25

22.7K 847 68
                                    

"Bismillahirahmannirahim... Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ampuni la dosa-dosa kami, dan kedua ibubapa kami, aku bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami. Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakan la kebahagiaan kepada ku dan isteri Ulya Inarra untuk selamanya, semoga rasa cinta antara kami tidak pernah pudar sehingga nyawa terpisah daripada jasad, lindungi la kami daripada hasad dengki manusia, dan semoga perkahwinan kami ini kekal selamanya. Semoga rumah tangga yang dibina ini menguatkan lagi rasa cinta kepada Mu Ya Allah, memperkenankan la doa kami ini. Aamiin Ya Rabba Alalamiin.." Isa mengaminkan doa usai sahaja menunaikan solat fardhu subuh dua rakaat.

Isa membetulkan kedudukannya dan menghadap Ulya, dia meletak tapak tangan kiri pada ubun-ubunnya dan tangan kanan menadah tangan membaca doa.

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau lindungi la isteri ku Ulya Inarra daripada sebarang keburukan, berikan la ketenangan hati kepadanya dan kuatkan la hatinya menghadapi dugaan mu, sesungguhnya aku sangat mencintai dia. Engkau memperkenankan la doa ku ini. Aamiin Ya Rabbalamiin.."Usai mengaminkan doa, Isa mencium ubun-ubun Ulya dan kemudian turun ke bibirnya.

Ulya tergamam saat bibir Isa menyentuh bibirnya.

"Terima kasih sayang teman abang drive semalam." Ucap Isa sambil mengenyit mata kepada Ulya. Kemudian dia mendukung Ulya naik ke atas riba dia yang sedang duduk bersila.

Ulya tersipu apabila mengenangkan hal malam tadi.

"Awak ni memang miang kan?" Sindir Ulya sambil memukul pelahan dada Isa.

"Memang la abang miang dengan sayang je, bila nak panggil abang?" Tanya Isa sambil membuka telekung yang di pakai Ulya, jari jemarinya menyisir rambut Ulya yang Ikal mayang paras ketiak.

"Nanti la tak ready lagi la."

"Kenapa? Bukan ke sebelum sayang sakit tu, sayang nak mengorat abang ke? Sekarang macam dah tak nak dekat abang je." Isa memeluk erat tubuh Ulya sambil membenam wajahnya di leher jinjang isterinya ini.

Ulya berasa serba salah saat mendengar kata-kata Isa, dia bukan tidak mencintai tetapi dia berasa kerdil apabila berada di sisi lelaki ini.

"Bukan saya tak nak dekat awak tapi saya rasa tak layak nak duduk di sisi awak, saya ni terlalu banyak kelemahan dan kekurangan."

"I don't care who you are,Where you're from,
What you did As long as you love me." Balas Isa sambil menyanyi lagu As Long as You Love Me nyanyian kumpulan Backstreet Boys, kemudian dia mengucup lama pipi isterinya ini.

Ulya mengetap bibir mendengar Isa menyanyi, dia serius boleh pula suaminya ini ajak bergurau.

"Awak, saya serius la." Merungut Ulya sambil memukul dada sasa Isa lagi.

Isa ketawa melihat reaksi Ulya, muncung comel isterinya telah muncul. Semakin erat dia memeluk pinggang Ulya yang sedang duduk di atas ribanya.

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang, Abang berjanji akan menjaga sayang seumur hidup abang dan satu benda yang abang nak sayang tahu cinta dan setia abang pada sayang infiniti. Apa pun kekurangan dan kelemahan sayang abang terima seadanya." Kata Isa sambil mengucup tapak tangan Ulya.

Sebak Ulya saat mendengar kata-kata Isa, lelaki ini benar-benar ikhlas mencintainya.

"Walaupun kita tak ada anak, awak betul-betul tak kisah?" Tanya Ulya nada suara sayu.

"Ya sayang, abang dah redha kalau kita ditakdirkan tak ada anak sebab anak bukan la pengukur utama sebuah rumah tangga untuk bahagia. Kebahagiaan adalah terletak pada diri seseorang itu, jika dia ingin hidup bahagia kena la berusaha untuk bahagia dengan cara apa pun, betul tak? Kebahagiaan abang ialah pada sayang." Kata Isa nada suara romantik satu kucupan hinggap di bibir Ulya seketika.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now