26

4.9K 235 15
                                    


Kedengaran bunyi ketawa dari meja makan dibawah ketika Ayleen turun untuk sarapan. Pagi itu Sabtu. Rasanya terdengar bahawa suaminya Dr Adrian ada kelas ganti pada hari ini. Yelah sebab tak lama lagi Adrian akan menamatkan kontrak sebagai pensyarah. Baguslah, dia malas hendak bertembung dengan mamat tu hari ini.

Sejak akhir akhir ini gatal semacam. Kontra betul dengan sifat beku dingin semasa dalam kuliah. Entah apa lah yang dia makan ye. Rebung ke? Merenyam sangat.

Rupanya ketawa yang dia dengar itu adalah dari Dr Adrian, dan ibu mentuanya. Oh mama ada sekali? Nampak Anees pun tumpang sama ketawa. Amboi sakan perempuan tu.

Perlahan lahan dia berundur mahu ke tangga semula tetapi rasanya sudah terlambat.

" Sayang."

Ketiga tiga pasang mata melihat dirinya dari meja makan. Ayleen tersengih seperti kerang busuk. Dengan bangun lambat, dah la mak mentua kat bawah. Bertuah betul.

Mana lah tahu mama nak datang.

"Ayleen menantu mama. Meh sini, join breakfast. Mama ingat nak ajak Ayleen keluar hari ini tapi Adrian kata Ayleen sakit senggugut. Sakit lagi ke Ayleen?"

Bila masa pula aku period? Mata Ayleen mengarah ke Adrian yang berpura pura ke arah lain. Ni mesti kes tak nak bagi aku keluar.

" Oh, dah tak sakit dah mama. Semalam ye la sakit. Kesian abang kena urut perut orang kan abang," kata Ayleen sekadar melayan sahaja, ikut sahajalah. Matanya sempat mengerling wajah Anees, yang berubah sedikit.

Eh apahal dengan perempuan ni ha? Apa hubungan dia dengan suami aku?

Adrian pula tersenyum simpul, faham sangat dengan nada sarkastik Ayleen. Mujur mamanya tidak mengesyaki apa apa.

" Kalau macam tu mama keluar seorang je la, mama..."

" Saya pun boleh teman Puan Sri shopping," pelawa Anees tiba tiba sambil tersenyum manis. Kelihatan Puan Sri Raja Badariah kaget sebentar tetapi dia segera menyorokkan riak wajah yang seakan akan mengeluh. Atau malas nak layan.

" Tak apa Anees, terima kasih," ringkas bicara Puan Sri menamatkan terus butir bicara Anees yang ingin terkeluar. Anees hanya mengangguk sedikit sambil menunduk.

Ayleen hanya mengerut dahi. Something is wrong here. Memang nampak sangat si Anees ni suka dengan Adrian tapi Adrian ni tak perasan ke? Tak rimas ke?

" Mama, Ayleen dah sihat, biar Ayleen teman ye." Kata kata itu disambut anggukan oleh Puan Sri Raja Badariah.

" Betul ni Ayleen? Kamu okay? Adrian kamu benarkan tak Ayleen dengan mama ni?" Pertanyaan itu diarahkan pula kepada Adrian yang sedang menghabiskan sarapan pagi. Adrian sekadar mengangguk.

" Okay je mama, Adrian pun ada kelas mengajar gantian. Kesian Ayleen seorang diri duduk rumah. Nanti Ad ke tempat mama nanti." Kata Adrian sambil menongkat dagu memandang isterinya.

Semakin hari semakin rasa jatuh cinta pada seketul Ayleen yang degil ni.

" But sayang, jangan cuba cuba pandang lelaki lain. Ingat sikit awak tu ada suami."

Ayleen yang baru habis meneguk air mengerut dahi. Eh, tu yang perempuan setengah tiang sebelah kau tu tak perasan ke tengah nak menyondol kau tu? Kau pun melayan je.

Tetapi Aylenn malas nak ambil pusing.

" Hurm.."

Puan Sri Raja Badariah hanya menggeleng kepala. Dia tahu Ayleen memang tidak ada perasaan kepada Adrian. Namun dengan ikatan perkahwinan ini, sekurang kurangnya dapat membantu Ayleen untuk memupuk rasa. Dan Adrian juga mencintai Ayleen, sangat sangat. Dia tahu, dan dia tidak mahu sikap lama Adrian berulang kembali.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now