23

21.6K 802 103
                                    

Dewan Heritage Hotel dihiasi cantik dan Indah sempena majlis perkahwinan Tengku Isa Ethan dan Ulya Inarra. Siling dewan dihiasi lampu chandelier yang besar dan dihiasi cahaya lampu yang warna warni seperti aurora yang menghiasi bumi Antarctica. Lebih 100 ribu kuntum rose pink segar digunakan untuk menghiasi dewan ini. Ulya terpegun saat lalu dibawah pedang tentera yang mengiringi dia dan Isa sepanjang mereka menuju ke pelamin, dia tidak sangka Isa telah menyediakan sesuatu yang hebat untuk majlis perkahwinan mereka ini. Alunan selawat kepada Rasulullah SAW mengiringi mereka sepanjang menuju ke pelamin, tenang jiwa saat mendengar alunan selawat ini..

Ulya dan Isa sama melangkah menaiki anak tangga menuju ke pelamin, Isa berhenti ditengah anak tangga ini dan memberi laluan kepada Ulya untuk berjalan naik ke atas pelamin terlebih dahulu kerana dia mahu membetulkan kain baju Ulya yang labuh ini agar isterinya selesa berjalan dan juga tidak terpijak lebihan kain kemungkinan akan menyebabkan isterinya terjatuh.

"Hati-hati sayang." Bisik Isa pelahan apabila melihat Ulya hampir tersandung kerana tersalah langkah.

Sebelum Ulya duduk, Isa membetulkan veil yang labuh dipakai Ulya ini agar memudahkannya untuk duduk. Isa duduk setelah memastikan isterinya di dalam keadaan selesa lalu dia menggenggam erat jari jemarinya.

"Welcome to my world, sayang. You are my queen and I'm your king." Bisik Isa sambil mengucup tangan Ulya, beberapa mata pasang mata yang memandang ke arah mereka tidak dia perdulikan.

Ulya tergamam mendengar kata-kata Isa, lama dia memandang wajah suaminya. Adakah benar Isa ikhlas dengan segala kekurangannya?

"Kenapa pandang abang macam tu? Dah jatuh cinta ke?" Isa mengenyit mata kepada Ulya lalu dia mencuit hujung hidung isterinya.

Ulya tersedar daripada lamunan, dia terus palingkan wajahnya ke arah lain. Malunya apabila Isa mula menyedari perbuatanya itu, dia tertunduk menahan perasaan malu saat ini.

Jesnita mendengus kasar melihat kemesraan Isa dan Ulya di atas pelamin. Semakin dia ingin membuat Ulya menderita tetapi dia semakin tidak berjaya. Dia pula semakin menderita, dia mengajak Ilyas datang ke sini tetapi lelaki itu menolak kerana katanya tidak sanggup melihat buah hatinya menderita. Terseksa jiwa Jesnita saat mendengar kata-kata Ilyas. Kenapa Ulya selalu saja bernasib baik sedangkan dirinya tidak habis di timpa malang? Pasti gadis itu mengamalkan ilmu jahat supaya disayangi semua orang.

"Cantiknya dewan ni, untungla Yaya walaupun cacat tapi boleh dapat suami jutawan." Kata Hajah Maimunah terpegun melihat dewan yang dihias indah ini.

Berkerut dahi Jesnita mendengar kata-kata nenek.

"Cacat? Siapa cacat?" Tanya Jesnita hairan.

"Yaya tu la cacat. Dia dah buat pembedahan buang rahim, jadi maknanya dia dah tak boleh mengandung seumur hidup dia. Nek pelik la kenapa lelaki macam Isa tu nak juga perempuan macam Yaya walaupun tahu dia dah cacat tak boleh mengandung." Bisik Hajah Maimunah dengan nada suara tidak puas hati. Dia bukan suka jika melihat Ulya bahagia, kalau boleh dia mahu hidup gadis itu menderita kerana dia tersangat membenci ibunya.

Jesnita terkejut mendengar kata-kata nenek, terukir senyuman sinis dibibirnya. Dia sudah mempunyai senjata untuk membuat hidup Ulya terus sengsara, sebaik mana pun lelaki pasti mahukan zuriat daripada benihnya. Dia yakin Isa seperti lelaki lain yang hanya mampu bertahan sekejap saja dengan Ulya selepas itu pasti lelaki itu akan mencari perempuan yang mampu melahirkan zuriatnya.

"Ala nenek perkahwinan mereka tak akan bertahan, Isa tu nampak je baik tapi iman dia lemah. Nita yakin kalau hasut sikit confirm dia tinggalkan Yaya tu." Balas Jesnita dengan yakin yang perkahwinan Ulya dan Isa tidak akan bertahan lama.

"Nenek pun rasa macam tu, lelaki sebaik mana pun mestilah nak anak. Lagipun perempuan macam Yaya tak layak hidup dengan lelaki sempurna macam tu, dia tu dah la anak haram, mandul pula tu." Ujar Hajah Maimunah sambil merenung tajam ke arah Ulya dan Isa yang sedang tersenyum bahagia di atas pelamin. Dia akan pastikan senyuman Ulya itu tidak akan kekal selamanya.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now