37

4.4K 181 32
                                    


Zayn menyilang kaki menghadap figura figura dihadapannya. Benci betul dia melihat wajah wajah ini. Kenapa masa masa sekarang mahu berjumpa dengannya? Di rumahnya pula tu.

Satu wajah yang paling dibenci oleh si Adrian juga berada di sini. Kenapa Daiyan ni pun ada juga? Detik Zayn.

Tengku Akhtar merenung dalam ke arah Zayn yang hanya menyandar tenang. Sunyi sahaja villa ini. Sunyi seolah tiada orang langsung. Mana menantunya?

" Kamu sihat Adrian?"

Zayn mengangguk ringkas. "Sihat papa."

" Mana menantu papa? Ayleen mana?"

Zayn diam. Renungan matanya berpindah ke arah Daiyan yang turut merenungnya. Bibirnya terjungkit sedikit.

" Dia tak sihat."

Tengku Akhtar mengerling ke arah tangga. Dia memberikan senyum.

" Boleh papa jenguk Ayleen? Dah lama dia tak rumah papa mama. Dah lama juga dia tak ke kuliah. Sakit apa Adrian?" Soal Tengku Akhtar lembut.

Zayn mengubah posisinya dari menyandar. Dia membongkok sedikit ke hadapan dan kaki yang disilang tadi dijatuhkan. Tangannya disatukan.

" Ayleen bukan dalam situasi yang semua boleh jenguk dia papa. Dia tidak sihat. Papa nak cakap dengan dia, cakap je dengan Adrian. Adrian akan sampaikan kepada Ayleen."

Kelihatan angkuh riak wajah Zayn saat menuturkan kata kata itu.

Daiyan mengepal penumbuknya. Dasar tak guna! Berani betul Adrian berkata kata macam tu kat bapa dia sendiri. Biadab!

Rafiq memberi isyarat agar minta bertenang.

Tengku Akhtar menghembus nafasnya, tampak tenang sahaja lelaki tua itu.

" Baik Adrian. Bila kamu nak bekerja semula?" Soal Tengku Akhtar. Matanya liar merenung wajah anak sulungnya. Pewaris utamanya.

" Ayleen masih tak sihat lagi Papa."

" Papa dan mama boleh jaga dia Adrian. Adrian dan Ayleen tinggal dulu kat rumah papa ya. Nanti Ayleen dah sihat balik, Adrian boleh bawa dia balik," cadang Tengku Akhtar, lembut. Cuba memancing emosi lelaki di hadapannya.

Tetapi Zayn hanya beriak datar. Dingin dan kosong.

" Tak perlu papa. Ayleen takkan keluar dari sini. Adrian ada, Adrian boleh jaga."

Belum sempat Tengku Akhtar membalas, Daiyan mula ke hadapan.

" Kenapa kau takut sangat nak bawak Ayleen keluar? Kalau dia tak sihat sangat, bawa ke hospital. Bukan kurung dia dalam rumah berminggu minggu," tekan Daiyan, geram. Suami jenis apa dia ni?

Aryan dan Rafiq mula bangun, risau melihat kedua figura ini yang kelihatan tegang.

Zayn memandang Daiyan dengan pandangan yang sukar dibaca. Lama mereka saling berpandangan, keduanya saling berkomunikasi menerusi mata. Jelas kedua duanya menyimpan api amarah.

" Kenapa kau sibuk sangat dengan kehidupan isteri aku? Kau siapa?" Sinis balasan Zayn. Saja memberi provokasi terhadap si jejaka yang memang diketahui menyimpan rasa terhadap Ayleen.

Daiyan mengetap rahang. Bengang kerana soalan itu terlalu sukar untuk dijawab dalam keadaan sekarang.

Terus dia melangkah menuju ke tangga tetapi bahunya ditarik kasar oleh Zayn.

" Don't do that, cousin. You just crossed the line."

Daiyan menepis tangan Zayn yang memegang kolar baju dengan kuat. Matanya memandang Zayn seperti helang.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now