1

42.8K 1K 37
                                    

Langit membiru diiringi awan berarak pelahan ditemani cahaya matahari memancar menyinari bumi Afrika. Bunyi deruan enjin pesawat pejuang bergema di lapisan stratosfera bumi. Misi pasukan tentera udara kali ini adalah melindungi penduduk tempatan daripada di serang oleh pengganas yang telah merancang menyerang beberapa buah perkampungan kecil.

"Fighting Eagle, Tornado! The enemy's moving out! It won't take them long to reach the bridge!" Isa callsign Tornado mula mengesan kehadiran pengganas yang semakin menghampiri jambatan yang menjadi jalan utama untuk mereka menuju ke arah sasaran mereka.

"Tornado,you have greenlight! Target Goha bridge. Release point bullseye one-eight-zero, three-zero miles!" Komander Halim dihujung talian memberi arahan di pusat kawalan Airforce Afrika Selatan.

"Copy green light! The primary target is Goha Bridge. Bullseye one-eight-zero, three-zero miles. Approaching RP! Estimated time:12 minutes." Balas Isa sambil menerbangkan pesawat FA-50 menuju ke sasaran yang telah ditetapkan, diekori oleh 3 pesawat lain.

Pesawat tempur itu bergerak sepantas kilat menyambar dan sekencang puting berliung berpusing, mereka perlu bergerak lebih pantas daripada musuh.

"Frizo one clock! Closing! Storm will continue heading, Messy and Sky commits for VID!" Isa memberi amaran kepada pasukan yang lain ada pesawat musuh sedang mendekati mereka.

Adib callsign Storm, ditugaskan menerbangkan pesawatnya mendekati pesawat musuh yang memasuki ruang udara tanpa kebenaran.

"Turn south! Leave the area now!" Arah Adib pada pesawat musuh supaya berundur menggunakan alat komunikasi yang terdapat pada jet tempur ini.

"Storm! Head up! He's leaving you! Declared hostile! Missile eleven o'clock!" Isa memberi amaran kepada Adib apabila pesawat musuh tiba-tiba melepaskan tembakan peluru berpandu kearahnya.

Keadaan pesawat di atas udara mula huru hara apabila musuh mula menyerang bertubi-tubi. Pasukan Fighting Eagle menggerakan pesawat mereka mengelak daripada peluru musuh.

"Messy spiked! Defending! release flares!" Isa memberi arahan kepada Rafi Callsign Messy apabila musuh tidak berhenti menyerang.

Rafi melepaskan flares dari pesawat yang digunakan oleh pesawat tentera sebagai tindakan balas pertahanan terhadap peluru berpandu.

"That was close, do you have a clean shot at him?" Tanya Adib di hujung talian apabila pesawat musuh semakin mendekati mereka.

"Soon! I'm rotating high above you!" Balas Isa sambil menerbangkan pesawatnya lebih tinggi daripada pesawat Adib.

"I have you now! engaging!" Isa melepaskan tembakan peluru berpandu ke arah pesawat frizo dan ia meletup serta berkecai di atas udara ini.

"Splash one! Green lane zero-six-zero." Isa menghantar report kepada Komander Rashid memberitahu musuh telah ditewaskan dan keadaan mereka aman tanpa musuh.

Isa terus menerbangkan pesawat FA-50 menuju ke. Jambatan Goha, tiba-tiba dia mengesan ada pesawat musuh di hadapan. Isa memandu memusingkan pesawatnya beberapa kali mengelak daripada peluru yang dilepaskan oleh musuh

"Storm! Missile away!" Arah Isa supaya Adib membalas serangan musuh. Dia perlu memusnahkan jambatan Goha sebelum musuh tiba di sana.

"Copy!" Balas Adib menerima arahan yang diberi, Rafi dan Alif turut membantu Adib. Hasil kerjasama yang baik semua musuh berjaya ditewaskan.

"Missile approaching target, estimated impact in three...two... one, now!!" Isa melepaskan peluru berpandu ke arah jambatan Goha. Tidak sampai satu minit jambatan Goha itu meletup dan musnah.

Musuh di darat berpatah balik kerana jambatan yang ingin mereka lalu menuju ke perkampungan kecil telah musnah di tembak peluru berpandu, mereka tiada jalan lain untuk menuju ke sana.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now