48

4.7K 201 26
                                    


" Jangan tenung saya macam tu," kata Ayleen, keras tetapi masih menunduk ke bawah. Segan. Adrian pula masih galak memandangnya seakan tidak puas. Tidak sangka pula reaksi Ayleen boleh menerimanya semudah itu, sedangkan sebelum ini dia menjangkakan Ayleen akan menolaknya habis habisan. Kerana itu lah dia mengambil masa beberapa tika untuk mendekati isterinya kembali.

Setelah semua perbuatan kejamnya dahulu, memang wajarlah dia tidak boleh dimaafkan. Walau tanpa sedar.

" Sayang cantik sangat. Time pregnant macam ni berseri seri," puji Adrian, masih mengusap perut Ayleen. Tetapi tangan itu ditepis kuat oleh isterinya.

Adrian tersentak tetapi dia cuba bertenang. Dia tahu Ayleen mahukan jawapan pada persoalan persoalan yang tergantung.

" Bila awak balik Malaysia?" Soal Ayleen, mengetap bibir. " Kenapa tergamak awak rahsiakan semua dari saya sedangkan saya ni isteri awak?"

Adrian ukir senyum tipis, dan mendiamkan diri.

Geram akan reaksi suaminya, Ayleen menumbuk dada Adrian seolah melepaskan geram dan marah yang terkumpul lama dalam hatinya. Dia betul betul nak meletup.

"5 months.. lima bulan awak tinggalkan saya. Awak langsung tak bagitahu sikit pun pasal keadaan awak kat sana. Then apa gunanya saya sebagai isteri awak? Dengan perut macam ni, dengan segala kata kata menyakitkan, saya keseorangan tahu tak."

Tangannya masih galak menumbuk dada dan lengan Adrian yang hanya diam menerimanya. Sakit jangan cerita tetapi dia tidak kisah akan semua itu.

" Awak tak bagitahu sikit pun kat saya. Teruk sangat ke saya ni? Sampai kesihatan suami saya sendiri pun saya tak dibenarkan untuk tahu. This is too much, Adrian! Too much," Nada suaranya semakin naik seoktaf, menunjukkan dirinya benar benar marah.

Sekelip mata dirinya diraih ke dalam pelukan Adrian. Dengan perbuatan spontan suaminya, nyata meluruhkan jiwanya. Ayleen akhirnya menangis teresak esak seolah melepaskan segala gala yang membukit dalam dirinya. Sudahlah dia berhormon ibu mengandung, makin galak dia mengalirkan air mata.

" Awak jahat, awak buat saya teruk sangat sebagai isteri. Saya berdosa kat awak. Berdosa..." tutur kata Ayleen diselang seli dengan esakan. Basah baju kerja Adrian disebabkan air mata sang isteri tetapi Adrian tidak menghiraukan. Dia menepuk nepuk perlahan belakang Ayleen.

"Sayang tak ada dosanya kat abang. Abang yang berdosa kat sayang. A lot of." Perlahan suara Adrian menuturkan. Lagi membuatkan Ayleen dihurung rasa bersalah.  Mereka terdiam beberapa lama, seolah memberi ruang pada diri sendiri.

" Saya tinggalkan awak."  Suara lirih Ayleen memecahkan kesunyian. Teringat pada waktu Adrian merayu untuk jangan tinggalkan dia ketika dia ditembak di perut.

Adrian senyum hiba.

" Its okay sayang. Abang faham. Abang kan sakit masa tu. Sayang mesti takut sangat dengan abang kan. I'm sorry," tangan Adrian naik membelai belai wajah isterinya, ibu jarinya menyeka air mata Ayleen yang deras mengalir.

Alahai mak buyong ni, kenapa cengeng sangat?

"Awak dah tak sakit lagi ke? Zayn akan datang semula?"

Adrian menggeleng geleng.

" Tak sayang. Abang jamin."

Kau cakap apa ni? Mana janji kau?

" Persetankan janji tu. Aku dah muak nak ikut kehendak sesiapa. Aku cintakan dia, dia isteri aku. Dan kau, Zayn . Jangan sentuh Ayleen. Langkah mayat aku dulu sebelum tu." Gumam hati Adrian.

Zayn tersengih jahat. Langkah mayat kau? Kau pasti dia akan selamat bersama dengan kau? Kau pasti aku takkan keluar kawal tubuh kau?

Adrian diam. Matanya masih ralit memandang wajah Ayleen. Sinar mata kesedihan milik Ayleen terasa menusuk ke jiwa.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now