14

20.7K 863 96
                                    

Ilyas memandu keretanya memasuki perkarangan rumah banglo Hajah Maimunah. Jika turut kehendak hatinya, dia tak mahu menjejak kaki di rumah ini tetapi apabila tahu tentang majlis pertunangan Ulya, dia relakan hati demi wanita kesayangannya itu. Dia tidak sangka Ulya akan menemui penggantinya secepat ini, baru saja dia mahu memikat kembali wanita itu.

"Ada aku kisah dia bertunang ke kahwin, kalau aku kata  aku nak dia maknanya aku nak dia."Bebel Ilyas sendirian di dalam kereta. Stereng kereta di pukul berkali-kali, dia memang tekad mahukan Ulya Inarra kembali.

Tuk! Tuk! Ketukan pada tingkap kereta mengejutkan Ilyas yang sedang mengalamun. Dia mendengus kasar saat melihat Jesnita di luar kereta, dia menyampah dan meluat melihat Jesnita kerana baginya wanita itu adalah penghancur kebahagiaannya.

"Nak apa?" Tanya Ilyas dengan nada suara yang agak kasar sebaik sahaja melangkah keluar daripada kereta.

"Bie, dah makan?" Jesnita mencapai tangan Ilyas lalu dikucup dengan penuh kasih sayang.

"Apahal kau ni?! Tak payah nak tunjuk sangat kau ni isteri yang baik, geli tahu tak?" Marah Ilyas sambil menarik kasar tangannya daripada terus dipegang oleh Jesnita. Lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah banglo mewah Hajah Maimunah meninggalkan Jesnita sendirian di situ, malas dia mahu melayan perempuan selekeh itu.

Menitis air mata Jesnita apabila melihat sikap kasar IIyas, walauapapun terjadi dia tidak akan putus asa untuk menagih cinta suaminya itu.

Ternampak susuk Ulya di ruang dapur membuatkan jiwa Ilyas meronta-ronta mahu mendekati wanita kesayangannya itu. Dia tidak mahu memperdulikan tentang status wanita itu yang kini adalah tunang orang.

"Hai baby." Tegur Ilyas sambil berdiri di sebelah Ulya yang sedang leka membasuh pinggan, walaupun hanya memakai tudung bawal dan baju kurung cotton wanita ini kelihatan sangat menarik lebih-lebih lagi minyak wangi wanita ini yang menusuk ke deria baunya membuatkan jiwanya tidak tenang.

Ulya melepaskan keluhan kasar apabila melihat Ilyas muncul di ruang dapur ini. Apa la lelaki ini mahukan daripadanya kalau la nenek nampak ni pasti dia akan dimarahi teruk oleh nenek.

"Jangan kacau saya boleh tak? Pergi la, kalau nenek nampak saya kena marah nanti." Kata Ulya tidak puas hati apabila Ilyas berdiri semakin rapat di sebelahnya.

"Baby, jangan la sombong sangat. Tahu la sekarang ni dah jadi tunang orang tetapi saya tahu awak masih mencintai saya."

Ulya ketawa mendengar kata-kata Ilyas dasar lelaki kuat perasan. Nama lelaki ini telah disenarai hitam daripada memasuki ke dalam hatinya, hanya satu nama yang kini bertakhta di dalam hatinya, Tengku Isa Ethan.

"Awak tak payah nak perasan la. Awak nampak cincin besar ni, itu tandanya di dalam hati saya milik pemberi cincin ni. So, tolong la terima kenyataan yang kita tak akan pernah bersama kembali." Ujar Ulya dengan nada suara tegas dan serius sambil menunjuk cincin di jari manis tangan kirinya. Jika ada speaker dia akan menggunakannya supaya Ilyas lebih jelas dan faham.

Terbit perasaan cemburu di dalam hati Ilyas saat mendengar kata-kata Ulya, dia tidak akan berputus asa untuk terus memujuk dan merayu sehingga Ulya meninggalkan tunangnya itu.

"Baby, I love you. Please la faham perasaan saya yang tak boleh hidup tanpa awak." Rayu Ilyas sambil memegang lengan Ulya.

Ulya yang sedang membasuh pinggan terkejut dengan perbuatan Ilyas yang baginya sangat melampau. Tangan Ilyas di tepis dengan kasar.

"Jangan nak melampaui batas, sedar sikit awak tu suami orang." Marah Ulya sambil melangkah menuju ke meja makan.

Ilyas melepaskan keluhan kasar, sukarnya mahu memujuk wanita bernama Ulya Inarra.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now