ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 78

2.8K 81 2
                                    

Karl Aidyn meletakkan dengan keras dokumen itu di atas katil Aara , Aara menutup laptop miliknya..

"I tak nak sign dokumen ni.. I tak nak berpisah.. I tak akan lepaskan you.. never !"

Pucat kelihatan wajah Karl Aidyn.. dia menguatkan diri ke bilik Aara..

"Okay fine.. kita masuk court.. so you dah tak payah buat keputusan.."

Bersahaja dari Aara.. Karl Aidyn mengeluh perlahan.. Aara masih berkeras..

"Sayang.. please.. I sayangkan you.. I cintakan you.."

"Do you forget what you said ? Jangan pernah ada cinta dan sayang antara kita.."

Karl Aidyn memegang kepalanya mendengarkan kata kata Aara , masih saja Aara mengingati apa yang pernah dia sampaikan dulu..

"Tak !! I sayang you.. I nak , ada cinta antara kita , ada sayang , ada kasih.. I don't want lose you Aara.. please.."

"No.. get out from my room , kita jumpa kat court.."

Aara turun dari katil itu , cepat Karl Aidyn mendekat , dia menjatuhkan lututnya di depan Aara , paha Aara di peluk rapat.. merapatkan kepalanya ke paha Aara..

"Please.. I tak nak.. I tak mahu hilang you.. bagi I peluang.. I berubah sayang.. I will.. demi you.. demi cinta I.."

"No Karl.. Berapa banyak kali you melutut , you merayu.. I tak nak lagi.. cinta I dah mati untuk you.. I tak boleh hidup dengan you.. nak hadap muka you hari hari pun I tak sanggup.. go away.."

Aara berusaha melepaskan pegangan Karl Aidyn pada pahanya.. masih terasa kemas pelukan Karl Aidyn..

"I menyesal.. I tak berniat buat macam tu.. I sayang you.. I sayang anak kita.. please sayang.. kalau I tahu you pregnant, I akan jaga you sebaik mungkin.. I tak akan buat perkara bodoh tu."

Airmata Karl Aidyn mulai gugur.. terdengar esak tangisnya..

"I bodoh ! I salah ! Cemburu I membuta tuli.. sebab I sayang sangat.. I takut hilang you.. I tak sanggup tengok you dengan orang lain.. I janji lepas ni I berubah.. I kawal marah I , I kawal jealous I.. I janji !!"

Karl Aidyn merayu dalam tangisan.. hilang sudah sifat bengisnya , hilang sudah sikap kasarnya.. hilang sudah egonya di kala ini.. dia hanya mahukan kemaafan dari isteri , hanya itu yang dia mahukan..

"Lepas !! I tak nak !! Lepaskan I , I nak siapkan makanan untuk Raffa.. dia nak datang.. I tak nak lambat.."

Aara menolak sekuat tenaga badan yang melekat pada pahanya itu , akhirnya perlahan Karl Aidyn melepaskan pelukannya.. dia kaku di situ , Aara meninggalkan pergi.. Karl Aidyn memandang kosong lantai itu.. sakit di hatinya di cengkam dengan perasaan itu.. hatinya bagai di tusuk tusuk.. dia menahan lantai itu dengan tangannya , dia mengagahkan diri , langkahnya di atur ke dapur , mahu menghadap Aara kembali..

Karl Aidyn menarik tangan Aara menjauh dari dapur itu , sup panas yang mendidih itu di capai bekasnya sebelum dia melemparkan keras ke atas lantai..

BENG !!

Aara menjerit keras seraya menutup telinganya.. cepat tangan itu di genggam Karl Aidyn , serentak itu juga wajah Aara kembali menghadapnya.. Aara menoleh tangan kanan Karl Aidyn yang sudah melecur akibat terkena sup panas itu.. tangan kiri Karl Aidyn mengenggam kuat tangannya..

"You gila ? You nak buat apa ? Nak pukul I ?!!"

Terjerit suara Aara menghiasi pendengarannya.. Terdengar nafas Karl Aidyn yang sudah tidak teratur..

"Iya.. I gila ! Sebab you !!.."

"Lepastu apa ? Nak bunuh I ?? Buat lah !! Bunuh aku macam kau bunuh anak aku !!"

Aara menarik tangannya dari pegangan Karl Aidyn , Karl Aidyn membiarkan tangan itu terlepas dari genggamannya..

"You nak I mati ke untuk tebus kesalahan I ?"

"Iya !! Kau yang patut mati ! Bukan anak aku !!"

Karl Aidyn meraup wajahnya , fikirannya kusut sekali.. tak ada jawapan yang menenangkannya.. Aara mahu dia menjauhi.. dia berjalan perlahan , mahu berjauhi Aara.. meja itu di tahannya , terasa kudratnya lemah di kala ini , baru terasa sakit tangan kanannya akibat melecur.. tangan itu di angkat di pandang lama.. dia senyum seketika.. kepalanya terasa berat.. pandangannya tiba saja jadi kabur , dia mengangkat wajah.. terasa kepalanya berputar , sebelum dia jatuh longlai ke lantai itu..

"Karl !!"

Aara terjerit kuat..

Pendamping Untuk Cik AaraKde žijí příběhy. Začni objevovat