ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 98

3.4K 69 0
                                    

Karl Aiydn membuka pintu kamar itu dengan berhati hati , keadaan malap pada pandangannya mulai memastikan , Aara sudah lena.. Dia mendekat katil di mana isterinya berada , wajah lena Aara menghiasi matanya.. dia senyum seketika sebelum duduk di birai katil , rambut Aara yang sedikit menutup dahi di letakkan ketepi sedikit.. pipi Aara di ulas lembut sebelum dia mencium lama dahi Aara.. seperti kebiasaan tangannya sukar di kawal , tetap saja mahu menyentuh pipi milik isterinya..

Aara berkerut kening sebelum membuka matanya , wajah Karl Aidyn sudah muncul di matanya.. cepat dia memeluk pinggang Karl Aidyn makin merapat..

"Sayang.. dah balik..?"

Karl Aidyn mengangguk sambil tersenyum.. wajahnya tampak serba salah kerana mengejutkan isterinya yang sudah lena..

"Tidur lah.. sorry kacau you tidur.."

"No.. sekurangnya I tahu you dah kat sisi I.."

Aara senyum , peluknya makin erat pada pinggang Karl Aidyn , tangannya tak semena terkena kesan agak basah pada belakang siku Karl Aidyn.. bingkas dia bangun dari baringnya..

"Apa tu ?"

Cepat Aara mengambil tangan itu.. di perhatikan lebih teliti , lampu bilik yang agak samar menjejaskan perlihatannya..

"Tak ada apa pun lah.."

Karl Aidyn berusaha menyembunyikan kesan luka itu.. cepat juga Aara membuka lampu yang berada di meja berdekatan.. sebelum mencapai kembali lengan milik Karl Aidyn..

"Sayang.. apa ni ? You luka ? Kenapa tak cakap.. I ambil kan medical box.."

Badan Aara yang cuba turun dari katil itu di halang Karl Aidyn..

"Sikit je la.. luka kecil je.. tak payah.."

"No.. mana medical box ?"

Soal Aara serius.. Karl Aidyn mengeluh perlahan..

"Tak perlu sayang.."

"Karl..."

Sedikit meninggi suara Aara , geram dengan sikap degil Karl Aidyn.. Karl Aidyn berdiri , menahan badan Aara dari berdiri..

"I ambilkan.."

Karl Aidyn menuju ke arah almari. Di buka sebelum mengeluarkan kotak kecemasan itu.. dia membuka lampu terang sebelum kembali ke arah Aara.. Aara cepat membuka kotak tersebut..

"I ni isteri you.. Kalau ini pun I tak boleh nak buat , apa guna I kat sini ? Ada kat sisi you sepanjang masa ?"

Tangannya ligat mengambil kapas dan ubat luka pada kotak itu.. Karl Aidyn mendiamkan diri..

"Sayang.. you okay kan ? Luka kat sini je kan ? Or kita perlu jumpa doktor..?"

"Tak perlu.. I okay lah.."

Mata itu menatap mata isterinya.. Aara mengeluh ringan sebelum menyapu ubat pada luka di siku Karl Aidyn.. lelaki itu hanya memerhatikan raut wajah isterinya.. kelihatan mata wanita itu berkaca.. Karl Aidyn berkerut kening..

Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now