32

17.1K 640 26
                                    

Ulya melangkah keluar daripada bilik air dan mendekati Isa yang sedang mengemas pakaian di dalam wardrobe. Sebak perasaannya melihat suaminya sedang melakukan persiapan untuk berbakti kepada negara.

"Abang? Sampai bila kita nak berahsia dengan bonda yang Narra sebenarnya tak boleh mengandung." Tanya Ulya sambil berdiri di muka pintu, sesekali dia melepaskan keluhan. Dia tidak sanggup terus menipu jika bonda bertanya tentang anak kerana dia tidak mahu memberi harapan kepada bonda.

Isa mendekati Ulya, lalu dia mencapai jari jemarinya dan dikucup dengan penuh rasa cinta.

"Balik je abang dari Ukraine kita beritahu bonda semuanya. Abang akan pujuk bonda supaya redha dengan apa berlaku ni." Isa mengusap lembut pipi isterinya , kemudian dia mengucup lama dahi Ulya.

"Abang rasa bonda boleh ke terima Narra yang cacat ni?" Air mata mula membasahi pipi Ulya. Dia tidak dapat membayangkan perasaan bonda apabila mengetahui menantunya ini sebenarnya seorang yang cacat.

"Sayang tak cacat, rahim sayang kena buang sebab sayang sakit. Kalau tak dibuang benda tu akan bahaya untuk diri sayang. In Shaa Allah bonda boleh terima, kalau bonda tak boleh terima abang akan pujuk sehingga bonda terima kekurangan sayang." Kata Isa bersungguh-sungguh sambil mengesat air mata yang membasahi pipi Ulya.

"Macam mana pula dengan status anak haram Narra ni? Bonda boleh terima ke menantunya ini sebenarnya anak haram? Macam mana kalau bonda semakin membenci Narra?"Bertalu-talu pertanyaan Ulya semakin laju air mata mengalir dan tangisannya menjadi teresak-esak. Dia tidak tahu apa nasib dirinya apabila bonda dan Irma tahu tentang dirinya, adakah dia perlu berpisah dengan Isa? Dia tidak sanggup mahu berpisah dengan suaminya ini.

Isa memeluk erat tubuh Ulya dan kucup kepala Ulya berkali-kali.

"Sayang, abang doakan semoga sepanjang abang tak ada ni, sayang sentiasa dilindungi Allah SWT. Semoga semuanya tak akan terbongkar sepanjang abang tak ada disisi sayang. Biar la apa-apa yang nak berlaku abang ada bersama sayang kerana abang ingin melindungi sayang dari segala kesakitan yang ada di dalam dunia ni." Berdoa Isa supaya isterinya dijauhi daripada sebarang kejahatan dunawi.

"Narra takut.." Luah Ulya, dia memeluk kemas tubuh Isa dan sandar kepalanya pada dada sasa suaminya.

"Sayang, kita sama-sama berdoa ya? Semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah SWT." Isa melepaskan pelukan dan memandang tepat kedalam anak mata Ulya. Dia meletak tapak tangan di atas kepala isterinya ini.

"Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga Allah memberi ketenangan kepada isteri abang sepanjang abang tak ada dan semoga isteri abang ni dijauhi sebarang kejahatan dunia. Kalau sayang rindu abang letak tapak tangan pada degupan jantung dan berdoa semoga Allah menyembuh kesakitan rindu itu." Kata ISa sambil memegang tangan Ulya dan meletak tapak tangannya pada dada kiri dia lalu dia tunduk mencium ubun-ubun isterinya ini.

Ulya tenang merasai degupan jantung Isa. Dia pasti akan merinduinya.

"Perlu ke abang pergi lama macam ni?" Ulya masih tidak dapat menenangkan perasaannya, dia benar-benar tidak sanggup berjauhan dengan Isa. Kenapa la dia perlu hadap berpisahan ini? Dia tidak sanggup.

"Sayang, memang ni risiko kalau berkahwin dengan tentera macam abang. Kalau boleh abang pun tak nak tinggalkan sayang tapi negara memerlukan abang. Ada tanggungjawab yang perlu abang selesaikan. Abang janji akan balik pada ratu hati abang ni." Isa cuba menenangkan perasaan Ulya yang tidak tenteram ini. Tubuh Ulya di peluk dengan erat lagi, pelahan-lahan dia mengusap rambut Ulya yang ikal mayang ini.

Ulya melepaskan pelukan Isa, dia menggeleng kepala. Air mata terus mengalir laju dipipinya.

"Kenapa abang kerja tentera? Cari kerja lain yang tak perlu jauh dengan Narra. Tolong la jangan pergi, Narra tak nak berpisah dengan abang." Merayu Ulya, dia berat untuk melepaskan suaminya pergi. Hatinya benar-benar terseksa saat ini.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now