Adwa membawa langkah ke arah Arisya yanng sudah melarikan diri ke dapur. Alissa hanya mengangkat bahu tidak peduli. Jambangan bunga itu diambil , kakinya memanjat anak tangga menuju ke bilik ingin bersihkan badan yang terasa melekit. Maklumlah dia belum mandi , hanya sekadar basuh muka dan gosok gigi sahaja selepas subuh tadi. HAHAHAHAHAHA.

Tombol pintu dipulas. Baru saja Alissa ingin menutup pintu biliknya dia disapa oleh abang keduanya Adzan.

"Tak turun makan ke?".

"Tak, Issa nak mandi kejap lepastu nak siap-siap. Nanti Issa turun makan". Adzan mengangguk mendengar kata si adik.

"Okay". Dia terus turun kebawah untuk bersarapan. Setelah memastikan abangnya Adzan sudah turun Alissa terus menutup pintu dan kunci. Telefon pintarnya di ambil lalu aplikasi kamera dibuka. Beberapa keping gambar bunga tadi diambil.

Setelah berpuas hati dengan gambarnya, Alissa lantas membuka aplikasi whatsapp nya pula. Gambar yang diambil tadi dihantar ke ruang status tanpa mengirimkan terus kepada Farhan. Mesej ucapan pagi dari Farhan sengaja dibiar bluetick.

Alissa memandang sekali lagi status whatsapp miliknya. Caption yang diletakkan dibaca sekali lagi sambil tersenyum.

Banyak bunyi notifikasi yang masuk Alissa hanya balas dengan senyuman saja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Banyak bunyi notifikasi yang masuk Alissa hanya balas dengan senyuman saja. Hatinya yang berbunga-bunga itu melonjak gembira. Tuala di ambil lalu Alissa menghilang dibalik kamar mandi miliknya.

.

.

.

.

.

.

.

Alissa melangkah masuk ke dalam syarikat megah milik Farhan. Ini merupakan kali ketiga dia menjejakkan kaki ke sini kerana pada biaanya Farhan yang sering mencemar duli ke syarikat nya dulu ketika dia masih bekerja di sana. Senyum manis Alissa lemparkan kepada perkerja yang berselisih dengannya. Mereka yang sudah mengenali Alissa turut menunduk hormat dan membalas senyum Alissa.

"Ehh, Cik Alissa ini lif biasa untuk pekerja. Cik Alissa boleh saja gunakan lif VVIP di sebelah sana".  tahan seorang pekerja saat Alissa ingin melangkah ke dalam lif untuk pekerja itu.

Tahu lah Alissa bahawa Farhan pernah menyuruh pekerjanya membernarkan Alissa masuk ke pejabatnya bila-bila masa saja dia datang dan lif di bahagian VVIP juga boleh dinaiki Alissa.

"It's okay laaa, saya memang nak naik lif ni pun". balas Alissa . senyuman dan anggukan diberikan kepada pekerja itu meyakinkan dia yang Alissa boleh saja menggunakan lif itu bersama pekerja lain. Beberapa pekerja yang keluar dari perut lif Alissa gamit untuk masuk kembali.

Di dalam lif, Alissa berborak dengan pekerja di dalam itu bagi mengurangkan jurang antara dia dan mereka. Entah apa lah yang Farhan kata lagi kepada mereka hingga mereka mempunyai rasa takut disebalik rasa hormat itu. Tapi fikirannya pula bercanggah memikirkan seakan mereka takut akan orang lain selain Farhan saat berbicara dengan aku.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now