23

4.9K 206 19
                                    


" Ni Daiyan Aniq. Raja Daiyan Aniq, anak saudara mama. Sepupu suami kamu la. Tapi membesar sekali dengan anak anak mama. Sejak dah habis belajar ni, jarang dah Iyan datang sini dah."

Ayleen mengenggam tangannya. Jadi selamani dia kenal suami aku? Suami aku kenal dia? Kenapa keduanya seperti tidak mengenali antara satu sama lain?

" Hai, kakak ipar. Saya Daiyan," sapa Daiyan sambil mengukir senyum manis. Bagai tiada apa apa berlaku. Bagai ungkapan cintanya tidak tertulis dalam sejarah keduanya. Mereka seperti saling tidak mengenali antara satu sama lain.

Tidak mahu ibu mertuanya berfikiran lain, Ayleen menunduk sedikit.

" Ayleen."

Daiyan mengangguk sedikit sambil merenung ke arah si wanita dihadapannya. Wajah itu sedang menahan marah. Daiyan tersenyum sedikit, memang patut dia dipersalahkan. Memang patut gadis itu marah.

" Mama, Ayleen nak masuk dalam sekejap ye," pamit Ayleen dan berpusing pantas ke belakang menuju ke dalam rumah. Hatinya tersiat siat. Sakit ditipu hidup hidup.

Tetapi Adrian, suaminya, tidak tahu bahawa dia mengenali Daiyan, tetapi tak tahu lah, dia juga berasa sakit hati dengan Adrian.

Patutlah Daiyan beria beria suruh aku terima, rupanya itu adalah abang sepupu dia. Jadi segala kata cinta Daiyan selama ini cuma ingin memerangkap aku sahajalah.

Sampai sahaja dibilik air di bahagian dapur, dia mengunci dan bersandar seketika di sinki. Air mata mengalir perlahan dan diseka. Esakan perlahan dilepaskan, begini kah rasanya jika kecewa ya?

Kerana itu, dia tidak mahu jatuh cinta. Sakit. Betul betul sakit.

Ayleen membasuh muka dan mengelapnya menggunakan tisu tandas yang tersedia. Puas hati dengan penampilan, dia keluar dari tandas itu.

Tetapi entah mengapa, dia ditarik masuk ke satu ruang. Segalanya pantas, kini dia seperti dihempas perlahan ke dinding. Namun belakang kepalanya dilindungi oleh satu tangan kasar.

" Daiyan!" Ayleen bergerak gerak menggila untuk melepaskan diri tetapi gagal. Tenaga Daiyan lebih kuat.

" My Ayleen." Bisiknya, menyeru nama gadis yang dicintai sejak dahulu.

Ayleen mengetap bibir. Air matanya bergenang.

" Awak dah gila ke Daiyan? Saya isteri orang!" Tegas kata dan nada Ayleen mengingatkan perlakuan lelaki itu yang melampau batas.

"Aku tak boleh lupakan kau Ayleen, tak semudah tu. Tak semudah yang aku katakan dahulu," perlahan Daiyan menutur kata.

" Habis awak nak kata apa kali ini? Awak juga yang meminta untuk saya bahagia. Saya tengah bahagia la ni. Dengan suami saya. Lepaskan saya."

Daiyan menggeleng.

" Awak tak bahagia Ayleen. Awak tak cintakan dia."

Dada Ayleen naik turun menahan amarah yang mula tercipta.

" Let me go Daiyan!"

" Ayleen, please..."

" Let me go or else saya jerit!" Keras Ayleen bersuara.

Daiyan tersenyum sambil mengusap bibir gadis itu.

Ayleen terbuai sebentar dengan usapan itu. Hangatnya tangan lelaki itu membelai wajahnya. Terasa cinta lelaki itu membuak buak khas untuk dirinya sahaja.

Dia menatap wajah Daiyan sebelum dia menyedari sesuatu.

Tak boleh Ayleen, kau isteri orang!

Dengan fikiran itu lantas Ayleen menepis keras tangan liar Daiyan.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now