42

4.4K 187 18
                                    


Wanita di sebelahnya dikerling sedikit. Sebulan setengah tidak berjumpa, wajah itu nyata semakin cantik dan ayu. Walau matanya jelas menunjukkan rasa yang terbuku dalam jiwa, tetapi ianya langsung tidak menjejaskan kecantikan asli yang dimiliki.

Ayleen masih membaca senarai barang dapur yang diberi oleh Datin Intan sebentar tadi. Matanya turun naik melihat senarai yang begitu banyak sambil hatinya menggumam geram.

Senarai barang dah macam kena bawak bas je. Banyak betul. Huh!

Then kena pergi dengan mamat ni pulak. Haih time macam ni la hang datang rumah.

Teringat situasi pagi tadi selepas bersarapan mereka terkejut dengan kehadiran seorang lelaki bersuit hitam yang menunggang motorsikal berkuasa tinggi. Apabila dibuka helmet, lagi lah terkejut rupanya itu Daiyan. Sihat dah ke dia? Kaki dah okay?

Eh, lupa pula nak tanya khabar dia. Ayleen spontan menggaru kepala. Haih, dikerling lelaki itu yang setia menolak troli di sebelah. Daiyan kelihatan sedang mengambil tin sardin dan membaca sesuatu disitu.

Dup! Pandangannya terus diubah ke arah kerlingan mata Ayleen yang kemudiannya laju melihat ke arah lain. Kelihatan merah pipi si wanita itu sambil berjalan pantas ke hadapan.

Kantoi.

Daiyan hanya menggeleng tersenyum. Suka dia melihat wajah kalut yang siang malam diingatinya dan disimpan kemas dalam kotak memorinya.

Selasai membeli barang, Ayleen menolak troli berjalan perlahan, manakala Daiyan entah hilang kemana. Ceh kata teman la apa la, ni tetiba hilang macam biskut. Ayleen hanya berjalan mengikut arah langkah kakinya sambil matanya melilau melihat butik butik dan kedai aksesori sekeliling.

Matanya tertacap pada satu gelang yang sangat cantik. Cantik dengan hiasan ringkas sahaja. Tak berat dan tepat dengan citarasanya. Namun kemudiannya dia hanya menghembus nafas panjang.

Mahal juga harganya.

Tak apa lah, simpan hajat dahulu.

Tak dinafikan nafkah yang dimasukkan oleh suaminya ke dalam akaun bank miliknya setiap bulan sangat lebih dari mampu untuk dia membeli rantai tersebut. Malahan semasa suaminya sedang menerima rawatan tempoh hari juga nafkah tidak pernah gagal diberikan.

Jumlahnya terlalu banyak sesuai dengan dirinya sebagai isteri ahli perniagaan terkenal.

Tetapi Ayleen tidak tergamak mahu menggunakan duit itu, lebih lebih lagi setelah kejadian hitam itu. Ada satu rasa yang aneh seolah rasa bersalah, menghalang dirinya dari menyentuh walau satu sen pun.

" Ayleen.." kelihatan satu aiskrim Magnum disuakan betul betul dihadapannya. Bulat mata wanita itu melihat aiskrim kegemarannya, sedapnya.

Daiyan tersenyum sambil menyerahkan sebatang aiskrim itu.

" Nah ambil lah saya tahu awak suka aiskrim ni. Makanlah."

Ayleen mengangguk sambil mengambil aiskrim itu dari tangan jejaka itu. Mereka berdua mengambil tempat di satu sudut dan menikmati dalam senyap.

Sekali sekala Daiyan menjenguk wajah Ayleen yang kelihatan teruja, sudah lama dia tidak melihat riak itu. Ralit dia melihat Ayleen menghabiskan aiskrim itu, tetapi dia perasan, pipi wanita itu semakin merah.

Tercetus tawa kecil darinya, tahu lah dia bahawa Ayleen perasan dirinya memandang sisi wajah Ayleen tetapi wanita itu hanya buat tidak nampak.

" Ayleen, sedap tak?" Soal Daiyan berbasa basi, sengaja mahu berbual dengan Ayleen.

Ayleen mengangguk kecil. " Sedap."

Daiyan tersengih, perkataan itu seolah menggambarkan perbuatannya membelikan aiskrim itu sememangnya tepat pada waktunya. Ingin sahaja tangannya naik mengelap comot ditepi bibir pujaan hatinya, tetapi ditahan hebat.

Bawa aku ke syurgamuWhere stories live. Discover now