43

4.3K 179 11
                                    


5 bulan akhirnya berlalu.

Kandungan Ayleen kini berusia 5 bulan. Dan sememangnya perkara itu menjadi bualan di universiti sejak dua menjak ini. Sebelum ini mereka menjalani latihan intern selama 3 bulan bermula pada pembukaan semester, dan perut Ayleen masih belum jelas kelihatan.

Tetapi dua bulan terakhir ini memang menguji kesabaran seorang Ayleen Insyirah.

Untuk menutup mulut mulut lancang, Ayleen akhirnya mengaku dia sudah berkahwin, namun dia tidak mendedahkan siapa bapa kepada bayi lelaki yang dikandungnya.

Sudah tentu ianya mengundang berita yang tidak enak, ada yang mengatakan Ayleen ditangkap basah dan terus berkahwin. Ada juga yang mengatakan Ayleen terlanjur dan terus berkahwin apabila hamil. Yang pastinya, tiada yang elok berita tentang wanita itu, dan ianya mengundang persepsi negatif oleh para pelajar.

Tidak sangka, ianya juga memberikan impak pada rakan kuliahnya. Hampir seluruh rakan sekuliahnya kelihatan memberi pandangan sinis. Hanya beberapa orang sahaja yang kelihatan bersimpati. Namun Fakhrul, Ammar dan Nadra yang mengetahui cerita sebenar tetap melayan Ayleen seperti biasa.

Kelas Organic Chem mereka dikhabarkan mempunyai pensyarah baru. Lama sudah mereka tidak merasa belajar dengan pensyarah muda. Pensyarah mereka merupakan seorang perempuan, namanya Dr Hannah. Dan kini sedang berhadapan dengan mereka semua.

" Hi everyone, my name is Hannah Ezra. Dr Hannah Ezra. You can call me Dr Hannah. So as you know, I will teach you Organic Chem, which is one of your core subject obviously. And seems like everyone of you got good marks last semester."

Wajah masing masing menyeringai gembira. Bangga dipuji barangkali. Ini kerana kuliah mereka mencipta sejarah, kesemua pelajarnya mendapat markah 70 ke atas dalam subjek ini, termasuk Ayleen Insyirah. Dia juga terkejut badak, kerana markahnya 82 langsung tidak terjangka apabila diambil kira dia langsung tidak mengulangkaji pelajaran.

" When I check the syllibus, Dr Adrian and Prof Azman  really give a full effort to teach you until you can understand. Because it quite difficult. So I am impressed."

Dr Hannah berpusing ke belakang dan membuka beg galasnya yang memang disandangnya sedari tadi. Kertas bersaiz A4 yang kelihatan tebal dikeluarkan dan diletak di atas meja.

Matanya melihat kesemua pelajar pelajarnya dan memberikan senyuman manis, tetapi kelihatan aneh manisnya.

" So....I'm going to test you again. I want to see, I want to know how far can you understand this subject."

Hah??

Kata katanya disambut dengan keluhan kasar oleh seluruh pelajar. Semuanya kelihatan tidak bersetuju langsung.

" Haih, dah jawab dah kan. Dah siap exam dah pun. Apa la yang tak puas hatinya lagi?" Bebel Ammar perlahan, namun masih dapat didengari oleh Ayleen dan Nadra.

Ammar merupakan antara pelajar yang sering mendapat markah rendah dalam Organic Chem, tetapi dalam peperiksaan akhir semester lepas, dia berjaya memperolehi 74 markah. Ini kerana dia benar benar mengulang kaji subjek itu berulang kali sebelum kertas Organic Chem. Namun kini, segala ilmu yang terlekat itu, sudah hilang terus.

Nadra hanya ketawa kecil. Ayleen pula hanya mengeluh. Sama seperti Ammar, dia juga merupakan pelajar paling rendah dalam subjek ini. Ketika zaman Dr Adrian dulu, sering sahaja dia dipanggil oleh suaminya dek kerana markahnya yang rendah.

Adrian? Teringat pula dia pada sang suaminya. Atau mungkin boleh dikatakan bakal bekas suami.

Atas desakan Datuk Afnan dan restu Tengku Akhtar, Ayleen akhirnya terpaksa memfailkan tuntutan fasakh sebaik sahaja dia mengetahui dirinya hamil. Seperti dijangka, tuntutan itu mengambil masa dek kerana kondisi pemikiran suaminya yang belum stabil. Tetapi peguam syariah yang diupah keluarganya mengatakan, mungkin keadaan boleh berpihak kepada Ayleen.

Bawa aku ke syurgamuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora