28

19.3K 752 72
                                    

"Silakan ratu hati abang.." Isa sambil membuka pintu kereta untuk Ulya dan menghulur tangan kepadanya.

"Terima kasih, my king." Ulya meyambut hulur tangan Isa dan mengenggam erat jari jemari suaminya ini dan mereka sama-sama melangkah menuju ke pintu utama banglo mewah Hajah Maimunah

"I love you." Satu kucupan hinggap di pipi Ulya Inarra.

"Abang ni kan. Kenapa suka sangat cium Narra?" Tanya Ulya geram dengan perbuatan tidak terkawal suaminya ini.

"Because I love you." Ujar  Isa sambil mencuit hidung mancung Ulya, kemudian dia mencium belakang tangan isterinya ini berkali-kali.

Semasa melangkah masuk ke dalam rumah Hajah Maimunah, wanita itu sedang kusyuk mengira perbelanjaan untuk majlis malam ini.

"Assalamualaikum.. sejak bila nek jadi accountant?" Sindir Isa sambil tunduk bersalaman dengan Hajah Maimunah, dia tunduk mencium tangan orang tua itu. Di ikuti oleh Ulya Inarra.

"Sejak kauorang kahwin la, malam ni nak buat majlis doa keyukuran sebab Jesnita dah mengandung, kalau Yaya mengandung nanti, nenek akan buat juga untuk Yaya" Perli Hajah Maimunah sengaja mahu menyakitkan hati Ulya dan dia ingin tengok sejauh mana Isa mampu membela isterinya ini. dia tidak akan berdiam diri selepas apa yang Isa lakukan tempoh hari.

"Baiknya nenek, ingatkan tak ada sifat keperimanusiaan."Balas Isa sinis sambil melabuh punggung di atas sofa disebelah Ulya, lalu dia memeluk erat bahu isterinya ini. Isa dapat merasakan isterinya pasti sedih apabila mendengar kata-kata nenek.

Riak wajah Ulya berubah saat mendengar kata-kata nenek, pasti Jesnita semakin bahagia apabila sudah berbadan dua.

"Nek, tak payah susah la nak buat majlis untuk Ulya dan tak perlu nak mention tentang mengandung sebab Isa tahu nenek dah tahu semua yang jadi pada Ulya. Kalau nenek sebut lagi pasal tu lagi, Isa tak teragak-agak nak suruh orang kambing bakar tu hidupkan balik kambing yang dia dah bakar tu sebab kambing 3 ekor tu duit Isa bukan duit nenek." Ugut Isa sambil merenung tajam ke arah Hajah Maimunah.

Berkerut Ulya mendengar kata-kata Isa, hidupkan balik kambing yang dah dibakar? Boleh tahan lawak suaminya ini.

Hajah Maimunah mendengus kasar mendengar kata-kata Isa, pandai mengugut budak ini. Tak apa dia akan mencari cara supaya lain kali dia pula yang akan terdiam sehingga tidak mampu berkata-kata lagi

Jesnita muncul di ruang tamu kerana turut dipanggil oleh nenek.

"Kenapa nenek nak jumpa Nita?" Tanya Jesnita sambil menjeling memandang Ulya, dia cemburu melihat kemesraan pasangan itu.

"Sini la duduk dekat nenek, nak tanya khabar cucu dan cicit nenek sihat ke? Untung la Nita boleh mengandung, kesian la dekat orang yang dah tak boleh nak mengandung tu." Hajah Maimunah menarik tangan Jesnita supaya duduk disebelahnya, perut Jesnita di usap pelahan.

Jesnita mengukir senyuman mendengar kata-kata nenek, dia tahu apa yang sedang nenek rancangkan ini. Memang seronok jika dapat membuat Ulya kesedihan dan kemudian akan bergaduh dengan Isa.

Ulya sebak melihat perbuatan nenek yang teruja akan menerima cicit daripada cucu kesayangannya. Dia berpaling muka ke arah lain sambil mengesat air mata yang mula bergenang di hujung mata. Kenapa dia yang harus menanggung derita dek di sindir seperti ini?

Isa mendengus kasar melihat perbuatan nenek dan Jesnita, mereka memang sengaja mahu mencetus perang dengannya.

"Wah! Tahniah la bakal dapat anak, semoga anak membesar menjadi anak yang soleh dan tidak mengikut jejak ibu dia yang hati busuk dan kotor penuh cacing, hidup ni kena bersyukur dengan apa yang dikurniakan bukannya hidup menyindir atas kekurangan orang lain.Ingat, kifarah tu pasti." Sindir Isa sambil mengukir senyuman sinis kepada Jesnita dan nenek. Dia bingkas bangun sambil memegang dan menarik pelahan tangan isterinya supaya turut bangun mengekorinya.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now