ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 16

3.9K 98 1
                                    

"Biar I tunjuk kat you , apa yang mampu I buat.."

Karl Aidyn melemparkan badan itu ke lantai , ketukan secara tiba tiba dari luar itu membuatkan Karl Aidyn dan Aara berpaling serentak ke arah pintu itu.. Karl Aidyn mematikan niatnya untuk membuang tali pinggangnya itu.. Suara Raffa kedengaran dari luar... Aara berusaha untuk bangun , menuju ke arah pintu , tapi selaju itu juga Karl Aidyn mendapatkannya.. Mulut Aara di tutupi dengan tangannya , badan itu di heret ke dalam bilik air , kudrat Aara tak mampu untuk melawan gagah Karl Aidyn.. Akhirnya badan itu di heret ke dalam bilik air...

Pintu bilik air itu di kunci Karl Aidyn.. Aara cuba melawan untuk keluar dari bilik itu.. Badan itu di tolak kasar oleh Karl Aidyn..

"You nak buat apa ni Karl ? You dah gila ke ?"

Tembol pintu bilik air itu cuba di capai Aara walau di halang Karl Aidyn.. lengan Aara di rentap Karl Aidyn , di tarik ke arah tab mandi itu , Karl Aidyn menjatuhkan Aara dalam tab mandi , di tahan badan Aara dari bangun.. pili air itu di buka , air yang jatuh itu mula membasahi Aara..

" You nak pergi mana ? Mengadu kat jantan you ?"

Sinis soalan Karl Aidyn , Aara meraup wajahnya yang sudah basah dengan air..

"You memang dah gila lah ! Lepaskan I !"

Laung Aara kuat , Karl Aidyn merapat dengannya , pipi Aara di cengkam kuat.. Aara berusaha bangun dari duduknya , dengan air yang laju membasahi badan sukar baginya , sekuat itu juga di tahan Karl Aidyn badan itu dari berdiri.. Baju Aara di rentap kasar oleh Karl Aidyn sehingga mengoyakkannya.. Terkedu Aara dengan perbuatan gila suaminya , tengahan badannya sudah terdedah , cuba Aara tutupi dengan tangannya..

"Karl !! Stop lah ! You dah gila ke ?!"

Mata Aara yang mula merah jelas terpapar di pandangan Karl Aidyn walaupun wajah itu di hujani air laju.. terduduk kembali Aara di dalam tab mandi itu..

Karl Aidyn membuang bajunya yang sudah basah di campak ke tepi.. Wajah Aara yang dalam keseduan itu di tatap kosong..

"Pergi lah ! Pergi dekat jantan you ! Tunjuk tubuh you.. You kan perempuan murah ! Pergi ! You tak malukan tunjuk tubuh you macam ni kat jantan tu ?"

Karl Aidyn senyum sinis sebaik selesai berkata kata , terketar ketar Aara memeluk tubuhnya sendiri akibat kedinginan bercampur ketakutan dengan sikap gila Karl Aidyn. Wajah Karl Aidyn langsung dia tidak memandang , tatapan hanya ke bawahnya , cuba menutupi separuh badannya yang sudah terdedah..

"Perempuan murah macam you , mesti tak ada rasa malu , keluarlah ! Tunjuk badan you kat jantan tu.."

Diam... Aara sudah tersedu sendiri , airmatanya mula mengalir.. pili itu terus membasahi badannya.. Karl Aidyn merengus kasar sebelum keluar dari bilik air itu , masih kedengaran ketukan dari luar.. Karl Aidyn membuka kasar pintu biliknya.. Sedikit terkedu wajah Raffa melihat keadaan Karl Aidyn yang kebasahan itu..

"Kau boleh tak jangan kacau masa aku dengan wife aku ? Dia tengah berseronok dengan aku sekarang.. Dia tak perlukan kau.."

Karl Aidyn berbohong.. senang melihat perubahan wajah Raffa , kekecewaan itu jelas terpacar pada wajah Raffa..

"Aara.."

"Yess ! Aara kat bilik air.. urusan aku dengan dia belum selesai , kau dah terpacak kat depan bilik aku.. apa masalah kau ni ? Boleh tak kau berhenti kacau dia ? Kacau aku ? Kau berambus sekarang.."

Mengeras wajah Raffa mendengarkan Karl Aidyn.. Karl Aidyn senyum sinis menatap wajah itu..

"Kenapa ? Kau ingat aku kurung dia dalam bilik air ? Kau tak tahu senakal mana wife aku kan.. dalam bilik air pun dia tak nak lepaskan aku.. so get outt..!"

Pintu itu di tutup kembali oleh Karl Aidyn.. Puas hatinya melihat wajah kelu Raffa.. Dia kembali menuju ke bilik air.. Posisi Aara masih kekal seperti tadi.. Pili itu di tutup Karl Aidyn..

"I akan ke Greece , up to you , nak ikut atau pun tak.. itu tak menjadi masalah untuk I.. as long as I dah ikut kemahuan Uncle Abbas.. I pun perlukan tenangkan fikiran dari hadap muka you kat sini.. stand up.. and get out.."

Ucap Karl Aidyn bersahaja.. sebaik saja menoleh ingin keluar dari bilik itu , tiada respon dari Aara.. Karl Aidyn berpaling kembali..

"You dah jadi pekak dah sekarang ? Kena air macam tu dah jadi pekak dan bisu ke ?"

Kelihatan tubuh itu masih tersedu akibat menangis.. Karl Aidyn keluar dari bilik mengambil tuala putih.. Setiba di depan Aara , tuala itu di campak ke arah Aara..

*************

"Cik Puan okay ?"

Lamunan Aara mati sebaik saja kata kata itu kedengaran di telinganya.. Dia menoleh pandang.. Wajah Ika sudah tersenyum memandangnya.. Aara cuba senyum.. menutupi rasa kecewa hatinya..

"Okay.. kenapa Ika ?"

Balas Aara singkat.. Ika mendekat ke arah majikannya..

"Esok Tuan akan ke Greence.. seorang.. Cik Puan tak ikut ?"

"Tak ada keperluan untuk saya ikut.."

Jawab Aara lagi , pandangannya di alihkan ke arah kolam di depannya..

"Maaf kalau saya masuk campur Cik Puan.. Tapi ini kan hadiah ulang tahun untuk Cik Puan dan Tuan.. Saya rasa elok Cik Puan pergi sekali dengan Tuan Karl.. Maaf kalau saya lantang , lebih elok Cik Puan yang di sisi Tuan Karl selain orang lain..."

Diam.. tiada respon dari Aara.. Ika semakin mendekat , bahu Aara di sentuh lembut..

"Saya rasa Cik Puan lagi layak untuk di samping dia berbanding orang lain.. Dia ke sana tanpa di temani sesiapa Cik Puan.. mungkin masa ni elok Cik Puan dengan Tuan Karl baiki mana yang patut.. Saya tak nak Tuan Karl di sana di temani orang yang tak pantas selain Cik Puan.."

Ika bertutur dengan berhati hati , bimbang bicaranya mengundang sedih Aara.. Dia tahu benar sifat kaki perempuan Karl Aidyn , mahu saja dia ke sana melanggan mana mana perempuan untuk berseronok.. pasti Aara semakin kecewa.. Aara hanya mendiamkan diri , fikirannya buntu..

Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now