11

5.1K 222 8
                                    


Hampir setengah jam mereka berborak kosong sambil disusuli ketawa. Kali ini Ayleen dapat melihat sisi lain Raja Daiyan. Dia seorang yang kelakar apabila dikenali dengan lebih rapat. Serta pendengar yang baik. Oh dia merupakan pelajar tahun akhir jurusan Sains Sukan.

Dia juga ada killer smile yang mencairkan hati.

Eh sedar sikit Ayleen, kau tu tunang orang!

Spontan Ayleen mengeluh. Mungkin kalau bukan sebab status pertunangan dia, mungkin dia dapat mengenali dengan lebih rapat jejaka di hadapannya.

" Whats your problem Ayleen? Kenapa mengeluh?" Soal Daiyan prihatin.

Ayleen hanya ketawa menutup ketidaksengajaan itu. "Haha tak ada apa apa pun."

Daiyan merenung wajah ayu gadis itu yang sudah lama mengisi ruang hatinya sejak dahulu. Gadis ini tahu kah sebenarnya tentang dirinya?

Fikirannya melayang seketika.

FLASHBACK

Kelincahan pemain bola jaring itu direnung penuh minat. Sejak dia berpindah masuk dari MRSM yang terletak di Besut, ke MRSM J, kerana hukuman disiplin, ini lah kali pertama dia memberi perhatian kepada makhluk bernama perempuan.

Dia sedar, seisi sekolah itu terutama gadis gadis kelihatan suka memberikan perhatian lebih kepadanya, ke mana sahaja dia pergi. Statusnya sebagai pemain bola sepak serta gaya badboy juga memberikan dia lebih spotlight yang langsung tidak diingini. Sudahlah tahun ini dia bakal menduduki peperiksaan SPM.

Tetapi gadis ini seolah langsung tidak melihat dia. Langsung tidak memberi perhatian kepadanya. Tatkala mereka terserempak di mana mana, gadis itu seolah membuat muka toya dan selamba. Untuk itu, dia agak hairan.

" Aniq, dah warm up belum," soal Fayyad sambil duduk merebahkan diri disebelah Raja Daiyan Aniq. Mereka sedang dalam training bola sepak untuk kejohanan sukan sekolah daerah.

Daiyan menggeleng. Ada sesuatu yang dia harus tanyakan pada Fayyad. Kot kot dia tahu.

" Fayyad, siapa budak perempuan yang pakai jersi C tu. Yang tengah main bola jaring sana," soal Daiyan, nekad ingin tahu.

Fayyan melihat arah yang ditunjukkan Daiyan dan mengecilkan matanya. Wajahnya berubah.

" Oh, Ayleen Insyirah, junior tingkatan 4. Jenis beku sikit dia tu." Kata Fayyad sambil membetulkan ikatan tali kasutnya. Tetapi mukanya selepas itu mendongak melihat Daiyan. Pelik. Eh dah kenapa kawan aku ini. Minat Ayleen ke? Tahu tak Ayleen tu allergic lelaki.

Daiyan mengangguk ringkas. Tahu lah dia nama gadis itu. Ayleen Insyirah!

" Asal kau kata dia beku?" Soal Daiyan mengerut dahi.

Fayyad melepaskan ketawa kecil. " Dia tu jenis tak minat bercinta aku rasa. Buat hal dia je. Jangan cerita lah ada je lelaki yang pernah nak try, tapi dia camtu lah, buat tak tahu. Tak gedik macam sesetengah girl kat sini. Lagipun dia ni nakal sangat. Fly.. overnight.. ponteng surau.. ponteng prep.. nama dia memang selalu naik disiplin lah setiap minggu."

Oh begitu. Jenis nakal jugak lah ni. Bagus bagus.

" Tapi kalau kau nak try dia, lupakan je lah, dia memang bolayan je kau," kata Fayyad sambil menepuk nepuk bahu Daiyan.

Raja Daiyan melepaskan pandangan sekali lagi ke arah Ayleen yang masih lagi dalam permainan.

Hatinya mula berasa sesuatu.

END OF FLASHBACK

" Daiyan.. daiyan..," tangan Ayleen mengawang gawang dihadapan Daiyan yang kelihatan khusyuk memandangnya. Haih mamat ni, termenung jauh betul.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now