8

5K 221 6
                                    


" Hah?"

Seisi dewan kuliah terkejut dengan pengumuman oleh Dr Adrian sebentar tadi. Gila ke kuiz di waktu waktu begini.

Sudah lah baru tamat kejohanan, buku pun tak sempat bukak. Ayleen yang baru sahaja ingin menyandar tubuh terus segar bugar mendengar pengumuman itu.

" Gila lah dah baru je habis event. Penat pun tak hilang lagi. Tiba kena jawab soalan kuiz," omel Nadra sambil membuka buku sepintas lalu sambil menunggu kertas kuiz diedarkan.

Ayleen hairan. Mengapa berita kuiz ini tidak disampaikan kepadanya? Kan dia class representative personal si mamat tu? Ke sebab kuiz ini kuiz mengejut?

" Nah, kertas kuiz. Eh tapi tinggal sehelai je weh," kata Fakhrul yang berpusing ke belakang menyerahkan sehelai kertas. Ayleen dan Nadra terpinga pinga. Kertas sehelai tetapi 2 orang lagi yang tak dapat.

" Who is the person who still dont get the paper? Please come forward." Suara Dr Adrian memecah kesunyian.

Ayleen mengeluh kecil sambil menyerahkan kertas kepada sahabatnya. "Nah, Nadra ambil lah kertas ni, aku gi ke depan ambil dengan Dr Adrian."

Tanpa menunggu jawapan Nadra lantas dia bangun dan menuruni tangga ke hadapan, tepat ke arah meja Dr Adrian. Malas malas je rasa nak ke sana.

" Tak dapat kertas? Okay kertas kat atas meja tu, and you sit there terus. Lambat sangat tunggu you nak naik sana ke tempat you lagi. Answer the quiz from here."

Tangan Dr Adrian menunjukkan meja kecil diatas pentas itu.

Hah? " Eh tak pe Dr. Saya ambil dan terus lari ke tempat saya. Takkan lambat punya."

Dr Adrian menggeleng kepala, sinis.

" No need. Sit there now."

Ayleen menunduk patuh. Aduhai malunya. Dah lah aku sekor je atas pentas kecil ni. Macam satu denda pulak.

Kakinya dihentak protes, sambil menaiki pentas kecil dan duduk di meja kecil Dr Adrian. Seakan seisi dewan memerhatikan dia seperti nak berlubang kepala. Ada satu dua yang tergelak sinis.

Taguna ini olang.

" You may start now!"

————————————————————————————

" Result semua kat tangan saya. What a surprise ya result kali ini. Korang semua tak study langsung ke?" Sindir Dr Adrian, menyebabkan satu dewan mendiamkan diri.

" Cuti seminggu percuma dah orang bagi. Korang buat apa sebenarnya time cuti hari tu?" Soal Dr Adrian tenang. Tapi pertanyaan itu seolah bakal mengundang ribut taufan sebentar lagi.

" Only 1 person got 92. And two person got below 50 marks. What the hell of that?"

Senyap seketika dewan kuliah FSG itu.

Kedengaran berat nafas keluhan yang keluar dari pensyarah muda itu.

" The person who got 92 is Nadra Hana, congratulation for your marks. Come, take your paper here."

Nadra Hana segera bangun dan turun mengambil kertas kuiz itu. Setelah itu satu satu nama dipanggil mengambil kertas kuiz itu. Masalahnya, dahla panggil berserta umum markah. Nak suruh satu dewan tahu ke?

" Nadra, nama aku tak kena panggil lagi. Alamak macam mana nih?" Ayleen seakan resah gelisah di tempat duduknya. Dia seakan merasakan, markahnya lah yang dibawah 50 tu.

Mati la aku.

Kini di tangan Dr Adrian terdapat 2 helai kertas yang sah sah milik 2 pelajar yang mendapat bawah 50. Ayleen hanya bungkam. Dia memang jawab hentam kromo sahaja kali ini. Satu sebab dia memang tak ulangkaji langsung. Mana nak sempat sebab dia jadi AJK untuk kejohanan sukan.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now