"Aku bukan dari Al-Andalus "

Aku melangkah ke arahnya. "Habis tu? " Aku menyoalnya penuh hairan.

Dia menatap aku dengan senyuman.

"Aku dari empayar Ziggurat" dia menjawab. Aku cuba mencari kejujuran pada sepasang mata hijau itu.

"Jeneral Yazid kau tu pak cik aku. Dia minta tolong aku bawa lari princess kesayangan dia ni " dia merapatkan wajahnya pada wajah aku sehingga aku terkebelakang.

Kenapa..

Lelaki ni macam ni?

"Dan kau! " Dia melompat turun daripada meja. Kakinya melangkah perlahan-lahan ke arah aku. Akhirnya belakang badan aku bertemu rak buku.

Dia mengepung aku.

Pedang aku sudah selamat di tahannya. Baru sahaja dia lempar ke lantai.

"Kau kena bersyukur, dia korbankan nyawa dia untuk kau! " Urat-urat merah kelihatan pada bola mata lelaki itu.

Dia marah?

"Dekat sana nanti, kau bukan sesiapa lagi. You're not a princess. You're just an ordinary person. That's my reminder to you, Puteri Nusaybah Al-Khawlah "

Dia kembali mengukir senyum. Lelaki itu memusing badannya.

Aku keliru.

Emosi lelaki ini berubah secara tiba-tiba dan bertukar tanpa mampu aku teka. Aku cuma melihatnya mengeluarkan sesuatu daripada beg miliknya.

Dia mengeluarkan pakaian dan hud hitam lalu di campak pada aku. Laju-laju aku ambil. Aku merengus kuat.

"Tukar "

Ujarnya sepatah sebelum pintu di tutup dari luar.

"10 minutes "

"Sabarlah! " Aku menjerit geram.

***

Aku tersenyum nipis selepas menukar pakaian. Namun aku masih hairan, mengapa ada kain hitam lebih selain daripada hud.

"Lamanya kau ni "

Aku berdecit.

"Dah siap lah ni! " Pintu aku tolak kasar.

"Mana baju kau yang kau pakai tadi? " Dia menyoal.

Aku menunjuk.

"Bagi aku. Eh- sekejap. Mana kain selendang yang aku bagi? " Soalnya hairan.

"Yang ni ke? " Aku angkat kain itu.

"Asal kau tak pakai? " Dia berjalan ke arah aku. Lelaki ini terlalu tinggi sehingga aku harus mendongak hanya untuk melihat wajahnya.

"I don't know how to wear it" balas aku jujur.

"Give it to me"

AYSUN: The UnbendNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ