34

4.6K 192 37
                                    


Ayleen menangis teresak esak melihat tubuhnya yang lebam lebam habis. Zayn sekali lagi menidurinya secara paksa tanpa dia relakan semua ini.  Puas dia memanggil nama Adrian, tetapi Zayn galak pula mentertawakan dirinya.

" Kau ingat Adrian akan datang lindungi kau ke hah perempuan? Dirinya sendiri pun dia tidak dapat protect, apantah lagi kau."

Tidak cukup dengan itu, setelah dia melakukan perbuatan intim paksa dengan dirinya, dia terus keluar dan mengheret Anees pula masuk ke bilik tidur peribadi mereka. Gadis lembam itu dikucup mesra dan Anees seolah olah gembira akan perhatian yang diberi oleh Zayn.

Ayleen rasa sungguh terhina apabila diperlakukan begitu. Melihat suami sendiri melakukan maksiat dengan wanita lain dalam kamar peribadi mereka meskipun bukan Adrian yang melakukannnya.

Adrian yang dia kenal begitu lembut, begitu sayang padanya walau dia tegas.  Tetapi mengapa Adrian tidak munculkan dirinya? Dia perlukan Adrian. Dia perlukan suaminya. Bukankah tugas suami adalah melindungi isterinya?

Abang, Ayleen perlukan abang. Tolong Ayleen abang.

Pintu dibuka deras dan susuk tubuh tua masuk ke dalam. Kelihatan Mak Mona masuk dan menunduk mengutip baju baju yang bersepah di lantai. Wajah Mak Mona kelihatan tenang, dan Ayleen cukup membenci melihatnya.

" Mak cik dah siapkan makan untuk Ayleen, ada kat bawah. Makan lah ya."

Ayleen merenung tajam ke arah Mak Mona yang masih berjalan santai menuju ke wardrobe. Dia mengeluarkan baju Ayleen yang bersih serta pakaian dalam milik Ayleen, dan diletakkan diatas katil.

" Nah baju untuk Ayleen, Ayleen pergi mandi dan turun makan ya."

" HIPOKRIT!!" Jerit Ayleen. Dadanya turun naik menahan berang yang tercipta apabila melihat wajah Mak Mona.

" Kau hipokrit. Kau hipokrit paling hina pernah aku jumpa! Rupanya Kau tahu pasal semua ni. Kau tahu sakit Adrian. Kau tahu anak kau gilakan suami aku. Tergamak eh buat aku macam ni!!!" Tempik Ayleen memuntahkan segala kemarahan yang diluah.

Mak Mona menunduk. Dia menggeleng geleng kemudiannya.

" Mak cik terpaksa Ayleen. Mak cik terpaksa sorok penyakit Tengku. Mak cik tak tahu sampai macam ni Zayn sakitkan Ayleen. Mak cik takut Zayn apa apakan makcik dan Anees. Dia sayangkan Anees. Sangat sangat sayangkan Anees."

" Itu Zayn. Dia bukan suami saya. Adrian suami saya. Dia yang lafaz akad ke atas saya! Bukan Anees!"

Ayleen menangis pilu sambil memeluk lututnya. Dia mahukan Adrian yang baik hati. Dia mahukan Adrian yang sabar melayaninya, yang memanjakannya.Walau dia tahu dia galak menolak Adrian dahulu, perasaan sayang itu mula ada, tersentuh dengan layanan Adrian yang sangat sangat lembut.

" Mak cik minta maaf Ayleen. Tapi Anees juga perlukan seseorang yang dapat menjaga dirinya, lebih baik dari makcik. Dan Zayn adalah orangnya."

Mak Mona menunduk sedikit dan mula menapak keluar, disusuli oleh jeritan kekecewaan milik Ayleen.

—————————————————-

Tengku Akhtar meletakkan telefon dan mengurut pelipis. Keluhan terlepas dari bibir saat dia mendengar berita menerusi panggilan dari setiausaha anaknya Adrian iaitu Hariz.

" Tengku Khairan dah lama tak masuk office, dah seminggu lebih."

Risau bertandang kerana Adrian baru sahaja menggalas tanggungjawab sebagai CEO, tentu sahajalah ahli lembaga pengarah mengharapkan sesuatu yang baik darinya selaku peneraju muda.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now