46

4.3K 209 11
                                    


" Ayleen." Jerit Fakhrul sedikit sambil melambai lambai ke arah Ayleen dan Inara yang berjalan di tengah tengah keramaian.

Ayleen yang melihat akan figura Fakhrul terus melangkah ke arahnya, rasa lega terpancar di wajahnya.

"Tu lah tadi aku ajak ko tak nak," usik Fakhrul sambil tersengih. Diangguk kepala ke arah Inara, sebagai tanda sapaan, mereka tidak berjumpa sejak program anak angkat beberapa bulan dahulu, atau lebih mudah, selepas acara sukaneka tersebut. Ketika itu mereka berdua bergandingan dalam acara sukaneka bola beracun melindungi ratu kumpulan iaitu Ayleen Insyirah.

Inara hanya tersenyum sambil membalas anggukan tersebut.

" Weh tak pelah, aku dah hantar kau ni kat Fakhrul. Elok elok tau. Nanti bila bila calling la weh, no phone dah ada kan." Kata Inara sambil mohon minta diri.

" Thanks weh, aku hargai sangat sangat."

" No hal beb. Chill," balas Inara menampar sedikit lengan Ayleen.

" Cau." Lalu Inara melangkah dan hilang disebalik keramaian.

" Sorry susahkan kau Fakhrul." Ucap Ayleen serba salah.

Fakhrul menggeleng pantas. " Untuk kau apa pun tak susah lah Ayleen. Jom, Ammar dah tunggu kat booth tengah. Dia lepak situ jap dengan member dia."

Ayleen melangkah perlahan mengikuti kaki Fakhrul. Di keramaian itu sekali sekala Fakhrul terpaksa memegang lengan baju Ayleen untuk mengelakkan wanita itu tersesat atau hilang laluan.

Ada juga mereka berjumpa dengan pelajar FSG tetapi mereka seakan akan tidak mempedulikan kelibat Ayleen kerana sibuk dengan urusan belian ketika itu. Tetapi kebanyakan pelajar fakulti pelbagai yang banyak memenuhi karnival itu, menyebabkan Ayleen tidak banyak bertembung dengan rakan fakulti FSG. Jadi kurang lah sedikit panahan sinis atau kata umpatan yang diterima.

Sedikit sebanyak dia rasa lega.

Booth yang ditujui tiba, iaitu booth gamers. Ammar kelihatan berborak santai dengan rakan rakannya yang tidak dikenali . Mungkin rakan rakan games kerana Ammar memang kaki game.

" Ayleen," sapa Ammar, sambil berdiri. Rakan rakannya juga memberi senyuman kepada Fakhrul dan Ayleen. Fakhrul berdiri di tepi booth dan Ayleen juga mengikuti langkah Fakhrul.

" Guys, kenalkan ini Ayleen, member course aku. Ahaa for your information, she is married tau."

Ayleen hanya memberi senyum segaris sambil menunduk sedikit.

" Haha kau tak cakap pun aku dah tahu lah, dia mengandung ni kan, mestilah dah kahwin." Balas seorang dari mereka.

" Ini Fikri, Ashraff dan Suzila, dorang ni sama tahun dengan kita, geng Business Admin." Ammar menunjukkan ketiga tiga rakan, memperkenalkan mereka.

" Hai, saya Ayleen Insyirah."

Suzila yang hanya senyum , segera menghampiri Ayleen.

" By the way dah berapa bulan ni? Larat lagi eh awak jalan," Suzila kelihatan teruja melihat perut comel Ayleen.

" Nak masuk 6 bulan dah,tak pe exercise sekali sekala," balaa Ayleen sambil tersengih. Suzila mengangguk setuju.

" Betul tu, kakak aku masa mengandung pun dia duk elok jalan sini sana. Tak reti penat minah tu. Bila aku tanya, dia kata untuk senang dia nak beranak. Tak tahu lah kalau dia kencing aku ke." Sampuk Fikri sambil ketawa. Mesra mula terasa bersama mereka.

Ayleen mula rasa selesa dengan rakan rakan Ammar. Fakhrul pula sudah berlalu ke dalam booth, mencuba game yang ada.  Sebelum itu sempat Fakhrul memberitahu untuk Ayleen menunggunya sebelum dia meninggalkan Ayleen sebentar.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now