66

5.8K 190 2
                                    


Ayleen meringkuk dibawah duvet, menutup telinga buat kesekian kalinya. Masih terngiang ngiang kata kata akhir Adrian pada dirinya.

" Keluar, aku tak nak tengok muka kau lagi."

Air mata mengalir. Dia cukup kesal. Dia tahu itu salah dia tetapi perlukah dia dihukum sebegini?

Benarlah, cintanya hanya untuk sang suaminya. Tetapi disebabkan kata katanya yang nista, dia melukakan hati suaminya. Syurganya.

Pintu biliknya kedengaran dibuka dan ditutup semula tetapi Ayleen yang membelakanginya hanya membiarkan. Mungkin saja mama nya Datin Intan ataupun Athea, adiknya.

Bayinya si kembar itu mahu susukah? Bukankah baru sahaja diberikan?

" Mama nak apa? Kan Leen dah kata Leen tak nak diganggu." Sedikit keras Ayleen berbicara tanda dia memang tidak mahu. Airmatanya mengalir lagi dan esakannya seolah berlagu semula. Dia sendiri tidak tahu kenapa air matanya automatik keluar.

Duvet putih yang menyelimutinya kelihatan dibuka. Ayleen berasa marah dengan gangguan itu keranan tidak berpuas hati dengan tindakan duvetnya dibuka. Ayleen menyapu air matanya dan segera bangkit menghadap si pembuka duvet itu. Tetapi dia tergamam.

Bukan mamanya,
Bukan adiknya,
Malahan bukan Nadra Hana yang sering kali melawatnya,

Tetapi figura yang dinantikan selama ini.

Suaminya, Tengku Khairan Adrian.

Lelaki itu berdiri tepat memandangnya dengan penuh rasa cinta dan rindu. Seperti yang sering dimimpikan sebelum ini. Tanpa sedar air matanya tumpah pula. Ayleen kelihatan tidak dapat mengawal esakan yang sekali lagi keluar.

Adrian segera merapati isterinya dan meraih Ayleen kedalam pelukannya.

Pecah tangisan Ayleen ketika itu juga. Menangis nangis dirinya memohon kemaafan demi kemaafan. Pelukan yang didambakan nyata mengusir segala kekusutan yang mengikat jiwa si isteri.

" Leen minta maaf, Leen minta maaf. Leen betul betul ikut hati masa tu. Leen bodoh sangat. Terlalu...."

" Syyhh..sayang tak salah, abang salah. Abang yang salah."

Setelah Ayleen kelihatan tenang sedikit, dia terasa tubuhnya dicempung mudah.

" Abang, kenapa?"

Adrian tersenyum sambil mengucup ubun ubun isterinya. Masih wangi namun pudar baunya tapi tak apa, dia akan bersihkan.

"Sayang kena bersihkan diri. Sayang ada exam pukul 11 ni kan?"

Tetapi Ayleen menggeleng. " Leen tak buat apa apa persiapan pun abang. Langsung. Leen dah fikir masak masak. Leen nak berhenti."

Adrian mengusap kepala Ayleen perlahan.

" Masih ingat janji sayang?"

Ayleen menunduk, ya dia masih ingat dia mahu menghabiskan semester ini dengan jayanya. Tanpa tangguh tangguh. Janji yang dipateri dihadapan suaminya.

" Abang janji abang akan ada di setiap langkah sayang. So, abang akan hantar sayang okay? Abang akan tunggu sayang kat sana sampai sayang habis jawab exam." Matanya memandang isterinya dengan penuh rasa cinta.

Ya dia sangat mencintai seketul Ayleen Insyirah yang degil ni. Tetapi Ayleen sekarang ini sedang dalam titik yang paling bawah. Dia tidak mahu Ayleen terus tenggelam dalam kesedihan lagi. Cukuplah perkara terdahulu yang terjadi.

" Abang janji akan tunggu ke?" Perlahan Ayleen bertanya membalas pandangan suaminya. Kelihatan pandangan berharap.

Adrian tersenyum sambil mengangguk.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now