2

25K 938 123
                                    

Suasana rumah Hajah Maimunah meriah dengan kehadiran sanak saudara gotong royong sempena majlis perkahwinan cucu kesayangannya, Jesnita. Majlis malam berinai berlangsung dengan meriah bertemakan baju kedah dan kain batik yang hanya dihadiri adalah kaum wanita sahaja. Muzik yang bergema bertemakan lagu zaman lagenda Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, sangat menggamit memori lama.

"Kalau bukan disebabkan nenek yang paksa, adik tak nak buat semua ni." Bebel Aira Najiha sambil menyusun doorgift di dalam kotak, orang lain yang nak berkahwin dia yang kena bersusah payah, macam mana pula kalau dia berkahwin nanti? Ada yang nak bersusah payah ke?

Ulya Inarra menggeleng kepala mendengar kata-kata Aira, adiknya kalau buat kerja tak merungut bukan Aira la namanya.

"Tak salahkan tolong menolong, mana tahu kalau Aira kahwin or majlis kakak nanti Nita tolong kita pula." Kata Ulya sambil memasukkan telur rebus ke dalam jaring bunga telur lalu di cucuk pada pasu bunga pahar.

"Kakak, adik tak rasa la dia akan tolong kita. Adik tengok muka dia tahu la dia tu baik tak ikhlas." Aira bersila di sebelah Ulya sambil memasukan gula-gula di dalam plastik.

"Lagi satu kakak tak pelik ke tiba-tiba je dia nak kahwin lepas kakak beritahu tarikh nikah, dah la tak bertunang tiba-tiba nak kahwin." Aira memang daripada dulu tidak menyukai Jesnita kerana dia berasa perempuan itu hanya berpura-pura baik.

"Jangan la fikir bukan-bukan, jodoh dia dah sampai awal la tu."

Aira mendengus kasar mendengar kata-kata kakak sulungnya, di dalam hidup ini memang la kena positif tetapi jangan terlalu positif kerana nanti akan ada manusia negative yang mendekati.

"Kakak jangan baik sangat la, nanti orang pijak kakak sampai tak boleh bangun baru tahu. Adik ni pelik tau, dia pilih date nikah tiga hari sebelum majlis nikah kakak dan dia tak pernah pun kenalkan bakal suami dia pada kita. Kakak tak rasa ke ada something tak kena? Nenek pula bukan main happy bila kak Nita nak berkahwin macam kak Nita seorang je cucu dia." Ujar Aira tidak puas hati dengan sikap kakak sepupunya yang seolah-olah mahu bersaing dengan Ulya dan dia juga sakit hati dengan sikap nenek dia yang pilih kasih.

"Sebenarnya akak pelik la juga sebab nenek pun macam rushing nak ada kan majlis perkahwinan Nita ni tetapi siapa kita nak mempertikaikan keputusan nenek, kalau di tegur nanti confirm makan penampar. Lagipun Nita kan cucu kesayangan, mesti la nenek nak yang terbaik untuk dia. " Ujar Ulya dengan nada suara sayu, dia tidak tahu kenapa nenek seolah-olah membencinya dan juga Aira seperti mereka ada membuat kesalahan besar.

"Sedar pun ingat kakak tak sedar, dah la nenek tu buat kita macam cucu tiri. Suruh kita itu ini, sedangkan Kak Nita tu goyang kaki besarkan badan je." Balas Aira tidak puas hati tangannya ligat memasukkan gula-gula di dalam plastik, ikutkan SOP yang telah nenek tetapkan 10 biji gula-gula di dalam setiap plastik tetapi kalau dia yang bungkus ikut suka dia la, siapa suruh dia membuat kerja-kerja membosankan ini.

"Mesti suami dia kerja bagus kan? Sebab tu nenek tak sabar nak ada kan majlis perkahwinan ini." Ulya merenung kotak doorgift yang tertulis "Selamat Pengantin Baru Nita&Syafiq." Baru hari ini dia tahu nama bakal suami Jesnita. Seperti nama seseorang yang dia kenali.

"Ala nenek tu kalau pasal Kak Nita semua elok, cuba pasal kita or sepupu lain? Semua salah dekat mata dia, nasib baik la abang Ilyas tu kerja bagus, gaji banyak kalau tak sure nenek reject." Ulya mengukir senyuman apabila Aira menyebut nama bakal suaminya, walaupun pada awal pertunangan bukan atas dasar cinta namun perasaan di dalam hati mula berputik setelah setahun mengikat tali pertunangan. Kekadang dia berasa bertuah memiliki tunang yang mempunyai perniagaan sendiri dan rupa paras yang sedap mata memandang, dia berharap hubungan ini berkekalan sampai bila-bila. Ulya merenung cincin pada jari manis tangan kirinya, dia tersenyum sendiri.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now