27

20.3K 739 35
                                    

"Sayang?" Panggil Isa dengan nada suara romantik sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kereta. Dia mencapai jari jemari Ulya dan dicium penuh rasa cinta.

Ulya mengereng sikit tubuhnya membelakangi Isa. Dia tahu perbuatan ini berdosa tetapi perasaan marah terhadap Isa membuak-buak saat ini.

"Sayang marah abang pasal apa ni? Pasal Aldo ke pasal anak panda?" Selagi kemarahan Ulya tidak reda, selagi itulah dia tidak akan mulakan pemanduannya.

Ulya diam membisu, apa saja pertanyaan Isa tidak di jawab hanya keluhan kedengaran.

Isa mengukir senyuman melihat Ulya masih merajuk ini, tiba-tiba dia mendapat satu idea kemudian dia mula memandu menuju ke satu tempat. Hampir 5 minit memandu Isa berhenti di hadapan sebuah kedai serbaneka.

Isa melangkah masuk ke dalam kedai serbaneka, selang beberapa minit dia keluar daripada kedai itu sambil membawa aiskrim cornetto perisa vanilla.

"Sayang, abang ada belikan aiskrim cornetto vanilla, nak tak? Kalau tak nak abang makan." Ujar Isa sambil menunjuk aiskrim cornetto di hadapan mata Ulya sengaja mahu mengumpan isterinya ini.

Ulya mengetap bibir melihat aiskrim cornetto yang sangat sedap ini. Dia menoleh memandang Isa,laju jari jemarinya mencubit lengan Isa.

"Argh! Sakit sayang. Kenapa cubit abang? Belanja aiskrim pun kena cubit ke?" Isa menggosok lengannya yang terasa pedih kerana dicubit oleh Ulya.

"Narra sakit hati tau dengan abang, first sebab abang tipu kata Aldo tu kucing tapi rupanya singa. Second sebab abang letak nama Narra dekat anak panda, rupa Narra ni macam panda ke? Sampai nak letak nama Narra dekat panda." Bebel Ulya meluahkan apa yang terbuku di dalam hati, siapa tidak sakit hati apabila nama dia yang sedap ini diletakkan pada binatang walaupun binatang tu comel.

Isa mengukir senyuman mendengar kata-kata Ulya, pelahan-lahan dia mendekatkan jarak dengan Ulya kemudian dia menundukkan wajah dan mencium bibir kemerahan isterinya ini. Lama bibir mereka. bertaut.

"Abang minta maaf, bukan niat abang nak tipu sayang. Abang saja nak bergurau dengan ratu hati abang ni. Pasal nama Nara dekat anak panda tu sebab abang rindu sangat dekat sayang. Jangan la merajuk lagi, nanti abang rindu." Kata Isa dengan nada suara romantik sambil mengusap lembut pipi Ulya, lalu dia mengucup lama dahi isterinya ini.

Ulya mula tenang selepas Isa memberi kucupan indah dibibirnya. Kenapa la dia mudah sangat cair dengan lelaki ini, baru nak merajuk lama tetapi dia tewas juga dengan rayuan Isa.

'Tukar nama panda tu, jangan la Nara. Abang dah ada Narra kan? Tak nak ada Nara lain." Isa ketawa mendengar kata-kata Ulya. Tidak sangka dengan panda pun Ulya boleh cemburu.

"Okay sayang, abang janji akan tukar nama panda tu. Cukup la Narra abang ni di dalam hati, tak nak ada yang lain." Balas Isa sambil mengusap lembut pipi isterinya ini.

"Nak aiskrim." Minta Ulya dengan nada suara yang manja.

Isa membuka pembalut aiskrim untuk Ulya, nampaknya isterinya sudah tidak merajuk lagi, tenang perasaanya melihat Ulya mengukir senyuman ketika sedang menikmati aiskrim ini.

"Sayang dah tak merajuk dengan abang kan?" Satu kucupan hinggap di pipi Ulya.

"Ermm.. tak sebab abang dah belanja aiskrim sedap. Abang, kenapa Aldo rapat dengan abang? Dia tak gigit abang ke?" Tanya Ulya hairan, apabila melihat binatang buas itu mengigil badannya kerana ketakutan. Risau jika singa jantan itu tiba-tiba menerkam ke arahnya.

"Abang jaga Aldo daripada baby, time dia datang zoo tu still baby lagi. Abang bagi susu dan mandikan dia, makin lama abang jaga dia abang makin sayang. Hari-hari abang cakap bahasa Italy sebab tu la dia faham apa abang cakap." Ujar Isa mula bercerita tentang Aldo sambil memulakan pemanduannya.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now