50

4.9K 197 12
                                    


Aydeen Ilham sudah berdiri di hadapan bilik CEO TA Group Holdings sebelum dibenarkan masuk. Dia tahu adik iparnya Tengku Khairan Adrian baru sahaja pulang dari Kanada semalam. Pada mulanya  Aydeen mencadangkan hari lain, memandangkan Adrian baru sahaja sihat, tetapi Adrian berkeras juga untuk bertemu.

Selaku syarikat gabungan bersama, Aydeen memegang jawatan sebagai COO 2 yang diwarisi oleh Datuk Afnan Radzi. Memandangkan saham keluarga Tengku Akhtar lebih tinggi dari saham keluarga Datuk Afnan, Adrian dilantik menjadi CEO menggantikan Tengku Akhtar.

Tengku Aryan Mikael yang memangku jawatan CEO ketika Adrian dimasukkan ke hospital telah kembali ke jawatan asalnya iaitu COO 1. Bezanya, Aydeen mengemudi di bahagian Selatan, Sarawak dan Sabah. Manakala Tengku Aryan di belah Lembah Kelang, Pantai Timur dan Utara. Adrian pula sebagai pengerusi yang mengemudi seluruh negara.

" Tuan Aydeen, sila masuk, Tengku Khairan sedang menunggu," PA Adrian, Hariz membuka pintu seluasnya bagi memberi ruang pada Aydeen melangkah masuk.

Interior pejabat adik iparnya ini memang besar, dan elegan. Sesuai dengan kredibilitinya sebagai seorang ahli perniagaan yang berpengaruh dan terkenal. Kagum sebentar Aydeen tetapi dia mengingatkan dirinya, bahawa dia datang atas urusan kerja dan satu lagi urusan peribadi.

" Aydeen," sapa Adrian mesra tetapi masih terasa ada dingin lagi dibalik sapaannya. Aydeen tersenyum hambar, dia perlu bersikap profesional. Ini soal kerja. Ketepikan dahulu perasaan lain.

" Tengku Khairan." Balas Aydeen ringkas dan profesional. Dia duduk setelah dipelawa dan terus membuka iPad yang diambil dalam briefcase.

" Okay, just proceed the point." Arah Adrian, tidak mahu buang masa.

Aydeen berdehem.

" Pembinaan hospital di Mersing Johor ditangguhkan kejap. Ada masalah bekalan simen. Syarikat yang membekalkan simen itu dah ditarik lesen oleh kerajaan sebab simen bekalan tu tak lepas spesifikasi yang ditetapkan. Pendek kata dia bekalkan simen murah kat kita."

Adrian mengerut dahi.

" Mustahil, sebab mesyuarat tempoh hari Aryan dah check semua sijil sijil bekalan simen, sample simen dan material dari syarikat tu. Menyakinkan. Macam mana boleh tak lepas pula?"

" Dua minggu lepas penguatkuasa buat serbuan kat kilang simen itu sebab ada aduan dari Kewaja Group sebelum ini yang menggunakan khidmat mereka, mengatakan simen itu telah ditukar. Sebab tak sampai sebulan, dinding perumahan yang dibina Kewaja dah crack."

Adrian mengangguk faham. " Ada cara lain Aydeen? Kau ada buat apa apa backup plan? Projek tu kita tak boleh tangguh lama lama."

Aydeen mengangguk. Dia mengambil fail nipis berwarna ungu dan membukanya serta di suakan ke arah Adrian. Adrian membaca sepintas lalu dan mengerut dahi lagi.

" Corrector cement?" Soal Adrian.

" Aku ada hantar orang survey beberapa jenis simen yang sesuai dan setelah berbincang, kami rasa jenis yang ni sesuai untuk projek kita. Cuma kau tahu je la harganya, mahal sedikit dari yang sedia ada. Kalau kau setuju, aku kena buat proposal semula untuk hantar ke Kementerian Perumahan. Harga memang akan naik for sure, cuma aku tak tahu goverment punya harga mati berapa."

Adrian diam, ligat memikirkan sesuatu. Aydenn juga turut diam, memberi ruang kepada Adrian untuk berfikir sejenak. Aydeen tahu Adrian bukan calang calang orang, semua keputusannya membuahkan hasil.

Dia akui Adrian memang bijaksana dalam soal ini. Kerana itu dia meminta Adrian yang memutuskannya.

" Do it." Ringkas Adrian bersuara setelah lama mendiamkan diri.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now