10

23.1K 854 141
                                    

Restoran Armor yang terletak di tingkat 1 di Havillion Shopping centre adalah sebuah restoran mewah yang menghidangkan makanan Italy. Setiap tetamu yang hadir akan di temani muzik romantik yang menenangkan jiwa tetapi tidak dapat menenangkan perasaan Jesnita yang sedang makan berdua bersama Ilyas.

"Bie.." Panggil Jesnita dengan nada suara lemah lembut supaya Ilyas juga berlembut hati dengannya.

"Hmm. Apa dia?"

"Nenek kirim salam."

"Hmm.. Waalaikumussalam, orang tua tu nak apa?" Tanya Ilyas nada suara agak kasar sambil menyuapi makanan ke dalam mulutnya. Dia yakin Hajah Maimunah pasti mengingikan sesuatu sebab itu beriya-iya berkirim salam.

"Erm.. nenek, minta awak sponsor kambing dua ekor untuk kenduri hujung minggu ni."

Buk! Ilyas memukul kuat permukaan meja, sehingga mengejutkan beberapa pelanggan lain yang sedang menjamu selera. Jesnita turut terkejut apabila Ilyas memukul permukaan meja di hadapannya ini, boleh jatuh tergolek jantungnya kerana terlalu terkejut.

"What?! Kenduri doa selamat pun nak kambing ke? Lagi satu berapa banyak kenduri yang orang tua tu nak buat?! Kau jangan nak libat kan aku dengan kenduri bodoh tu, aku tak akan keluar satu sen pun untuk kenduri tu." Tegas Ilyas dengan nada suara yang lantang. Sudah la masa kenduri kahwin kena berhabis sehingga RM100 ribu, tidak akan la selepas berkahwin pun nak berhabis juga.

"Bie, orang pandang la, jangan marah dekat sini." Kata Jesnita ketakutan apabila beberapa pasang mata sedang memandang ke arah mereka.

"Diaorang ada mata biar la diaorang pandang, biar semua orang tahu perangai nenek kau yang mata duitan tu, kau pun bodoh pergi ikut semua cakap dia, kalau bodoh tu simpan sikit jangan tunjuk sangat." Ujar Ilyas kasar sambil menunjal kepala Jesnita.

Menitis air mata Jesnita apabila Ilyas mengherdiknya di hadapan orang ramai.

"Kenapa bie buat saya macam ni? Mana bie yang dulu romantik ketika bercinta?" Tanya Jesnita sambil menangis mengenangkan Ilyas yang dulu.

"Kau ingat aku nak sangat ke bercinta dan kahwin dengan kau. Semua ni sebab kau ugut nak sebar video seks kita dekat family aku, kau ugut aku kalau aku tak tinggalkan Ulya, kauorang nak sebarkan aib aku. Kau masih nak salah kan aku? Aku kahwin dengan kau sebab nak balas dendam dengan kau je, cinta aku masih untuk Ulya sampai bila-bila!!" Kata Ilyas sambil membaling sudu ke muka Jesnita.

"Saya buat semua ni sebab saya terlalu cintakan bie sejak zaman sekolah tetapi bie langsung tak pandang saya. Saya sakit hati, kecewa bila bertunang dengan Ulya, memang saya yang letak dadah dalam minuman bie semasa kita berjumpa di kelab malam tu supaya bie jadi milik sayang selamanya." Kata Jesnita bersungguh-sungguh, dia terlau mencintai Ilyas sehingga sanggup lakukan untuk memiliki lelaki ini. Pertemuan tanpa sengaja mereka di kelab malam membuatkan Jesnita nekad mahu menghancurkan pertunangan Ilyas dan Ulya.

Ilyas mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata Jesnita, apa pun alasan Jesnita dia tidak maafkan perbuatan wanita ini sampai bila-bila kerana telah memisahkan dia dengan Ulya Inarra.

"Sampai mati pun aku tak akan anggap kau isteri aku, welcome to my neraka." Kata Ilyas sinis sambil menunjal kepala Jesnita.

"Susah sangat ke bie nak berlembut dan berbaik dengan saya, saya nak bahagia seperti orang lain juga." Rayu Jesnita mengharapkan kasih sayang dan kelembutan dari Ilyas walaupun sedikit.

"Memang susah sebab aku tak cintakan kau, aku hanya nak Ulya yang cantik menawan tu, mesti dia tu sedap dan lazat. Kau ni dah la busuk, basi pula tu, kau dengan Ulya ibarat bintang dan tanah jauh sangat beza. Bayar semua ni, duit aku bukan untuk belanja kau makan." Kata Ilyas dengan nada suara yang kasar dan kata-kata yang berbisa.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now