27

4.8K 231 2
                                    


" Dr Adrian?" Ammar terbeliak mata hampir tidak boleh disangkal lagi rasa terkejutnya. Ayleen pula rasa nak pengsan. Mampus kali ini. Mampus!

" Ammar? Awak buat apa kat sini?" Soal Adrian, tajam memandang kedua duanya.

Ammar mengangkat bungkusan makanan yang dipegang sejak tadi.

" Saya menghantar makanan yang dipesan. Saya buat Grab Dr. Part time. Er tapi apa yang Dr buat kat sini?" Soal Ammar, dia benar benar ingin mengetahui apa yang sebenarnya terjadi.

Adrian mengangguk kecil. " Ini rumah saya."

Terlopong sebentar Ammar Nabeel, dan matanya terarah kepada Ayleen Insyirah yang kelihatan ingin lari sahaja dari situ.

" Mmmacam mana bboleh Ayleen ada kat dalam rumah ni?" Soal Ammar terketar ketar pula. Jangan kata mereka berdua ni..........

Spontan tangan Adrian memegang tangan Ayleen erat. Ayleen terkaku pasrah.

" Ayleen Insyirah ni, adalah isteri saya."

Rahang Ammar Nabeel jatuh terus.

————————————————————-

" Saya harap awak rahsiakan dahulu tentang kami. Ayleen sendiri yang tidak mahu menghebohkan lagi sehingga dia habis belajar. Jadi awak buat macam biasa je ye. Layan Ayleen macam biasa."

Ammar mengangguk angguk, masih belum pulih dari kejutannya. Kedua figura dihadapannya itu paling tidak disangka langsung akan berkahwin. Kerana setahunya Dr Adrian memang betul betul anti akan Ayleen. Rupanya keduanya berkahwin kerana Dr Adrian yang sukakan Ayleen. Hairan betul dia.

" Tapi Dr bukan kahwin dengan Ayleen sebab tangkap basah kan?"

Kali ini belakang Ammar dihempuk kusyen kecil oleh Ayleen.

" Kau ni kalau aku belasah kau saja je kan." Marah Ayleen geram. Suka suka je cakap aku macam tu. Ingat aku ni murah sangat ke.

" Sayang.." panggil Adrian perlahan tetapi tegas. Ayleen memasamkan muka, menyampah. Manakala Ammar terlopong lagi mulutnya mendengar panggilan manja itu. Memang lain terus berbanding dalam kuliah. Patutlah Dr Adrian selalu panggil Ayleen masuk bilik dia.

Rupanya Ayleen itu bini dia. Aiyakkk!

" Ook..ok..sorry Ayleen, Dr. Saya masih terkejut lagi. Dr tahu kan banyak cerita cerita tak elok pasal Ayleen dengan Dr. Saya pun ikut risau dengar sebab saya tahu Ayleen ni bukan jenis perempuan macam tu. Lega saya dengar rupanya dah sah, dah halal." Tersengih sengih Ammar saat menuturkan kata kata itu. Saja nak mengusik Ayleen kali ini.

Kau tunggulah esok. Hehe. Aku kacau kau banyak banyak kali ini Ayleen.

" Saya tahu. Dan saya tak kisah. Ayleen isteri saya, apa apa pun kami berdua dah sah bernikah. Cuma saya hormat permintaan isteri saya untuk tidak menghebohkan. Jadi Ammar, tolong ye, rahsiakan," pinta Dr Adrian, lembut.

Ammar mengangguk faham. "Okay Dr, jangan risau. Rahsia itu selamat dengan saya. Tapi saya usik usik Ayleen je lah, tak pe kan Dr. tu modal saya."

Sekali lagi kusyen dicampak tepat ke wajah Ammar.

" Adoi, sakitlah weh. Tak padan dengan gelaran isteri orang."

" Kau ni kan memang nak makan kaki aku ke.." kata Ayleen, geram.

" Sudah!" Adrian pula menggeleng kepala.

" Ammar, kamu dah siapkan ke assignment saya minggu lepas? Esok hari akhir."

Ammar tersengih sambil menggaru kepalanya.
"Belum Dr."

Manakala Ayleen pula pucat terus wajahnya.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now