Keluar saja dari perut lif, meja setiausaha Farhan dituju.

"Ehh, Cik Alissa. Selamat Pagi". tegur setiausaha Farhan saat dia melihat Alissa menghampiri meja nya.

"Good morning too sunshine". ramah Alissa membalas. Maklumlah sudah kenal kan.

"Ehh, jangan macam tu Cik Alissa, dengar dek Big Boss tu nanti habis gaji saya". gurau wanita itu.

"Takpa nanti kahwin saya potong gaji dia pulak, hahahaha". tawa Alissa. namun dia sempat menangkap perubahan riak muka wanita itu. Sama seperti beberapa pekerja yang dia lewati tadi.

Aku ada buat salah ke dekat sini.......

Alissa membuang semua negatif yang sudah berlayar di dalam fikirannya. Alissa meminta izin untuk masuk ke bilik kerja Farhan, wanita tadi hanya mengangguk mengiyakan. Belum sempat Alissa mengetuk pintu bilik itu wanita tadi memanggil Alissa. wajah wanita itu dipandang.

"Yes me".

"Love yourself first before you love others Ms Alissa". jawab wanita itu sambil menunduk . Alissa hairan akan maksud disebaliknya, namun cepat wajahnya dimanis kan lalu mengangguk kepada wanita tadi. Pintu bilik Farhan diketuk lalu dibuka. Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Assalamualaikum Bibiyyy".

"Ehh Waalaikumussalam". jawab Farhan terkejut.

"Sa... sayang buat apa dekat sini. Tak bagitahu pun nak datang". jawab Farhan gugup. Alissa menghulurkan bekal yang berisi nasi goreng tomyam itu kepada Farhan. Lambat-lambat Farhan menyambut hukuran Alissa.

"Thankyou sayang". Alissa hanya mengangguk. Dia semakin pelik dengan semua ini. Dia yang bermasalah atau Farhan ada sembunyikan sesuatu daripada nya.

"You're welcome. Rasalah sayang yang masak tau". wajah Farhan dipandang.

"Ohh, haha rajin masak". balas Farhan pendek.

Alissa yang rasa akan kelainan dari tindakan Farhan itu agak terasa. Namun dibiar saja perasaan itu. Farhan seakan tidak teruja akan masakannya.

"Rasa laaa". rengek Alissa. Alissa perhati saja Farhan meletakkan bekal yang dibawanya itu di meja satu lagi. Hmmmm.

"Ye sayang, nanti biyy makan okay. Sekarang biyy nak bawak sayang pergi ke satu tempat". pujuk Farhan.

Takpe Alissa, sabar kan hati. Kita ikut saja okay.......

"Emm, yela okay". Farhan tersenyum mendengar jawapan Alissa. Namun Alissa tidak lah bodoh. Senyum itu senyuman palsu.

Senyum keterpaksaan.

"Jom". gamit Farhan. Alissa melangkah terlebih dahulu meninggalkan Farhan di belakang. Sampai saja di meja setiausaha Farhan sempat dia toleh ke belakang. TErlihat Farhan mengeluh memandang telefonnya.

Ada apa ?.

"Cik Alissa okay". soal wanita di depannya.

"Saya okay". jawab Alissa lalu meninggalkan meja setiausaha itu saat Farhan menghampiri.

.

.

.

.

.

Rasa Kimchi  Chaa & Jack..

Alissa memandang restoran makanan Korea di depannya itu. Alissa memandang Farhan yang sedang memakir kereta itu.

"NI ke yang biyy nak tunjuk dekat sayang". soal Alissa.

"Yupp, makanan dekat sini sedap tau. You should try ". Alissa hanya mengangguk. Farhan membawanya ke sini hanya untuk makan sedangkan dia sudah memasakkan untuk Farhan tadi. Bekal yang dibawa juga langsung tidak dibuka lihat.

Hatinya yang sakit itu dia tahan. rasa ingin menangis namun cepat dia memujuk hati. Mungkin dia memang plan awal untuk kesini hanya aku yang tak tahu. Pintu kereta dibuka lalu lalu ditutup semula. terus Alissa mengejar langkah Farhan.

Kami memesan menu utama di restoran itu. Restoran itu besar, cantik dan kemas. Namun itu tidak menarik perhatian Alissa. Apa yang menarik perhatiannya kini ialah pandangan pekerja di dalam Restoran itu. Mereka memandangnya tajam. Ada juga yang menjeling ke arahnya. Alissa berasa tidak selesa dengan suasana itu.  Sungguh dia tidak faham.

"BIyy, kenapa diorang pandang sayang macam tu?". soal Alissa kepada Farhan.

"Hmmm ? ". Farhan melihat sekeliling lalu wajah Alissa dipandang semula.

"Tak ada laa, tak ada yang pandang pun. Perasaan je kot".

"Tak lahhh, sayang tahu. Ke ada sesuatu dekat muka sayang.".

"Tak ada pun. Elok je muka tu".

"Dekat tempat kerja biyy tadi pun dior.....". belum sempat Alissa menghabiskan kata-katanya Farhan terlebih dahulu memintas.

"Heyyy, Biyy dah cakap kan tak ada pa. So tak ada apa laa. Makan cepat biyy ada meeting lepasni". jawab Farhan dengan nada suara yang dikeraskan sambil matanya tajam memandang Alissa.

Alissa tergamam mendengarkan Farhan. Tak pernah Farhan berkeras dengan nya apatah lagi menegilnya begitu. Hatinya sakit, hatinya terluka, hatinya ingin menangis. Alissa cuba mengusir air mata yang ingin turun itu. Dikelipkan matanya beberapa kali agar air mata itu hilang. Alissa menghabiskan makanannya cepat. Tak betah lagi untuk berlama-lama dengan Farhan.

selepas makan Farhan terus mengajak Alissa pulang semula ke syarikatnya memandangkan kereta Alissa masih berada di sana.

"BAlik sendiri, biyy ada meeting. See you later bye". ujar Farhan lalu terus meninggalkan Alissa sendirian disitu. Alissa memandang pemergian Farhan dengan ekor mata nya. Air matanya yang menitis itu diseka lembut.

Kakinya pantas dibawa ke arah keretanya. Saat Alissa ingin membuka Pintu keretanya dia terpandang setiausaha Farhan membawa bekal yang dia beri kepada Farhan tadi. laju Alissa bersembunyi dibalik kereta disitu.

"Hye Abdullah, Ini ada bekal nasi goreng boss Farhan bagi. You makan bagi habis lepastu you ambil gambar bagi saya yaa ". ujar wanita itu.

"Baik Puan. Tapi ini bekal mau bagi pada Puan semula ka?".

"Tidak. Awaak buang ja dalam tong sampah. Yang penting gambar tu ingat". pesan wanita itu sekali lagi sebelum berlalu pergii. Lelaki yang bernama Abdullah itu hanya mengangguk.

Ya Allah...

Alissa terduduk di tepi kereta itu. Mulutnya ditekup takut ada yang mendengar tangisannya. Kali ini dia benar-benar tidak tahan. Hatinya kecewa. Sampai hati Farhan. Dimana salahnya. Alissa terus memboloskan diri ke dalam kereta sambil tangisannya yang masih berbisa.

Dia kecewa. Dia sakit. Separuh jiwanya hancur....

.

.

.

.

.

.

.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now