49

4.5K 175 17
                                    


Kelas keesokkan harinya berjalan seperti biasa. Biarpun dia terasa lebih malu dari kebiasaannya, dia tidak mempedulikan langsung mata mata rakan seluruh kuliah yang beriak ke arahnya.

Baginya, mereka sudah menghukum tanpa tahu sebabnya. Tetapi Ayleen juga tidak salahkan mereka, kerana mereka tidak tahu perkara sebenar. Cuma Ayleen terkilan, mereka lebih memilih untuk mempercayai luaran tanpa bertanya padanya sendiri.

Sifat manusia, terus menghakimi, terus jatuhkan hukum, tanpa siasat.

Lamunannya tersentak apabila kelas Tamadun Islam oleh Prof Noor pula yang mengambil alih kelas English Communicator ajaran Madam Hanis. Dia sendiri tidak sedar bilakah Madam Hanis menamatkan kuliahnya.

Terlalu ralit dia tenggelam dalam ingatan. Bayang bayang Adrian sedari tadi menemaninya dengan riak tersenyum manis. Gelengan puas dilakukan untuk menghalau bayangan itu tetapi gagal.

Adrian tetap setia menemani ruang matanya.

" Angau ke? Sudah. Apasal aku ni?"

Grrrr!!

—————————————————

Seminggu telah berlalu sejak peristiwa itu. Dan sejak itu juga Adrian sering menghubunginya tetapi Ayleen pula langsung tidak membalas call atau whatsapp. Saja  nak buat perangai.

Rasakan, macam ni lah aku masa tunggu khabar kau 5 bulan tahu tak!

Tetapi dari Whatsapp Adrian, dia dapat tahu Adrian ke Kanada selama hampir seminggu atas urusan kerja. Ceh, ingat ke bila konon tak nak reply whatsapp ni, dia datang lah rumah konon konon nak pujuk.

Apa, kawan tu dah sampai Kanada rupanya.

Entah kenapa dia tidak tahu, tetapi seiring masa berjalan, dia merasakan satu perasaan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini dengan mana mana lelaki. Perasaan itu hanya dirasa apabila setiap kali dia bertemu Adrian.

Rasa meronta ronta ingin berjumpa, hanya mahu bersua wajah walau tidak berkata apa apa, cukup sekadar bertemu mata pun tidak mengapa. Rasa ingin dipeluk erat, dibisik kata cinta dan dipandang dengan rasa sayang.

Dia tidak tahu untuk bertanya kepada siapa. Apakah jenis rasa yang dialami sehingga setiap malam dia tidak lena tidur, dan setiap hari dia kurang selera menjamah hidangan.

Adakah aku patut berjumpa dengannya lepas dia balik nanti?

Tidak, aku tak nak dia tahu yang aku mula sayangkan dia. Aku takut dikhianati lagi. Lagipun ya, aku cintakan lelaki lain. Aku sukakan Daiyan. Kan? Daiyan lelaki yang aku cinta!

Cukup Ayleen, berhenti fikirkan perasaan kau. Tiada siapa endah pun apa yang kau rasa sebelum ni. Perasaan kau tak penting, yang penting maruah keluarga perlu dijaga. Sebelum ni kau berkahwin dengan Adrian kerana aturan keluarga, dan kerana Adrian sukakan kau. Tiada siapa kisah pun apa yang kau rasa.

Tapi kenapa aku sampai tak lena tidur fikirkan dia?

" Hoi," suara lelaki menyergah dari belakang. Ayleen tersentak dan terus berpusing belakang.

" Shauqeen," jeritnya geram. Apa ni nak suruh gugur jantung aku ke?

Shauqeen ketawa terbahak bahak. "Sorry beb aku nampak kau ni macam ada masalah je. Eh takkan lah isteri orang hado hado ni ada masalah pulak."

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now