20

22K 762 30
                                    

Aira menjenguk ke dalam bilik Ulya, dia mengukir senyuman melihat kakaknya sedang termenung. Apa la agaknya kakak dia sedang termenungkan tu? Pelahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam bilik Ulya, dia ingin membuat kejutan khas untuk kakaknya ini.

"Suprise!" Jerit Aira mengejutkan Ulya yang sedang termenung.

"Cantik la baju nikah kakak. Mesti abang Isa belanja.untung la dapat bakal suami macam abang Isa." Aira menggoyangkan baju dress berwarna putih di hadapan Ulya. Kemudian dia berpusing sambil meletak baju itu pada badannya.

Ulya terkejut melihat baju nikah yang belum sempat dia cuba ada ditangan Aira, adakah Isa datang hantar baju ini? Kalau Isa datang kenapa Aira tidak memberitahunya?Ulya menggeleng kepala, dia tidak mahu memperdulikan tentang lelaki itu.

"Macam mana baju ni ada pada adik? Isa hantar ke?"

"Mestilah bukan abang Isa, pekerja butik yang hantar. Barang-barang lain pun ada tau, veil, crown, makeup, heels dan perfume mahal lagi tu. Kakak masih tak nampak ke keikhlasan abang Isa?" Tanya Aira sambil mencekak pinggang, kekadang geram juga dia dengan kakaknya ini. Sengaja butakan mata tidak mahu melihat keikhlasan Isa kerana tidak mahu berkahwin dengan lelaki itu.

"Dia tak ikhlas pun dik. Dia terpaksa berkahwin dengan akak sebab dia kasihan dan nak tunjukkan dia lelaki yang bertanggungjawab. Kalau ikutkan logik mana ada lelaki sempurna macam dia nak perempuan macam kakak anak haram, cacat tak boleh mengandung sampai mati kalau hanya kerana rasa kasihan atau ada niat lain, sebab tu akak nekad tak nak kahwin dengan dia." Air mata mula mengalir membasahi pipi Ulya, dia tidak mahu hidup di dalam perkahwinan yang hanya dicipta kerana perasaan kasihan.

Aira mengeluh mendengar kata-kata Ulya, dia melabuh punggung di atas katil di sebelah kakaknya. Bahu Ulya dipeluk dengan erat.

"Kakak, adik tak nampak pun abang Isa tu nak kahwin dengan kakak sebab kasihan tetapi adik nampak lebih kepada cinta."

Ulya mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata Aira. Tidak mungkin lelaki itu mencintainya perkara itu paling mengarut pernah dia dengar.

"Adik tak payah nak merepek. Buang semua benda yang ada kaitan dengan pernikahan tu, kakak dah nekad tak nak berkahwin dengan Isa." Kata Ulya bersungguh-sungguh, dia sedar dirinya yang cacat tidak sesuai untuk lelaki seperti Isa. Jika lelaki itu ego tidak mahu berundur dari pernikahan ini biar dia yang berundur.

Aira mengetap bibir mendengar kata-kata kakaknya yang degil ini. Dia turun dari katil untuk menyimpan baju nikah yang cantik ini, mana tahu pada saat akhir kakak berubah fikiran. Dia melangkah keluar daripada bilik, biar la kakak menenangkan fikirannya yang serabut itu.

Telefon bimbit Ulya berlagu menandakan dia menerima panggilan daripada seseorang. Nama Isa tertera pada skrin telefon bimbitnya. Ulya merenung lama telefon bimbit itu, sesekali dia melepaskan keluhan.

"Awak ni masih tak faham bahasa ke? Saya tak nak kahwin dengan awak?! Jangan salahkan saya kalau saya bakar baju nikah tu." Marah Ulya sebaik sahaja menjawab panggilan itu Tiada salam atau kata-kata baik hanya api kemarahan yang dia sembur kepada Isa.

Kedengaran Isa ketawa dihujung talian.

"Assalamualaikum.. marahnya dia? Dah dapat bunga?" Tanya Isa, tenang saja nada suaranya.

Ulya mendengus kasar mendengar kata-kata Isa, kekadang dia hairan juga dengan lelaki ini, mana suara garangnya yang dulu?

"Awak ingat hantar 100 bouquet bunga tu, boleh pujuk saya untuk berkahwin dengan awak ke? Maaf awak fail."

"Oh yeke? Kalau macam tu esok aku hantar 1000." Semakin Ulya marah semakin Isa suka mengusik gadis itu.

Ulya mengetap bibir mendengar kata-kata Isa, semakin dia bercakap dengan Isa semakin dia sakit hati.

ISANARRA (C)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant