Riak muka Putera Razeen berubah merah padam menahan amarah. Pantas pedangnya di lepaskan dari sarung dan-

Zapp!

"Engkau yang patut menyembah tanah sial.. " mata merah berurat itu merenung benci kepala Jeneral tua yang di penggalnya itu.

Kini tubuh lelaki itu pula menjadi mangsa pedangnya beraksi.

"Kumpulkan semua orang istana yang pernah berkhidmat di bawah Nusaybah. Biar aku cincang daging mereka bagi anjing-anjing aku makan! "

***

ZIGGURAT EMPIRE
0930a.m.

ZANG!

"Fikir lawak ke tiba-tiba je suruh aku memasak " aku mengenggam meja kuat. Mata aku menatap tajam pisau yang tercacak atas papan pemotong daging di hadapan aku.

Aku tak faham.

Aku datang sini cuma untuk merancang cara untuk rampas kembali Al-Andalus. Bukan untuk ganti chef dapur istana memasak!!

"Ergh"Aku mendengus kasar. Chef-chef yang berada di sekitar memandang aku terkejut.

"Apa pandang-pandang? Nampak pisau ni? Aku cucuk mata sorang-sorang nanti tahulah! " Aku mengugut mereka. Laju-laju mereka melepaskan pandangan dan kembali melakukan kerja mereka.

"A princess should not talk like that "

"Diam lah kau, semak "

Aku membalas selamba. Ada hati dia nak tegur aku. Biarlah aku nak cucuk mqta dia orang pun.

Aku diam beberapa saat sebelum kening aku berkerut.

Kenapa lain macam aje suara Mr. Capricous yang aku dengar ni..

Erk! Aku tersentak seketika. Perlahan-lahan aku menoleh. Pandangan aku berlawan dengan pandangan lelaki ini.

Aku sudah mula kelihatan seperti cacing kepanasan. Ya tuhan! Apa yang aku patut buat ni. Buatnya kalau Emperor Ziggurat ni campak aku ke Al-Andalus balik macam mana!?

Tak.

Nusaybah Al-Khawlah tak boleh tunduk!

Aku berdehem.

"Maaf terkasar, saya cuma teremosi saja tadi. Lagipun saya rasa, saya tak pernah minta jawatan untuk jadi tukang masak di istana awak ni"

"Saya sangka memasak memang tugas seorang wanita?" Dia menapak ke arah aku.

Ya tuhan..

Aku mahu lari!!

"Sejak bila pula memasak khas untuk perempuan sahaja tuanku? "

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now