AA 16 🌕✨

51 5 0
                                    

Sotong yang telah dicelur dalam air panas tadi Alissa ambil lalu dimasukkan ke dalam kuali . Sudip diambil semula lalu Alissa menggaul rata sotong bersama nasi di dalam kuali. Pagi ini entah apa yang merasuk fikirannya, lepas subu tadi Alissa sudah turun ke dapur untuk menyediakan bahan Nasi Goreng Tomyam. Alissa menghidu aroma nasi goreng itu sambil tersenyum. Bau sedap !! Niat sebenar dia masak harini adalah untuk Farhan. Tersengih kambing Alissa membayangkan Farhan yang akan makan masakannya buat pertama kalinya.

Ralit Alissa membayangkan hal itu difikirannya terkejut apabila pinggangnya dicuit dari tepi. Alissa pantas menoleh ke belakang wajah mama yang sedang memandangnya hairan dibiar sepi saat dia teringat akan nasi gorengnya yang sudah siap. Punat api dapur ditekan tutup.

"Hai anak dara, awal turun dapur pagi ni. Kena sampuk apa?". soal mama. Alissa yang sedang mencedok nasi goreng dari dalam kuali ke dalam mangkok dan bekas itu hanya tersengih sumbing memandang Puan Anita. Puan Anita hanya menggeleng kepalanya. Namun matanya menangkap satu bekas tupperware di sebelah mangkok kaca besar itu.

"Bawak bekal harini ?". soal Mama. ALissa memandang mamanya.

"Ini Alissa nak bekalkan untuk Farhan". jawab Alissa sambil tersenyum. Senyuman Puan Anita mati saat mendengarkan satu nama yang meniti di bibir anaknya itu. Alissa memandang mamanya pelik. dari haritu mamanya bersikap aneh saat nama Farhan disebut. Apa yang mama fikirkan. Ataukah mama sedang sorokkan sesuatu darinya.

"Kenapa ni mama". soal Alissa. wajah mamanya dipandang lama.

"Tak ada apalah sayang. Dah biar mama yang basuhkan kuali ni. Pergilah depan". balas mama.

"It's okay mama, Issa basuhkan je. Sikit je ni". belum sempat Alissa mengambil kuali ke sinki mama terlebih dahulu menghalang. Bahu Alissa diusap perlahan.

"Pergi je depan, ada hadiah untuk Issa tu. Pergi ambil simpan dalam bilik". Alissa mengerut dahi. Hadiah? Mama mengangguk seakan faham akan hati Alissa yang masih ragu. Alissa meninggalkan kuali itu kepadanya mamanya , lalu kakinya dibawa ke ruang tamu.

Sampai saja diruang tamu mata Alissa terpahat pada sofa di situ, atau lebih tepatnya pada jambangan bunga ros merah disusun bersama coklat Ferrero Rocher di atas sofa itu. Jambangan bunga itu di ambil lalu sekeping kad kecil itu dibaca.

'15 kuntum mawar merah sebagai tanda minta maaf.
I'm sorry sayang if i hurt you before.
Love '

Alissa menutup kad kecil itu dan diselitkan semula di tempatnya. Alissa senyum lebar melihat jambangan yang berada di pelukannya itu tanpa dia sedari ada mata yang galak memerhatikan reaksinya.

"Ehemm, ehemm !! ". Alissa menoleh ke arah suara itu. Alissa sudah menjulingkan matanya ke atas tanda faham apa yang bakal keluar dari mulut puaka itu. Tambahan pula dengan apa yang jadi semalam.

"Uwouuu, harini dapat bunga, semalam kena culik, esok dapat apa pulak kakakku".

"Sibuk la kau. Single duduk diam". bidas Alissa. Adwa sudah pandang tak puas hati. maklumlah tak boleh terima diri digelar single.

"Ehh, aku single sebab jual mahal okay".

"Elehh muka hauk macam kau siapa yang nak haa?". Adwa baru saja ingin membuka mulut terdiam saat ada satu suara garau menyampuk perang mulutnya bersama Alissa.

"Assalamualaikum dan selamat pagi Anakanda-anakanda Beta. Sila berhenti bertekak mulut dan pergi ke ruang makan untuk bersantap. SEKARANG !! ". Alissa dan Adwa menoleh ke arah papa yang sedang memandang mereka garang. Dibelakang papa pula ada Arisya yang sedang menahan tawa. Kurang asam punya kakak. Alissa dan Adwa menjeling tajam ke arah Arisya selepas Tuan Zamarul menghilang ke dapur.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now