"Walaupun terhenti doa ibu di dunia, doa ibu di sana tak kan pernah terputus "

"Ibu sayang Nusaybah " ibu peluk aku dari belakang.

Aku pejam mata rapat. Merasa kehangatan pelukannya yang 'palsu' ini. Sebaik sahaja aku buka mata, ibu sudah tiada.

Tubir mata aku menghangat kepedihan sekali lagi.

Aku masih tidak kuat!

Akhirnya aku kalah dengan emosi. Berjurai jatuh air mata yang selama ini aku cuba tahan sedaya upaya.

Aku merehatkan kepala di atas meja solek. Semakin lama tangisan ini, semakin sakit kepala aku.

Aku tidak tahu berapa lama aku perlukan untuk meredhai segala ujian ini.

Semuanya berlaku dalam sekelip mata.

Kadangkala aku tertanya-tanya.

Mengapa aku?



PELUH yang menitik pada lehernya di lap dengan tuala putih. Tuala putih itu di sangkut kembali pada bahunya.

Ssak!

Hujung mata pedang itu dia benam pada tanah. Tercacak pedang itu di buatnya. "Where you going? " Soal lelaki do hadapannya hairan.

"Stealing "

"Tak nak ajak aku ke? "

"Kalau dah kaki perempuan tu, kaki perempuan jela. Tak payah nak topup dosa lagi " balasnya selamba.

"Auch sakitnya hati aku Hud " dia mengaduh penuh kepura-puraan.

"Peduli pula aku "

"Very very rude! Bawa jelah aku. Aku pun nak tahu juga seberapa professional engkau ni " dia melangkah ke arahnya sambil menyimpan kembali pedang ke dalam sarung.

"Furqan. Kau diam kejap boleh tak? Aku nak dengar bunyi burung " mulut Furqan di tutup kuat.

Burung helang yang muncul entah dari mana terbang menuju ke arah mereka. Furqan mendengus.

"Kalau aku bakar burung kau ni tahula, Hud "

"Aku bakar burung merpati kurang siuman kau dulu "

Surat yang di bacanya di gulung kembali. Hud melepaskan keluhan.

"Aku gerak dulu "

"Nak pergi mencuri ke? "

"Tak, nak jaga bayi besar "

Furqan menggaru kepala.

Sejak bila pula Hud ada anak?

×××

Pintu bilik di ketuk berkali-kali. Aku mendengus. Aku sudah la ngantuk sekarang ni. Perlahan-lahan aku bangun dari kerusi meja solek.

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now