59

4K 160 21
                                    


" Dont ever touch me, psycho!"

Terkedu Adrian dengan kata kata Ayleen sebentar tadi. Matanya memandang mata Ayleen yang kelihatan bersinar garang. Ayleen bangkit dari sofa dan terus menapak ke biliknya.

Tetapi suara Adrian menghentikan langkahnya.

" Boleh tak just kali ini bagitahu apa salah abang sampai macam ni sayang kata kat abang?" Kata kata itu masih diselang seli dengan batuk batuk.

Ayleen mengangkat kening. Oh, nak tahu salah kau eh? Baik.

Dia berpusing ke belakang, tegak menghadap Adrian yang juga bangun dengan bantuan crutches. Wajah Adrian kelihatan agak merah campur kekuningan, menahan marah mungkin.

Apasal colour skin mamat ni kuning? Sakit ke? Mungkin dia baru lagi keluar dari hospital kot, nak sesuaikan diri di rumah.

" Awak nak tahu apa salah awak kan? Baik. Tell me, why you lepaskan Anees dan Mak Mona? Sedangkan merekalah yang buat awak terseksa. They were hiding your meds. You dah hantar dorang ke penjara, but why  you release them? Sebab ada hati dengan si Anees tu ke hah? Your fucking bed partner?" Semakin banyak kata kata Ayleen yang keluar, semakin kuat nada suaranya melepaskan marah terpendam.

Adrian beristighfar terutamanya setelah mendengar ayat terakhir Ayleen. Tuduhan yang cukup cukup berat. Itu Zayn yang sukakannya, dia pula langsung tidak ada perasaan pada gadis itu. Cukuplah Ayleen seorang.

" Kenapa diam? Betul kan?"

Adrian mampu menggeleng perlahan, terlalu terkejut dengan pelbagai kata kata nista yang keluar dari mulut isterinya.

" Liar!!" Jerkah Ayleen, dia seolah olah dirasuk hantu.

Adrian menapak perlahan menggunakan crutches, merapati si isterinya. Kedengaran sedikit batuk batuk yang terlepas dari mulutnya tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk mendekati isterinya.

Dia mahu menafikan, dia tahu dia perlu jelaskan segala galanya. Cuma sekarang masa kurang sesuai, isterinya makin hampir ke due date. Dia tak nak isterinya terbeban dengan kisah itu.

" Siapa Raja Zayn Alif?"

Ternyata, ianya menghentikan langkahnya. Keduanya saling bertatapan dan berpandangan. Kelu Adrian, apabila mendengar nama yang terlalu lama tidak dibangkitkan.

" Who is he? Kenapa awak berada dengan dia masa hari kemalangan dia? Diatas balkoni pulak tu? Korang gaduh apa atas sana sampai dia terjatuh dari balkoni? Takkan saja saja dia nak jatuh melainkan ada orang tolak dia. Awak orang terakhir yang berada bersama dia. So awak tolak dia? Hm?" Sekali lagi Ayleen menyerang dengan soalan soalan yang mampu meruntuhkan sabarnya.

Dia sedar kali ini Ayleen Insyirah mengetahui sesuatu yang dia simpan selama ini. Bukan dia tidak mahu bercerita tetapi dia tidak mahu lagi membuka aib lama yang terlipat kemas dalam keluarganya. Yang pergi, akan pergi. Tidak harus dipersoalkan lagi mengapa.

Otaknya ligat memikirkan bagaimana Ayleen mengetahui rahsia ini sedangkan kedua ibubapanya sendiri sudah bersumpah untuk kekal menyimpan rahsia sehingga ke akhirnya. Mana mungkin mereka melanggarnya. Dia kenal kedua ibubapanya. Tengku Akhtar dan Raja Badariah.

Cuma ada seorang sahaja. Seorang sahaja yang memperolehi manfaat dari semua ini. Masih bertemukah mereka berdua?

Untuk apa? Ayleen menyimpan rasa lagi kepada Daiyan Aniq?

Daiyan berdendam? Setelah sekian lama? Setelah apa yang diberikan keluarganya untuk membesarkan kedua beradik itu?

Satu kekesalan muncul. Melihat aura kebencian yang menyala dalam mata Ayleen, nyata membutakan kebaikan yang selama ni ditaburkan dengan ikhlas.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now