ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 38

3.6K 85 11
                                    

Raffa cuba memberanikan dirinya , dia duduk di kerusi di hadapan Uncle Abbas..

"Raff dah buat keputusan Pa.. Raff akan melamar Aara.."

Laju kepala Uncel Abbas mendongak memandang anak angkatnya itu..

"Kamu dah gila ?? Karl pun masih kita tak jumpa.. sekarang plan bodoh kamu pulak nak melamar Aara ? Otak kamu letak mana ?"

Marah Uncle Abbas , tak di sangka sangka itu rancangan Raffa..

"Kenapa pa ? Berapa lama kita nak kena tunggu ? Berapa lama Raff nak kena tunggu ? Dah hampir dua minggu Karl hilang.. dia dah mati lah pa.. Apa yang papa harap sangat ni ?"

"Kalau mati mana jasadnya ??!"

Memerah wajah lelaki tua itu menahan marah dengan anak sendiri.. ada saja kerja Raffa yang memeningkan kepalanya..

"Habis Raff kena tunggu mayat dia ? Papa nak Raff dengan Aara kawin depan mayat dia ke ?!"

"Raff !! Kau ni macam tak ada perempuan lain !!"

Uncle Abbas mula berdiri..

"Kenapa ? Suami Aara dah mati kan !! Dia dah tak ada suami , apa yang salah nya ?? Dia single , Raff pun single.. hubungan kami tak ada penghalang.."

Uncle Abbas senyum sinis mendengarkan kata kata Raffa..

"Hubungan kamu berdua ?? Kamu yakin ke Aara boleh terima kamu ?"

"Sebelum ni pun , dia dan Karl kawin bukan sebab cinta.."

"Sebab cinta lah Aara bertahan lama tu !!! Kamu tak tahu apa apa , papa tahu Aara cintakan Karl ! Dia bertahan dua tahun dengan Karl sebab dia cinta ! Kamu jangan berangan Aara nak kawin dengan kamu.. cermin dulu diri tu.."

Uncle Abbas merenung tajam wajah Raffa..

"Raff tak nampak setitik pun airmata dia masa Karl hilang.. dia langsung tak peduli dengan kehilangan Karl.. Raff yakin Raff boleh dapat dia.."

"Angan angan kamu tinggi betul , papa tak akan jadi penghalang kalau itu yang kamu mahu , tapi pasti ke kamu , Aara akan terima lamaran kamu ? cuba saja.. papa nak tengok sejauh mana perginya mimpi kamu.."

Uncle Abbas berlalu pergi.. Raffa mengeluh kuat.. meja itu di ketuk derah.. kata kata papanya memamg menyakitkan hati..

***********

Gabriel meletakkan file file itu di atas meja , depan Aara.. Aara memandang wajah Gabriel dengan tanda tanya..

"Kami percayakan Cik Puan.. ni semua Tuan Karl yang handle masa dia ada , saya serahkan pada Cik Puan sekarang.."

Aara membuka file file itu , banyak kapal kapal dan kontena atas nama Karl Aidyn..

"Cik Puan boleh sign kat bawah , halaman terakhir.."

Aara meneliti fail fail tersebut..

"Kita boleh tunggu..."

"Saya minta maaf Cik Puan.. saya percaya Tuan Karl pun nak saya buat macam ni , serahkan semua pada Cik Puan.. dari berita yang saya dapat , pencarian kita tu semua.. tipis Cik Puan.. saya minta maaf.."

Gabriel menunduk kesal , kesal kerana tak berjaya menemukan Karl Aidyn sehingga sekarang , kekesalannya menebal dalam diri , kerana membiarkan Karl Aidyn keluar keseorangan di waktu itu.. andai dapat di undur waktu , semestinya dia berkeras untuk menjaga baik Karl Aidyn..

"You yakin ke Gab ?"

Soal Aara lagi , dapat Aara lihat wajah Gabriel agak lain selepas kehilangan Karl Aidyn , mungkin berat untuk menerima perkara yang menimpa tuannya.. Gabriel mengangguk lemah..

"Saya minta maaf sebab tak dapat jaga Tuan Karl dengan baik.."

"It's okay Gab.. ni bukan salah you.. tak payah rasa bersalah.. you tak salah pun.. hmm.. dokumen ni you perlukan sekarang ?"

Terlalu malas untuk Aara selesaikan semua dokumen sekarang..

"Tak apa Cik Puan.. Cik Puan boleh baca dulu.. kalau dah teliti dan pasti , Cik Puan boleh sign dan bagitahu saya lepas tu.."

"Okay Gab.. thanks.. I masih perlukan you.. buat apa yang patut , jaga apa yang Karl tinggal dengan baik.. Kalau ada apa bagitahu I.."

"Baik Cik Puan.. kalau tak ada apa apa , saya perlu dulu.."

Aara hanya mengangguk membenarkan.. Gabriel berlalu pergi. Aara menyandarkan bahunya pada kerusi empuk itu , terasa pening dengan semua kerjaannya.. handphone yang tiba tiba berbunyi itu di pandang Aara..

MARTIN

"Hai.."

Sapa Aara..

"Hai Aara , you free malam ni ? Boleh keluar dinner ?"

Martin langsung berterus terang , tak mahu berdalih dalih.. Aara mengarukan dahinya yang tak gatal , memikirkan jadual malam nanti , terlalu sibuk atau tidak..

"Hurm.. sorry  Martin , malam nanti tak boleh.. I ada urusan dengan family.."

Tipu Aara.. dia hanya mahu berehat untuk malam nanti , rehatkan badan dan juga mindanya yang berserabut..

"Oo , its okay.. next time maybe ? Bila you free ?"

"Err , nanti I bagitahu yaa.. sebab sekarang jadual I padat sangat.. sorry again.."

Martin mendengar kecewa.. Hatinya berkeluh kesah mendengar jawapan Aara..

"Its okay Aara , bagitahu saja bila you free , I belanja you makan.."

"Okay Martin.."

Hanya itu dari Aara.. Martin buat buat ketawa , menyembunyikan sedihnya..

"Orait Aara.. see you later.."

Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now