39

17.9K 686 87
                                    

"Macam mana dah settle?" Tanya Isa sebaik sahaja menjawab panggilan telefon daripada seseorang dikenali sebagai Joey. Kakinya terus melangkah menuju ke lif bangunan Havillion mall.

"Kami dah kumpul bukti tu dan bagi pada SPRM, maybe diaorang on the way ke sana." Balas Joey di hujung talian.

Pintu lif terbuka luas, Isa melangkah masuk ke dalam perut lif lalu menekan punat G tanda dia mahu menurun ke aras itu.

"Good job. Pastikan dia tertangkap and jangan biarkan dia terlepas. SPRM je? Polis?" Tanya Isa yang kurang senang jika hanya satu pihak saja yang terlibat kerana kesalahan wanita itu bukan hanya satu dua tetapi banyak termasuk mengajikan pekerja asing tanpa permit.

"Ada juga Tuan Tengku. Kami dah hantar semua bukti tu pada mereka dan saya yakin sekarang ni SPRM dan polis on the way pergi ke sana untuk tangkap wanita tu." Balas Joey di hujung talian. Joey adalah penyiasat persendirian yang di upah Isa untuk menyiasat tentang beberapa orang yang telah membuatkan hidup Ulya menderita.

"Okay good. Any info pasal wanita tu jangan lupa update aku." Terukir senyuman sinis dibibir Isa, dia mahu melihat sejauh mana wanita angkuh itu mampu bertahan dengan hartanya.

"Baik Tuan Tengku. Kami akan beritahu apa yang berlaku di SPRM lpas diaorang berjaya tangkap wanita tu." Kata Joey sebelum menamatkan panggilan telefon ini.

Isa masih berasa tidak puas hati selagi wanita tidak mendapat balasan atas perbuatannya yang kejam. Bukan dia ingin berdendam tetapi hanya mahu memberi pengajaran kepada manusia yang penuh dengan perasaan hasad dengki dan berhati busuk.

Ting! Pintu lif terbuka luas.

Sampai sahaja aras G, Isa melangkah menuju ke sebuah restoran makanan barat untuk menemui beberapa orang yang dia percayai. Apabila melihat susuk tubuhnya mereka mengangkat tangan dan bersaling berjabat tangan.

"Aku tak puas hati la, kenapa kita jumpa dekat sini bukan dekat mamak? Apa aku nak makan dekat sini? Tak akan la aku nak makan spaghetti, lamb chop tu bukan selera aku tau tak? Jiwa aku setia pada roti canai." Bebel ASP Qays tidak puas hati apabila Isa mengajak dia dan ASP Fath berjumpa di Restoran barat Chandelier.

ASP Fath menggeleng kepala mendengar kata-kata ASP Qays, dalam tak suka habis juga sepinggan Lamb chop.

"Kau sembang memang best kan kalah drama tamil dekat TV tu. Kerja aku suruh buat dah settle ke belum?" Tanya Isa sambil duduk di sebelah ASP Qays dan meletak tangan di atas bahu sahabatnya ini.

"Kita sembang kena gempak baru orang respect. Ni ASP Qays la, jangan panggil Qays Haddad kalau tak dapat settlekan kerja kau nak tu." Balas Qays Haddad dengan penuh bangga sambil menepuk dadanya.

"Dah tu apa citenya?" Tanya Isa tidak sabar tahu hasil siasatan mereka di tempat kemalangan Ulya.

"Apa yang pasti sekarang ni blackrider datang dari rumah kau. Dia pusing-pusing dulu area Villa Astana sebelum melanggar Ulya. Tapi dia bukan keluar ikut pintu depan tapi pintu belakang, kau tahu tak pintu belakang tu wujud?" Terkejut Isa mendengar kata-kata ASP Qays. Kenapa dia tidak tahu ada pintu lagi satu di kawasan Villa Astana? Adakah kerana dia terlalu sibuk sehingga tidak ambil tahu tentang rumah itu?

"Aku baru tahu pasal pintu tu. Macam mana kauorang tahu pasal pintu tu."

"Come on la, ni Qays Haddad la. Apa la sangat pintu-pintu dekat Malaysia. Semua pintu aku hafal la." Kata ASP Qays Haddad sambil mendabik dada.

"Ah kau. Pintu tu aku jumpa, jangan nak bangga diri." Kata Asp Fath tidak puas hati apabila ASP Qays claim dia yang menjumpai pintu misteri itu.

"Pintu tu memang kecil, muat untuk sebuah superbike. Kalau tengok sekali imbas memang tak perasan pun pintu tu tapi bila kau tengok betul-betul baru tahu tu pintu, terletak dekat selatan Villa. Kitaorang tadi jalan kaki dekat luar Villa Astana tu, saja nak cari bukti." Sambung ASP Fath menerangkan situasi ketika mereka menjumpai pintu misteri itu. Sebuah pintu besi yang direka untuk sebuah motorsikal.

ISANARRA (C)Där berättelser lever. Upptäck nu