42

19.4K 692 94
                                    

Isa melangkah keluar daripada bilik air sambil mendukung Ulya. Selesai mandi dan pakaikan baju untuk isterinya Isa membawanya ke katil, Isa menyikat rambut Ulya pelahan-lahan kerana kepalanya masih berbalut.

Ulya merenung lama wajah Isa yang sedang menyapu bedak pada wajahnya. Tiba-tiba satu kucupan hinggap dibibirnya, Ulya tergamam.

"Balasan sebab tengok abang tak berkedip." Kata Isa sambil mengenyit mata kepada Ulya.

"Abang ni kan suka buat Narra terkejut tau." Merungut Ulya manja sambil mencubit manja lengan Isa.

"Aduhh.. Sayang cubit tu macam kepit ketam, kecik tapi berbisa. Abang bukan nak buat sayang terkejut tapi abang nak buat sayang happy.." Kata Isa sambil menggomol pipi Ulya sehingga isterinya terbaring di atas katil dan Isa turun kucupan dari pipi ke leher.

Ulya ketawa apabila ciuman Isa turun ke leher kerana disitu adalah bahagian paling sensitif dia mudah berasa geli apabila disentuh.

"Abang dah la geli!" Jerit Ulya sambil memukul dada Isa yang rakus mencium lehernya.

Isa mengukir senyuman melihat reaksi Ulya yang tidak berhenti ketawa kerana geli apabila lehernya disentuh.

"Nak lagi tak?" Tanya Isa sambil mencuit hujung hidung Ulya yang masih terbaring di atas katil.

Ulya menggeleng kepala sambil ketawa dia menutup leher dengan tapak tangannya, khuatir jika Isa bertindak seperti tadi lagi.

"Narra lapar la." Merengek Ulya manja.

"Abang dah suruh hospital sediakan sarapan sedap untuk sayang." Kata Isa sambil membantu Ulya untuk bangun.

"Sarapan apa?" Tanya Narra hairan sambil bersandar pada birai katil.

"English breakfast untuk sayang. Abang tak nak sayang makan heavy sangat sebab sayang baru nak sihat." Kata Isa sambil membuka bekas makanan dan duduk di sisi katil menghadap Ulya. Dia menyuapi makanan ke dalam mulut isterinya ini.

"Abang tahu-tahu je kan sayang suka english breakfast." Ujar Ulya sambil mencuit hujung hidung Isa.

"Mestilah abang tahu sebab sayang isteri abang, ada lagi yang abang tahu."

"Apa dia?"

"Abang tahu sayang mencintai abang dan abang tetap di sini menemani sayang hingga hujung nyawa abang." Kata Isa sambil mengusap lembut pipi Ulya.

"Walaupun Narra cacat?" Tanya Ulya sebak.

"Pada abang tiada apa pun cacat cela pada ratu hati abang ni. Sayang tak boleh mengandung tu adalah ujian untuk kita, Allah tahu kita mampu hadapi semua ni sebab tu Allah turunkan pada kita." Balas Isa, kemudian dia tunduk mencium ubun-ubun Ulya

"Tapi abang tahu kan Narra tak boleh mengandung sebelum kita kahwin, tu ujian Narra bukan abang. Kenapa abang nak hadap semua ni sedangkan abang.." Belum sempat Ulya menghabiskan kata-katanya, Isa mengucup lama bibirnya. Bulat mata Ulya memandang Isa.

"Best kena cium? Nak lagi?" Tanya  Isa sambil mengenyit mata.

"Abang tak nak sayang ungkit pasal ni, abang berkahwin dengan sayang kerana abang mencintai sayang bukan kerana anak atau apa-apapun. Bila abang mencintai sayang, maknanya abang akan menjaga sayang walau apapun keadaan sayang." Tegas Isa tetapi nada suaranya tenang didengari.

Ulya mencapai tangan Isa dan meletak di tepi pipinya.

"Thanks abang." Ucap Ulya sebak.

"Sarò leale e ti amerò sempre, qualunque cosa tu sia, mia regina." Balas Isa dengan nada suara romantik, hujung hidung mereka saling bersentuhan.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now