ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 60

4K 107 1
                                    

Empat hari sudah Karl Aidyn di hospital , Aara menjaga baiknya.. Aara tidak meninggalkan suaminya sendiri.. Dia juga sedar , sikap Karl Aidyn padanya tidak lagi seperti dulu , Karl Aidyn selalu bertutur lembut dan rajin melayan kerenahnya.. Balutan di kepala Karl Aidyn di tanggalkan perlahan oleh Aara , bimbang luka itu tidak membaik sepenuhnya..

"I think we should call the doctor sayang.."

Aara berhati hati membuang balutan itu.. Karl Aidyn ketawa kecil , suka melihat telatah gemuruh isterinya..

"Tak ada apa lah , luka sikit je ni.. better you yang buat.. lagi pun I nak sayang I yang buat.. I dah boleh keluar kan harini.."

Pinggang Aara di paut , makin mendekat badan Aara ke arahnya.. tubuh Aara di peluk Karl Aidyn..

"Sayang.. sabar.. tak siap lagi ni.."

Geram Aara dengan sikap suka melekat Karl Aidyn.. tapi dia harus mengakui , suaminya semakin manja kebelakangan ini , balutan itu akhirnya berjaya di buang Aara sepenuhnya.. kepala Karl Aidyn di sentuh lembut.. tepian rambut Karl Aidyn di raba raba Aara..

"Im okay sayang.. tak nampak ? I sihat ni.. luka dah okay lah.. tak payah lah risau.."

Tangan Aara di bawa kebawah olehnya.. di ulas lembut tangan itu.. Aara senyum.. mata suami di tatap lagi. Tangan Aara di cium berkali kali oleh Karl Aidyn..

"Mengadakan sehari dua ni.."

Aara buat buat marah.. Karl Aidyn sudah tersengih.. dia memuncungkan wajahnya ke arah Aara.. Aara sudah naik hairan..

"What ?"

Aara sudah membuat muka..

"Kiss.."

Wajah Karl Aidyn makin mendekat ke arahnya.. Aara ketawa sebelum mengucup lembut bibir itu.. Karl Aidyn sambung ketawa..

"Sayang kan kat I ?"

Karl Aidyn cuba menduga..

"You tak sayang I ke ?"

Soal Aara serius.. cepat badan itu di peluk Karl Aidyn.. kepalanya sudah merapat pada dada Aara , kerana Karl Aidyn tidak bangun dari katilnya..

"Mesti lah sayang.. sayang sangat.."

Aara sorok senyum mendengar kata kata suaminya.. bukan main manja sekarang Karl Aidyn , jauh sekali dengan perangai asalnya yang dulu..

"I love you more.."

Balas Aara dengan senyuman.. Bukaan pintu ward itu mengejutkan mereka.. masing masing sudah berpaling menghadap pintu itu , Tisya sudah kelihatan pada pandangan mereka..

"Tisya.. ada apa apa ke ?"

Karl Aidyn hairan dengan kemunculan tiba tiba perempuan itu.. Aara sudah tidak memandang Tisya.. dia buat sibuk mengemas sisa balutan Karl Aidyn tadi.. perlahan Karl Aidyn melepaskan pelukannya pada Aara , bimbang kelakuan mereka kurang sopan di depan orang lain..

"Gabriel cakap awak dah boleh keluar , saya datang jemput.."

Bicara Tisya dengan senyuman.. Karl Aidyn perasan dari belakang Aara sudah membuat muka..

"Awak dah okay kan ? Dah sihat ?"

Soal Tisya lagi.. Karl Aidyn mengangguk..

"Dah Tisya.. Saya dengan Aara pun tengah kemas ni.."

"Kenapa tak cakap awal awal , saya boleh tolong.."

Cepat kaki Tisya melangkah mendekati katil itu.. Aara berpaling , menghadap wajah Tisya..

"Tak perlu.. kami dah siap.. tunggu nak balik je pun.. saja kami nak bermanja dulu kat sini , nanti kat rumah ramai pulak yang menganggu .."

Aara berterus terang , mahu melihat reaksi Tisya.. Karl Aidyn sudah terjongket keningnya apabila isterinya bersuara begitu.. cepat pinggang Aara di paut Karl Aidyn , cuba menenangkan Aara..

"Iya Tisya.. Thanks.. kami dah nak siap dah pun.. Tisya tunggu kat luar dulu ya. Kami boleh selesaikan.."

Karl Aidyn cuba mengawal keadaan.. Tisya diam , Aara berpaling ke belakang , wajahnya masam mencuka..

"Kalau saya perlu apa apa , saya panggil ya.."

Karl Aidyn berusaha membuat Tisya keluar.. Tisya mengangguk sebelum keluar dari ward itu.. melihat Aara yang masih diam tengah mengemaskan tisu dan kapas dari ubatan itu , Karl Aidyn bangun mendekat ke arah Aara..

"Isteri I jealous ?"

"Lepastu ? I kena happy bila perempuan lain asyik cari peluang nak dekat dengan husband I ? Apa masalah dia ya ? Dia tak faham you dah ada isteri ? Ke buat buat tak cerdik sampai tak boleh nak fikir ?"

Aara menatap serius wajah Karl Aidyn.. menanti jawapan Karl Aidyn.. geram dengan sikap tak malu Tisya itu..

"Okay okay.. I faham.. isteri I sayang sangat ni.. sampai marah macam ni.."

"Tak kelakar Karl.."

Masam mencuka wajah itu.. Karl Aidyn mengulas lembut pipi Aara , menenangkan amarah isterinya..

"Iyaa sayang.. nanti I slow talk dengan dia.. jangan marah marah macam ni.. tak cantik.. kita kan dah nak balik.. jangan macam ni.. nanti Tisya mesti faham. Dia risau pasal I je tu.. dia kan pernah jaga I masa I sakit.."

"So sekarang pun nak jaga ? Sampai tua ?"

Cepat badan Aara di peluk Karl Aidyn , tak mahu marah isterinya makin mengunung.. belakang Aara di belai lembut..

"Mesti lah I tak bagi.. I kan dah ada isteri.. Isteri I boleh jaga I... kan ? I nak isteri I je yang jaga.. Jangan lah marah marah , sayang I hanya untuk isteri I yang sorang ni je.. tak ada yang lain.."

Lambat lambat Aara membalas pelukan itu.. dia mengeratkan pelukannya pada Karl Aidyn.. nyaman terasa bila di dalam pelukan suami.. Aara senyum seketika..

"Im sorry.. I tak patut marah you.."

"It's okay sayang.. I akan pastikan , you yang akan jaga I.. sampai tua.. tak ada orang lain.."

Kedengaran Aara ketawa bila Karl Aidyn bersuara begitu.. pelukannya makin di kemaskan buat suami..

Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now