17

20K 845 103
                                    

Bugatti Chiron Tengku Isa Ethan memecut laju menuju ke Goldenessia Hospital. Isa memberhentikan keretanya, di hadapan jabatan kecemasan. Kelam kabut dia keluar dari kereta dan membuka pintu kereta di sebelah Ulya. Isa resah melihat keadaan Ulya yang semakin lemah dan darah semakin banyak membasahi dicelah kangkang seluar Ulya.

"Help! Emergency!" Jerit Isa sambil berlari mendukung Ulya masuk ke dalam zon merah Jabatan Kecemasan.

Pertugas hospital menolak stretcher mendekati Isa. Ulya diletakkan di atas stretcher lalu di tolak masuk ke dalam blik rawatan, Isa tunduk memandang baju kemejanya di penuhi darah. Dia melepaskan keluhan, dia tidak mahu memperdulikan tentang itu, apa yang dia tahu tiada perkara buruk yang berlaku pada tunangnya itu.

"Ya Allah, selamatkan la dia, lindungi la dia. Jangan biarkan dia kesakitan terlalu lama." Doa Isa sambil mundar mandir di hadapan Zon merah. Duduk tidak kena, berjalan dia rasa tidak tenang, keresahan semakin sampai ke puncak apabila doktor masih tidka keluar walaupun sudah 30 minit Ulya di dalam bilik rawatan.

"Encik suami Puan Ulya Inarra?" Tanya seorang doktor wanita yang baru saja keluar daripada bilik rawatan Zon Merah.

"Saya tunang dia. Keadaan dia macam mana? Dia okay kan?" Tanya Isa resah menunggu jawapan doktor ini.

Dr.Hana melepaskan keluhan, terasa berat mulutnya ingin menyampaikan perkara yang menyedihkan ini.

"Keadaan Cik Ulya agak lemah sekarang ini, hasil ujian dan pemeriksaan kami mendapati Cik Ulya menghidap penyakit Endometriosis di mana tisu endometrium telah terbentuk di luar rahim. Keadaan Cik Ulya sangat serius, tisu endometrium yang tumbuh di luar rahim membesar dan berdarah jadi rawatan terbaik adalah Pembedahan histerektomi iaitu pembedahan membuang rahim dan ovari kerana keadaannya sangat serius." Terkedu Isa mendengar kata-kata doktor, dia meraup wajahnya dengan tapak tangan, dia istighfar di dalam hati.

"Apa effect dia selepas pembedahan ni?" Isa seakan dapat menangkap apa jawapan yang akan doktor berikan tetapi dia bertanya hanya untuk mendapatkan kepastian.

"Hmm... berat saya katakan, apabila rahim  seorang perempuan telah dibuang dia dah tak boleh mengandung sampai bila-bila, ini adalah kehilangan besar untuk seorang perempuan. Pembedahan itu akan dilakukan dengan kadar segera, awak boleh uruskan kemasukan ward untuk Ulya Inarra dan kita jumpa di sana selepas pembedahan. Saya minta diri dulu."  Dr. Hana melangkah masuk ke dalam Zon Merah untuk melakukan beberapa perkara sebelum membawa Ulya ke dewan bedah.

"Allahuakhbar." Hanya itu Isa mampu ungkapkan saat ini. Sesekali dia melepaskan keluhan, apa la reaksi Ulya nanti saat dia tahu tentang berita sedih itu? Hati Isa mula tidak tenang, semoga pembedahan itu berjalan dengan lancar.

 Sesekali dia melepaskan keluhan, apa la reaksi Ulya nanti saat dia tahu tentang berita sedih itu? Hati Isa mula tidak tenang, semoga pembedahan itu berjalan dengan lancar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semasa Dr.Hana mendekati katil Ulya, gadis itu sedang baring mengereng sambil termenung. Dia kelihatan sangat lemah, apakah reaksinya apabila tahu tentang penyakitnya ini?

"Macam mana rasa sekarang ni? Sakit lagi?" Ulya mengangguk pelahan mendengar pertanyaan doktor muda ini.

"Saya ada perkara nak beritahu awak, harap awak tabah dan kuat menerima berita ini. Hasil ujian dan pemeriksaan kami mendapati awak menghidap penyakit Endometriosis di mana tisu endometrium telah terbentuk di luar rahim, apa yang kami dapat kesan tisu itu telah terbentuk di kawasan ovari dan rahim awak dan keadaannya sangat serius. Jadi rawatan terbaiknya adalah... Pembedahan histerektomi iaitu pembedahan membuang rahim dan ovari. Pembedahan itu akan dilakukan sebentar lagi, awak kena kuat, saya yakin awak kuat." Kata Dr.Hana bersungguh-sungguh sambil memegang erat tangan Ulya, sebagai seorang wanita dia faham perasaan itu.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now