36

16.6K 665 68
                                    

Ulya memandu kereta memasuki perkarangan Villa Astana. Selepas. Parking kereta di tempat yang telah disediakan dia melangkah menuju ke pintu utama banglo mewah ini. Kali ini dia hanya parking kereta di kawasan halaman banglo bukan di basement kerana dia tidak mahu bermanja diri dengan kemewahan yang Isa sediakan cukup la dia hanya menumpang sedikit saja. Ulya mendongak memandang langit mendung, dia yakin sekejap lagi pasti hujan lebat akan turun membasahi bumi bukan kerana langit yang mendung tetapi angin hari ini bertiup tidak seperti biasa sepertinya ini amaran hujan akan turun sebentar lagi.

"Assalamualaikum..." pelahan-lahan Ulya menolak pintu istana mewah milik Isa ini. Tiba-tiba seseorang mencengkam pergelangan tangannya sebelum di tarik kasar dan menolak Ulya jatuh ke lantai tanpa belas kasihan.

Tersembam Ulya di atas lantai mozek ini. Dia terkejut tiba-tiba diperlaku kejam seperti ini, tangannya terasa sakit akibat jatuh terhentak di atas lantai.

"Oi Perempuan sial! Apa lagi kau tipu kami sekeluarga? Dasar anak haram, perempuan cacat, mandul, pelacur! Kau jangan ingat kau boleh tipu adik aku, kau boleh tipu aku dengan bonda tau. Kau silap la!" Jerkah Irma sambil menunjal kasar kepala Ulya berkali-kali.

Menangis Ulya saat mendengar kata-kata Irma, akhirnya rahsia yang tersimpan rapi itu terbongkar jua. Dia mendongak memandang bonda yang sedang berdiri di hadapannya sambil memeluk tubuh, wajahnya dipandang dengan penuh rasa kebencian yang sangat mendalam.

"Narra minta maaf Kak, bonda. Bukan niat Narra nak menipu. Narra minta maaf bonda. Narra merayu jangan pisahkan Narra dengan Isa. Narra terlalu mencintai dia, sumpah demi Allah narra mencintai Isa." teresak-esak Ulya menangis sambil mengesot mendekati Tengku Khalida, kaki wanita itu dipeluk dengan erat.

Tengku Khalida mendengus kasar mendengar kata-kata Ulya. Semasa Irma bercerita tentang semua rahsia Ulya, dia berasa ingin tercabut jantung ini. Kerana terlalu terkejut. Tidak dia menduga Isa telah berkahwin dengan seorang perempuan yang mempunyai terlalu banyak keburukan. Dia bukan saja anak haram tetapi cacat tidak boleh mengandung untuk selamanya. Paling menyakitkan wanita ini juga telah tidur dengan ramai lelaki sebelum berkahwin dengan Isa, memang sah dia sudah meniup ubat guna-guna pada Isa sehingga anaknya menjadi buta hati mahu mengahwininya.

"Kau bukan menantu aku! Kau jangan harap boleh hidup dengan Isa sampai bila-bila!" Tengking Tengku Khalida sambil menarik kasar kakinya daripada terus dipeluk oleh Ulya lalu tubuh wanita ini di tolak kasar di atas lantai. Sungguh dia benci manusia jijik seperti ini.

Ulya tersembam lagi di atas lantai, teresak-esak dia menangis.

"Kau jangan ingat aku akan lepaskan kau macam tu je, lepas kau dah tipu kami sekeluarga, kau jangan bermimpi nak dapat semua harta ni!  Aku benci kau tahu tak?! Jangan ingat kau menangis macam ni aku akan percaya ke sial! Anak haram!" Jerkah Irma lagi sambil mencengkam kuat wajah Ulya dan di tampar berkali-kali sehingga berdarah bibirnya.

"Sakit kak.. sakit kak..." Merintih Ulya apabila Irma mencengkam kuat wajahnya. Dia cuba untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya.

"Kau kira kau punya sakit je, habis sakit hati aku sebab kau tipu adik aku macam mana pula?!" Kali ini Irma merentap tudung yang Ulya pakai dan di cengkam kuat rambutnya.

Menangis Ulya menahan sakit rambutnya di tarik sehingga terasa pedih sehingga ke akar rambut.

"Sumpah kak Narra tak tipu Isa, Narra memang mencintai Isa. Tolong lepas kak ,sakit kak.." Merayu Ulya lagi sambil memegang tangan Irma, dia tidak tertahan apabila rambutnya terus dicengkam kuat.

"Ah!!! Pergi mati sumpah kau tu! Keluar kau dari rumah ni!! Jangan harap kau boleh bawa satu benda pun keluar dari rumah ni! Aku nak kau membusuk dekat luar tu. Keluar!!" Irma mencengkam rambut Ulya sambil mengheret Ulya sehingga ke pintu.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now