40

19.3K 738 52
                                    

Irma mengurut bahu yang terasa lenguh, sudah lama dia tidak melakukan urusan membeli barang dapur. Semua ini gara-gara Isa menghalau dan memecatnya daripada H Holding. Tidak pasal dia perlu hidup berdikari seperti ini. Apa entah jampi yang perempuan tidak guna itu telah berikan sehingga Isa sanggup bersikap dingin terhadap keluarga sendiri.

"Sah la perempuan tu dah letak ubat guna-guna pada Isa. Apa la Isa pandang sangat perempuan tu? Tak cantik mana pun." Bebel Irma sendirian, kali pertama dia bertemu dengan Ulya, memang dia sudah menanam perasaan benci terhadap wanita itu kerana dia berasa wanita itu mempunyai niat yang tidak baik terhadap Isa dan keluarganya.

Sesekali Irma melepaskan keluhan, dia menyusun melangkah keluar daripada lif dan menuju ke rumahnya. Rumah ini saja yang dia ada pemberian arwah daddy kepadanya. Ketika sampai di hadapan rumah, Irma terkejut melihat kasut Danial ada di hadapan pintu kerana lelaki itu mengata padanya mahu pergi ke pajabat untuk mengambil beberapa barang yang tertinggal di sana.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, Irm melangkah menuju ke dapur untuk meletak barang yang dia beli untuk di simpan ditempatnya.

Tang! Bunyi benda jatuh di dalam bilik ketiga mengejutkan Irma.

"You? Apa yang jatuh tu?" Panggil Irma sambil melangkah menuju ke bilik ketiga itu. Kemudian, Irma memulas tombol pintu dan pelahan-lahan daun pintu ini di tolak. Alangkah terkejutnya Irma saat melihat Danial sedang bercumbu di atas katil dengan salah seorang bekas pekerjanya. Turun naik nafas Irma melihat aksi terlarang itu. Sungguh dia tidak sangka kesetiaannya akan dibalas dengan pengkhianatan.

Danial dan perempuan itu kelam kabut turun daripada katil apabila melihat susuk tubuh Irma di muka pintu.

"Danial?!!" Panggil Irma dengan nada suara marah. Dia memukul berkali-kali badan lelaki itu dengan bantal.

"Apa lagi yang kurang pada I sampai you sanggup curang!" Jerkah Irma sambil memukul berkali-kali badan Danial dengan bantal. Kemudian dia beralih serangan ke arah perempuan simpanan Danial.

Pang!

"Kau ni memang perempuan tak guna! Laki orang pun kau nak kebas ke? Dia laki aku la!" Jerkah Irma sambil menampar berkali-kali wajah perempuan ini.

"Cukup Irma!" Marah Danial sambil menolak tubuh Irma ke tepi. Dia cuba mempertahan kekasihnya daripada terus di serang oleh Irma.

"You memang laki tak guna la Danial! I dah bagi macam-macam, ni yang you balas!" Marah Irma sambil memukul berkali-kali dada sasa Danial.

Pang! Kali ini wajah Irma yang di tampar oleh Danial. Irma tergamam, dia tidak sangka lelaki ini sanggup menamparnya.

"Oi perempuan! Kau dengar sini! Aku ni tak nak pun la berkahwin dengan kau! Aku ni just nak harta kau dan aku nak balas dendam pada adik kau yang sombong tu! Aku tak pernah langsung cintakan kau walaupun sikit pun, tahu tak?!" Tengking Danial sambil mencengkam rambut Irma kuat kemudian dia menghentak kuat badan Irma ke dinding.

"Lepas kan I la! Sakit tahu tak? Lepas kan I.." Irma mengerang kesakitan sambil memegang tangan Danial yang sedang memegang kuat rambutnya.

"Tahu pun sakit. Kau ingat aku tak sakit ke bila kau ni selalu nak menang dan tak pernah langsung nak menghormati aku sebagai suami kau! Aku dah lama sabar dengan kau tapi sekarang aku dah hilang sabar!!" Jerkah Danial sambil menolak kasar tubuh Irma di atas lantai dan menyempak belakang Irma berkali-kali, dia berasa puas melihat wanita ini mengerang kesakitan.

"Sakit la.. sakit..." Merintih Irma apabila dibelasah teruk oleh Danial. Bukan saja di sepak malah tubuh badannya di campak beberapa kali ke dinding. Kemudian tubuhnya di campak semula ke atas lantai sehingga dia tidak mampu untuk bangun. Teresak-esak Irma menahan kesakitan ini.

ISANARRA (C)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt