ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 79

2.9K 83 1
                                    

Karl Aidyn membuka matanya.. siling putih itu di tatapnya seketika , dia memerhati di sekeliling.. sunyi , hanya kedengaran titisan air yang tergantung itu.. Jarum itu kemas pada tangannya.. Karl Aidyn termenung sendiri.. Aara tidak menemaninya meski pun dia berada di hospital.. dia hanya sendiri.. sepi mula menerjah dirinya.. dari dulu , dia sendirian , tiada yang sanggup bersamanya , perempuan lain semua hanya menginginkan wang dan hartanya.. sepi dan kesunyian sejak dulu bersamanya , dan kini kembali lagi.. hanya dia dan kesunyian.. pintu ward itu di buka dari luar , Karl Aidyn tidak mengendahkannya..

"Eh , Tuan Karl dah sedar.. saya tukarkan botol ni ya.. badan Tuan kurang air.. lepasni Tuan kena makan ikut masa ya.. kesian badan tu lemah.."

Jururawat itu bersuara.. Karl Aidyn hanya mendiamkan diri , siling putih itu menjadi tatapannnya..

"Tuan Karl okay kan ? Ada rasa apa apa yang pelik ?"

Soal Jururawat itu lagi.. Karl Aidyn menarik jarum yang berada di tangan kirinya dengan kasar , sebelum menggunakan jarum itu untuk menusuk perutnya berkali kali..

"Tuan !!! Buat apa ni ?!!"

Cepat tangan itu di halang jururawat , malangnya kudrat lelaki Karl Aidyn lagi kuat darinya , berkali kali badannya sendiri di tusuk dengan jarum itu..

"Tuan !! Stop !! Help !! Doctor !!"

Kuat terpikan jururawat itu , memanggil pertolongan , jarum itu sekali lagi di tusuk pada nadi kirinya dengan kuat.. membulat mata jururawat itu memandang..

"Tuan !!"

Gabriel datang dengan cepat , menghalang Karl Aidyn dari perbuatan gilanya.. jarum itu di buang oleh Gabriel , darah mula keluar dari badan dan nadi Karl Aidyn .. cepat jururawat itu keluar untuk meminta pertolongan.. badan Karl Aidyn di peluk Gabriel , menghalang badan itu dari meronta..

"Sabar Tuan !!"

Pucat wajah Gabriel menenangkan.. kelihatan keadaan Karl Aidyn semakin lemah.. matanya kelihatan perlahan tutup merapat.. Gabriel panik..

"Nurse !! Cepatt Nurse ! !"

Kuat laungan Gabriel.. pipi Karl Aidyn di tepuk perlahan..

"Tuan !! Bangun !!.."

********

"What ??"

"Saya tak pernah minta apa apa dari Cik Puan.. tapi kali ni saya merayu , tolong.. tolong tenangkan Tuan Karl.."

Resah suara Gabriel.. Aara memicit kepalanya.. berat secara tiba tiba fikirannya.. kerja gila apa yang cuba di buat Karl Aidyn.. melihat Karl Aidyn jatuh longlai di depannya semalam nak luruh jantung di buatnya.. tipulah kalau kejadian semalam tak memberi kesan apa apa padanya , semestinya dia teramat risau.. menantikan perkhabaran suami.. Aara tak mampu untuk menjadi begitu kejam.. hatinya selalu saja di usik risau..

**************

"Saya tak tahu apa yang Tuan Karl cuba buat.. nadinya luka.. kalau tak cepat tadi , mungkin dia tak selamat.."

Aara menelan liurnya.. terasa pahit mendengar kata kata Gabriel itu.. dia mendiamkan diri..

"Cik Puan.. saya tahu Tuan Karl buat salah.. terlalu sukar untuk beri dia kemaafan , kalau saya di tempat Cik Puan , mungkin saya pun akan berbuat begitu.. maaf kalau saya lancang.. Tuan Karl perlukan Cik Puan.."

Diego di tepi hanya menunduk pandang..

"Saya tak pernah tengok dia dalam keadaan macam ni... tak pernah saya tengok dia mengamuk macam ni.. masa Cik Puan dekat hospital.. saya tak pernah tengok dia tinggalkan hospital ni.. dia selalu nak ada dengan Cik Puan.. Dia ikhlas Cik Puan.. walaupun tak boleh nak jaga Cik Puan dalam ward , dia tetap tunggu dalam kereta.."

Gabriel nampak murung..

"Sebelum dia kemalangan , dia tak pernah jumpa perempuan lain.. saya percaya dia dah berubah.. dia balik mabuk , tapi mulut dia tak pernah berhenti sebut nama Cik Puan.. dia tak nak jumpa mana mana perempuan selain Cik Puan.. saya cakap apa yang saya lihat dan saya dengar.. buat pertama kalinya saya dengar dia menangis.. sebab nak jaga Cik Puan.."

"Leave me.."

Ucap Aara sepatah.. Gabriel menunduk pandang.. Diego tanpa berkata , berjalan meninggalkan Aara.. Dengan perlahan , Gabriel turut mengikuti langkah Diego.. Aara memasuki ward Karl Aidyn berada..

Aara menyentuh lembut pipi Karl Aidyn.. balutan pada badan Karl Aidyn di tatap lama.. tangannya juga berbalut akibat melecur... pergelangan tangan kirinya juga berbalut , mungkin kerana tusukan jarum yang di beritahu Gabriel..

"I try to hate you , but I can't.. Cinta I terlalu banyak berbanding benci I.. I minta maaf.."

Airmata Aara menitis perlahan di pipinya..

***********

Masa terus berjalan.. sampai malam datang menyinggah.. dalam kecerahan yang malap , Aara masih menatap pandang wajah Karl Aidyn yang masih tidak sedarkan diri , terasa terlalu lama suaminya berehat , sekarang keinginannya membuak buak untuk melihat sepasang mata itu menatapnya.. itu yang di ingininya sekarang.. Bunyi pintu ward di ketuk menyentapkan Aara dari lamunan.. tanpa menjawab , pintu itu terus di buka dari luar.. kedengaran langkah mendekati Aara..

"Cik Puan.. malam dah lewat ni.. kita balik dulu ? Dari siang tadi Cik Puan kat sini kan.. berehat kat rumah.. esok kita boleh datang balik.."

Suara Diego memecah kesunyian di dalam ward itu.. Aara tidak berganjak dari siang tadi.. Hati Diego datang cemas.. tidak juga baik untuk kesihatan Aara..

"You balik dulu.. nanti I rasa nak balik.. I boleh call grab.. don't worry.."

"Tak boleh Cik Puan.. sekarang pun dah pukul 12 tengah malam.. Cik Puan pun kena rehat.."

"You buta ke ?? Tak nampak sofa kat sana ? I boleh rest kat sini kalau I nak.. kalau you nak balik.. just go !! I nak stay kat sini.."

Tegas kedengaran suara Aara.. Diego mengeluh perlahan.. dia mengangguk faham walaupun Aara tidak memandangnya.

"Saya dengan Gab tunggu kat cafe.. Cik Puan nak makan apa apa ?"

Aara hanya menggeleng..

"Kalau ada apa apa , call saya.. saya pergi minum kejap.."

Aara hanya mendiamkan diri.. Diego faham.. dia berlalu pergi.. dia tahu Aara tetap dengan kemahuannya..

Pendamping Untuk Cik AaraDonde viven las historias. Descúbrelo ahora