29

19.7K 722 105
                                    

Encik Daud memandu keretanya memasuki perkarangan rumah lalu diberhentikannya di hadapan rumah kampung ini.

"Kakak dengan abang dah sampai la. Adik nak tunjuk kuih ketayap ni dekat kakak la." Kata Aira teruja apabila melihat Bugatti chiron di hadapannya, dia tidak sabar mahu menemui Ulya kerana ingin menunjuk kuih kegemaran kakaknya yang dia ambil di masjid.

"Jangan lupa buka pintu belakang sebab abah kunci dari luar." Pesan Encik Daud apabila melihat Aira kelam kabut melangkah keluar daripada kereta ini.

"Baik abah." Balas Aira sambil membuat tabik hormat kepada abahnya, kemudian dia melangkah menuju ke pintu belakang dapur. Kunci selak pintu dapur ini di tarik maka pintu dapur terbuka luas, Aira tergamam seketika saat melihat adegan romantik di hadapannya. Selalunya dia melihat di dalam Kdrama tetapi kali ini dia melihat di dunia realiti. Tidak semena mangkuk tingkat yang sedang dia pegang terlepas daripada tangan dan jatuh di atas lantai.

Tang!

Bunyi itu mengejutkan dua orang yang sedang melayan keasyikan ciuman cinta itu, Aira terus berpaling ke arah lain apabila Ulya memandang tepat ke arahnya, adakah dia muncul salah masa? Atau mereka bersalah kerana melakukan adegan romantik itu di tempat yang salah?

Ulya terkejut melihat Aira sedang berdiri di muka pintu dapur ini, aduhai malunya kerana adiknya nampak adegan ciuman tadi. Ulya mengukir senyuman memandang Aira, dia cuba belagak selamba tetapi hakikatnya dia berasa sangat malu saat ini.

"Adik? Abah mana?" Tanya Ulya gelisah cuba menyembunyikan perasaan malunya.

Isa sambung kembali menikmati nasi goreng kampung ini, dia bukan buat salah pun cuma salah tempat saja. Kenapa la masa ni la Aira nak muncul? Carilah masa lain yang sesuai tidak pasal dia menonton ciuman secara langsung.

Aira menggaru kepala yang tidak gatal, dia jadi buntu seketika.

"Ha? Kenapa tercegat dekat sini? Tengok tu macam mana la mangkuk tingkat ni boleh jatuh nasib la tak ada makanan berkuah." Bebel Encik Daud hairan melihat Aira masih tercegat di muka pintu dapur ini, dia mengutip mangkuk tingkat yang tergolek di atas lantai.

Aira hanya tersengih mendengar abahnya membebel, bukan dia sengaja jatuhkan mangkuk ini tetapi terkejut melihat kakak dan abang iparnya bercumbu dekat dalam dapur ini.

"Bila kakak dan Isa sampai? Ini ada kuih ketayap orang masjid bagi." Kata Encik Daud sambil meletak mangkuk tingkat dia atas meja makan.

"Baru je abah tapi sempat juga la masak nasi goreng." Balas Isa sambil bersalaman dengan bapa mentuanya.

"Sedapnya kuih ketayap, abah ni tahu-tahu je kakak teringin nak makan kuih ketayap." Kata Ulya teruja sambil membuka mangkuk tingkat ini.

"Adik sebenarnya tadi nak bagi kakak kuih ni la tapi..ternampak drama pula." Sindir Aira, terukir senyuman sinis dibibirnya sambil memandang ke arah Ulya. Dia mengambil duduk berhadapan dengan Ulya, sempat juga dia mengerling ke arah abang iparnya yang sedang leka menikmati nasi goreng, lelaki itu memang muka tidak tahu malu ke? Dia boleh pula makan dengan berselera selepas apa yang terjadi tadi.

Ulya mengecilkan matanya memandang Aira, geram melihatnya. Adiknya kalau bab menyindir orang memang nombor satu.

"Baiknya adik kakak ni." Balas Ulya sambil mencubit pipi Aira. Kemudia dia ketawa melihat reaksi Aira apabila dia mencubit pipinya

"Sakit la kakak." Merungut Aira, dia membalas dengan memukul bahu kakaknya, terasa kebas pipinya akibat di tarik oleh Ulya.

"Haish korang ni depan makanan pun nak gaduh, kakak bawa Isa ke bilik berehat, dia nampak penat tu, petang ni kita nak kena pergi rumah nenek ada kenduri doa kesyukuran," Arah Encik Daud kasihan melihat wajah menantunya yang keletihan itu.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now