45

4.4K 177 32
                                    


" Saya rindu awak Ayleen."

Sayu suara itu menuturkan kata kata. Ayleen mengemam mulut cuba untuk tidak beriak. Sungguh dia tidak mahu memberi harapan padanya lagi.

Ada hati yang dia harus utamakan. Suaminya. Walau dia tidak cintakan Adrian, tetapi dia masih lagi dibawah tanggungjawab Adrian. Apalah sangat perasaannya dibanding dengan status dan keadaan dia sekarang?

Dia sudah bersuami dan bakal mempunyai seorang anak. Walau tak lama lagi status itu bakal terlerai.

" Cukup lah Daiyan. Awak tak boleh macam ni." Tegas Ayleen cuba menahan rasa.

Daiyan merenung pantai yang seakan melempar air ke pasir dengan kuat. Dia menggeleng.

" Saya tahu tapi saya tak boleh. Saya tak boleh lupakan awak. Saya tahu awak buat semua ni sebab awak tak nak saya terseksa. Tapi saya dah cukup terseksa bila saya jauh dari awak."

Ayleen mengemam bibir dengan lebih kuat. Dia tidak mahu esak tangisannya terlepas.

" 5 bulan..apalah sangat berbanding 6 tahun saya tunggu awak Ayleen. Awak masih ingat kata kata saya semasa kita di Ipoh hari tu?"

Ayleen diam. Kata kata Daiyan masih kuat lekat dalam ingatannya.

Saya mencintai awak Ayleen Insyirah kerana Allah. Jika satu saat nanti suami awak sudah tidak inginkan awak,ingat lah masih ada seorang lelaki yang setia menunggu awak disini. 6 tahun saya menunggu awak, saya tidak kisah jika perlu menunggu awak bertahun tahun lagi.

Tidak mampu membalas, Ayleen tunduk semula. Mengapa tika ini dia sungguh lemah?

" Kata kata saya itu tetap utuh buat awak Ayleen. Saya akan tetap menunggu awak, menyunting awak sebagai isteri saya, dan bercinta bersama sama ke syurga."

Ayleen memejam matanya sekuat hati. Hatinya benar benar bergolak. Antara kemahuan hati dan akal. Dia mencintai Daiyan, tetapi sungguh dia tidak mampu menurut kehendak hatinya biar sedikit pun.

Masih ada sisa rasa yang memerlukan dia kekal di samping Adrian.

Kecuali Adrian melepaskannya.

Dia tahu rasa itu. Rasa bersalah.

Kerana janji yang pernah diungkap pada Adrian.

" Just leave me alone Daiyan. Jangan paksa saya."
Nada tinggi itu menggambarkan marahnya Ayleen, dia benar benar penat ditebak sebegini.

Tetapi Daiyan tetap memberi senyuman. Wajahnya tenang. Tidak membalas walau dimarah sebentar tadi.

" I already promise you that I will never leave you Ayleen. Never."

--------------------------------

Kelas Tamadun Islam dibatalkan. Jadi mereka semua melakukan assignment yang telah diberikan pada mereka di tempat masing masing.

Kedengaran bunyi microphone dihidupkan, dan suara Dahlia Syazana menerpa.

Test..
Test..

" Assalamualaikum korang, aku diminta oleh geng wakil Fakulti Perniagaan untuk sampaikan pengumuman ni kat korang. Minggu depan depa satu fakulti akan buat satu ceramah keusahawanan serta karnival Hari Terbuka. Ada banyak booth booth yang depa sediakan and jualan pelbagai jenis barang serta makanan. Tetamu istimewa yang datang menyampaikan ceramah itu dirahsiakan guys. Aku pun tak tahu sebab apa tapi nampaknya mereka beria ria betul ajak kita semua. So semua dijemput hadir."

Riuh rendah kedengaran masing masing ingin pergi. Aktiviti begini sangat digemari, kerana bukan sahaja dapat menimba ilmu, tetapi Hari Terbuka seperti Hari Mencari Jodoh. Lagi lagi pula ianya dilakukan oleh geng Fakulti Perniagaan, satu universiti tahu Fakulti Perniagaan mempunyai ramai student student lelaki kacak selain Fakulti Kejuruteraan.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now