20

5.4K 224 6
                                    



Suasana senyap terasa dalam kereta Merc hitam milik Dr Adrian. Ayleen memeluk tubuh,wajahnya masih bersisa bengang.

" Sayang," panggil Dr Adrian. Dia masih memandu,kali ini perlu menghadapi sedikit kesesakan di Federal Highway.Kesempatan ini cuba digunakan untuk berbicara dengan Ayleen.

"Sayang.."

" Jangan panggil sayang boleh?" pintas Ayleen pantas. Dr Adrian tersengih, ha dengar pun suara merdu isterinya .

" Kenapa ni? Marah pasal apa?" soal Adrian,walau dia tahu puncanya sebab apa.

Ayleen diam. Matanya dipincingkan melihat bangunan bangunan besar di hadapan.

" Sayang marah sebab tie ye?" pancing Dr Adrian. Huh! Berbulu betul lah Ayleen dengar pasal tie.

"Tak payah cakap boleh tak?," tegang suara Ayleen. Dr Adrian hampir nak ketawa, maksudnya ya lah tu.

"Sayang jangan macam ni. Anees mungkin dah biasa macam tu,tapi abang dah pesan kat dia dah tadi. And dia okay with that," kata Dr Adrian memujuk.

Okay apa,tengok merenyam semacam je.Getus Ayleen.

Eh kejap,apasal aku nak marah sangat ni?

Jangan salah faham readers. Aku marah sebab Anees tu macam tak hormat aku as a isteri Dr Adrian. Cuba fikir,sepatutnya aku lah yang buat semua tu. Takkan lah perempuan lain nak buat, padahal isteri depan mata ni. Gila ke?

Dr Adrian meleraikan ikatan necktie dan mengeluarkan tie hitam itu dari kepala. Perlakuan itu dilihat Ayleen. Pelik.

" Kenapa bukak?" Soal Ayleen. Dr Adrian tidak menjawab. Tie berwarna grey yang digulung diambil dalam poket seluar dan dipasang menggantikan tie hitam tadi. Ayleen merenung tidak berkelip. Bila masa pula dia ambil tie grey tu. Pilihan aku tu. Laju pula lihat Dr Adrian memasang tie tu sambil tangan sebelah lagi mengawal stereng.

"Apa yang sayang suka, abang pun suka."

Tanpa sedar, Ayleen mengukir senyum. Pandai pula dia ni ambil hati.

"Abang dapat tahu yang sayang nak drop subject Organic Chem betul ke?" soal Dr Adrian dan itu menarik perhatian Ayleen untuk melihat terus ke arah Dr Adrian. Mana dia tahu?

" Kenapa kalau nak drop pun?" soalan dibalas soalan pula.

Dr Adrian menghembuskan nafas. Sabar Ad sabar.

" Abang akan habis kontrak lagi 3 bulan lagi. Papa dah start panggil abang untuk memangku jawatannya. Semester baru nanti sayang belajar dengan lecturer lain dah. Tahan lah sikit ye. Kalau tak suka abang pun janganlah sampai nak drop subject tu. Core subject tu," kata Dr Adrian jelas.

"Hah betul ke?" kata Ayleen sambil matanya mengerdip ngerdip tidak percaya. Dr Adrian hampir nak ketawa melihat keletah isterinya. Sah, memang Ayleen tidak sukakan dia mengajar rupanya. Begitulah yang Zaitul beritahunya semalam sehingga dia rasa geram pula dengan Ayleen semasa mengambil Ayleen untuk pulang ke rumah mereka buat pertama kali.

" Ya,betul..jadi Ayleen jangan risau. Ayleen teruskan belajar,tak faham apa apa tanya Nadra,atau boleh je abang buat kelas tambahan kat rumah malam malam tapi kena tunggu abang free lah."

Ayleen menarik muka.

" Tak pe lah terima kasih." Spontan Ayleen bersuara menolak.Kelas tambahan? Yang sedia ada pun macam nak mampus.

Dr Adrian tarik senyum. " But sayang,bear with me in next 3 months okay je okay."

______________________________

Namun menghabiskan 3 bulan itu memang tersiksa sungguh bagi Ayleen kerana Dr Adrian memang cukup garang dan dingin walau dengannya semasa penyampaian kuliah dijalankan.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now