.

"Kakak?" Ulya sebak mendengar suara itu, dia menoleh. Susuk tubuh abahnya sedang berdiri di belakangnya dengan senyuman yang terukir di bibir.

Ulya bangun dan berlari ke arah abahnya, dia menangis teresak-esak sambil memeluk erat tubuh tua abahnya.

"Abah, kakak sedih. Kenapa diaorang buat kakak macam ni? Kenapa diaorang mempermainkan maruah kita?"

"Sabar la kakak, anggap la ni ujian daripada
Allah SWT. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan semuanya." Kata Encik Daud sambil mengusap kepala Ulya. Dia turut sedih apabila mengenangkan apa yang terjadi, melihat Ilyas duduk di hadapan Tok Kadi jantung Encik Daud hampir terhenti kerana terkejut tetapi dia tanamkan di dalam hati redha dengan setiap ujian yang Allah SWT berikan.

ISANARRA (C)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon