9

5K 228 9
                                    


Isnin..memang merupakan hari blues untuk semua pelajar. Tetapi bagi Ayleen, Isnin adalah hari paling worse untuk dia.

Detention class after 4 pm.

Arghhh tak leh fikir kali ni. Sumpah dia menyesal masuk kelas tempoh hari. Kalau tak dia takkan menjawab soalan soalan kuiz tiber tu. Dan dia takkan dimalukan, kena jawab atas pentas kuliah sorang sorang. Dan dia takkan kena detention class macam ni.

" Okay class, dismiss!" Secara rasminya kelas subjek Tamadun Islam sudah tamat jam 3.45 pm. Ayleen menjenguk jam. Ada 15 min lagi sebelum jam 4pm.

" Ayleen, jom. Kita gerak sekali," ajak Ammar Nabeel sambil menggalas beg di belakangnya. Ayleen bersetuju lantas memberi isyarat kepada Nadra Hana.

" Beb, aku gi dulu. Zoo calling," kata Ayleen spontan sambil ingin menuruni tangga.

"Zoo?" Mata Nadra Hana terbeliak. " Kau buat kerja amal cuci zoo ke untuk detention class ni?"

Ayleen tergelak sambil menggeleng. " Aku terkeluar zoo pulak. Aku nak sebut lion calling."

" Ayleen, tak baikkkk.. dia tu lecturer lah," marah Nadra Hana tapi sambil tu dia bantai gelak pula.

" Lantak lah, blah dulu," kata Ayleen tersengih sambil menuju ke pintu kuliah diikuti Ammar Nabeel.

Pintu pejabat tertera nama Dr Adrian diketuk ketuk. Sekilas Ayleen memikirkan, nama dia hanya Adrian sahaja ke? Ke ada nama lain? Atau mungkin memang itu nama tunggal tu?

Segera dihalau fikiran itu apabila terdengar sahutan suara orang didalam. " Masuk"

TING! Bunyi whatsapp masuk kedengaran. Ayleen pasti sudah tentu itu dari Daiyan kerana dia baru membalas mesej lelaki itu tadi. Tapi dia mengambil keputusan untuk tidak membalas kerana ini waktu yang agak genting. Kalau sekiranya dia membalas whatsapp, pasti akan dilihat main main dalam belajar.

Dr Adrian sedang sibuk memeriksa beberapa buku kulit tebal yang kelihatan seperti research. Kaca mata yang dipakai sejak bila entah kelihatan turun sedikit. Lengan baju kemeja dilipat hingga siku menampakkan urat urat hijau. Rambutnya yang tegak berdiri kelihatan basah. Rahangnya pula kelihatan tegap lurus.

Cukup pakej mamat ni. Tapi sayang, dingin.

Isy apahal dia ni pakai baju ketat macam nak tunjuk bicep dia je. Menda lah kod pemakaian pun fail.

Tak henti henti Ayleen mengomel dalam hati sehingga tidak sedar dia disiku Ammar.  Ammar memandangnya pelik. Dr Adrian pula seperti nak ketawa tetapi ditahan.

" Kau kenapa cakap kuat sangat?"

Ayleen mengerut dahi. " Aku cakap apa?"

" Kod pemakaian pun fail. Kod pemakaian sape pulak?"

Hah, aku tercakap kuat ke? Bodo la tak sedar langsung keluar kat mulut aku.

" Kod pemakaian kau lah. Asal kau pakai stoking dengan sneakers? Orang pakai sneakers je," kata Ayleen, laju pulak dia mengeluarkan kata.

" Eh, asal aku pulak. Selama ni aku memang pakai stokin dengan sneakers. Kau dah kenapa tiber tak leh pakai stokin bagai. Tiber sebut pasal fail hal pakaian pulak kat sini," balas Ammar, hairan tapi agak pedas jugak lah.

" Aku baca buku peraturan pemakaian kampus pagi tadi, kau cari dalam muka surat......"

" Bagus awak baca buku peraturan kampus tapi lebih baik awak fokus pada sesi kita kali ini sebab buku Organic Chem yang sepatutnya awak baca sekarang, Ayleen." Potong Dr Adrian mematikan kata kata Ayleen. Kelihatan pensyarah muda itu mengeluh perlahan.

Bawa aku ke syurgamuWo Geschichten leben. Entdecke jetzt