12

21.5K 875 89
                                    

Hajah Maimunah terkejut melihat anak muda yang elok rupa parasnya dan kemas pakaiannya tiba-tiba muncul di muka pintu rumahnya ingin mengahwini Ulya. Jika tengok daripada luaran lelaki ini seperti di kalangan golongan kaya-raya..

"Siapa kau ni?" Tanya Hajah Maimunah bersuara lantang.

"Maaf opah saya pakai terjah je, nama saya Isa atau nama panjang Tengku Isa Ethan." Sindir Isa sinis,sengaja dia pekatkan perkataan Tengku itu, dia memang tidak suka dengan manusia yang menjadikan diri sebagai hamba duit.

Bulat mata Hajah Maimunah mendengar kata-kata Isa, berani sungguh dia memanggilnya dengan gelaran opah. Dia sudah agak lelaki ini dari kalangan golongan kaya raya tetapi dia tidak tahu sebanyak mana harta yang lelaki itu miliki.

Ulya menjadi pemerhati, kini dia sudah tahu nama sebenar lelaki itu. Dia memandang lama ke arah lelaki itu, hatinya tertanya-tanya apa tujuan Isa melamarnya.

"Suka hati kau je kan? Panggil aku opah. Nama aku Hajah Maimunah, berapa banyak harta yang kau ada nak berkahwin dengan Ulya? Kalau gaji kau bawah RM5000 jangan harap la kau boleh bekahwin dengan dia." Kata Hajah Maimunah dengan nada suara agak kasar, dia hanya mahukan lelaki yang mempunyai harta yang banyak, masuk ke dalam keluarganya.

Isa mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata nenek. Tidak tahu pula jika mahu berkahwin dengan Ulya perlu mendapat persetujuan nenek ini dulu, mengarut betul orang tua ini.

"Saya tak tahu hukum mana opah pakai, kalau saya nak berkahwin dengan Ulya kena dapat persetujuan opah? Saya ni tak suka nak sebut pasal harta sebab harta bukan boleh bawa mati kecuali kalau harta tu dah diwakafkan ke jalan yang baik. Saya ni memang la ada harta tetapi tak la banyak mana,saya hanya ada sebiji Bugatti, sebuah Villa mewah dan sebuah shopping centre, Havillion. Pasal duit simpanan saya, opah tak payah tahu la sebab terlalu banyak." Ujar Isa sinis sambil menunjuk kunci keretanya. Puas hatinya dapat menyindir wanita tamak ini.

Tergamam Hajah Maimunah mendengar kata-kata Isa, dia tidak sangka lelaki yang ingin berkahwin dengan Ulya bukan calang-calang orang. Bertuah sungguh Ulya walaupun serba kekurangan ada juga manusia sempurna mahu mengahwininya.

Ulya terkejut mendengar tentang kereta Bugatti, kenapa dia rasa seperti dejavu. Dia pernah kata dengan nenek yang dia akan membawa lelaki memakai kereta jenama Bugatti jumpa nenek, tidak sangka kata-katanya menjadi kenyataan. Tiba-tiba perkataan Havillion mall itu mengingatkan Ulya pada kejadian beberapa hari lepas, dia tidak sangka orang yang dia kutuk itu rupanya ada di depan matanya saja. Ulya melepaskan keluhan, apa la nasibnya selalu saja di timpa malang.

"Kenapa kau nak berkahwin dengan Ulya walaupun tahu keadaan diri dia? Aku rasa baik kau pergi cari perempuan yang sempurna dan lagi baik dari Ulya ni kerana perempuan macam Ulya ni layak berkahwin dengan duda je." Sindir Hajah Maimunah sambil merenung tajam ke arah Ulya, dia tidak mahu Ulya hidup bahagia kerana dendamnya terhadap Ibu Ulya masih tidak padam di dalam hatinya.

Ulya menangis lagi, saat mendengar kata-kata nenek, dia tidak layak bahagia ke? Jika ikutkan hati mahu saja dia menghalau Isa tetapi jika Isa mampu keluarkan dia daripada kesengsaraan ini, dia rela terima lamaran lelaki itu.

"Itu bukan urusan opah, esok saya datang meminang Ulya. Tidak perlu sediakan apa-apa, esok wakil keluarga saya akan datang ke sini, dan saya harap jangan ada sesiapa buka cerita tentang status Ulya," Tegas Isa sambil merenung tajam ke arah opah kemudian dia melangkah mendekati Encik Daud.

Hajah Maimunah mendengus kasar mendengar kata-kata Isa, anak muda ini memang berani melawannya. Dia perlu akur jika Isa mahu meminang Ulya tetapi dia akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mendapat habuan lebih daripada Isa.

Ulya terkedu, siapa sahaja tidak terkejut dengan keputusan drastik Isa itu, sudah la tiba-tiba datang melamar selepas itu, boleh pula lelaki itu merancang ingin masuk meminangnya esok.

ISANARRA (C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora