ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 9

4.1K 122 0
                                    

Aara mengunyah buah epal itu , hari kedua dia di hospital sangat membosan.. Badannya semakin sihat untuk beraktiviti seperti biasa. Dua hari itu juga wajah Karl Aidyn langsung tidak kelihatan , Aara di hospital tidak langsung lelaki itu melawati.. Tanpa sedar , Aara sendiri menantikan kedatangan lelaki itu , dia sendiri tidak pasti mengapa , mungkin rindu ingin bergaduh.. Aara membuang pemikiran untuk lelaki itu jauh jauh , seperti tidak berguna untuk di fikirkannya.. Karl Aidyn bermanja mesra dengan orang lain , sedangkan dia ? Berbaring saja menanti badan untuk sembuh.. Ketukan pintu mematikan lamunan Aara , doktor sudah senyum memandangnya.

"Macam mana hari ni Puan Aara ? Okay ?"

Tanya doktor itu dengan ramah , Aara mengangguk sambil tersenyum.

"Better.. I dah boleh balik kan.. Kerja dah rindu kat I, Doc.."

Ketawa kecil Doktor mendengar gurauan Aara.. Nadi Aara di periksanya..

"Hmm.. baik... makin okay.. tapi lebih baik Puan Aara rehat lagi untuk sehari dua kat sini."

Arah Doktor sambil tersenyum.. membulat mata Aara mendengar arahan itu.

"Seriously Doktor ? i demam biasa je kan , tak kan nak kena duduk sini sampai lima enam hari.."

Aara sudah membuat muka sedihnya.. Serba salah Doktor , ini semua kerana arahan Raffa untuk membiarkan Aara lebih lama di hospital , Doktor sendiri fikir Aara akan bersetuju , salah telahannya..

"Err.. bukan macam tu Puan Aara.. Saya nak Puan Aara dapat rehat yang cukup.."

"Noo.. double payment.. discharge hari ni.. deal ?"

Cepat Aara membantah..

"Ini soal kesihatan Puan Aara.."

"Doc... lebih lama I kat sini , lagi stress I , tak boleh buat apa apa , baring , tengok tv , boring.. please.. ? I rest kat rumah ? Okay ?"

Doktor menggelengkan kepala mendengarkan Aara.. Sifat degil pesakit vipnya itu langsung tak berubah sejak dulu..

"Baik lah , kalau itu yang Puan Aara nak.. tapi jangan lupa , makan ikut time , kerja jangan kuat sangat.. Kena ada masa rehat.."

Doktor itu mengalah akhirnya.. Aara senyum lebar..

"Iyaa Doc.. I janji.."

Mendengarkan Aara , Doktor itu mengangguk angguk..

"Hmm.. baik.. nanti saya suruh nurse hantarkan surat tu.."

"Thanks Doc.."

Doktor beransur pergi setelah itu , muncul pula seorang perempuan di pintu itu.. Aara tersenyum gembira melihat sosok itu , wanita itu mendekati sambil tersenyum..

"Cik Puan okay ? Risau saya bila Diego cakap Cik Puan masuk hospital.."

Risau wajah itu terpapar jelas ketika ini..

"Lama sangat cuti.. Thanks God you datang hari ni.. Nanti boleh ambilkan barang I kat rumah.. sebab you je tahu apa yang I perlukan.."

"Cik Puann..."

Ika orang bawahan Aara , yang sentiasa menemani Aara sudah kembali bertugas , lega sedikit Aara dengan kedatangan Ika saat ini..

"Iyaa , im okay Ika.. Tengok , I tak apa apa kan.. sihat , boleh makan , boleh senyum.."

Jawapan Aara melegakan Ika..

"So , barang apa yang Cik Puan perlukan sangat tu.."

"I dah boleh discurge hari ni , so.. macam biasa , siapkan baju baju I.."

"Baik !"

Tanpa menunggu apa apa lagi , laju saja Ika keluar dari bilik itu.. Handpone berbunyi menunjukkan isyarat mesej masuk itu di pandang Aara.. Dia mencapai sebelum membuka mesej mesej itu.. Gambar gambar Karl Aidyn lagi , kali ini di padang Golf bersama wanita lain.. Aara menggelengkan kepala.. Nombor si penghantar mesej itu tidak di ketahui.. Raffa ? Atau orang lain... Aara mencampak handphone itu di hadapannya. Persoalannya di biarkan tergantung..

***********

Kereta masuk ke dalam perkarangan rumah itu.. Aara menoleh pandang Raffa di tepinya yang hanya diam dari tadi..

"Kenapa senyap je ni ? Selalu banyak cakap ?"

Aara bersuara.. Raffa tetap menunjukkan wajah murungnya.. Aara faham maksud wajah itu..

"Don't worry.. Im okay.. I boleh rest kat rumah.. kat rumah ni tak ada orang yang akan kacau I.. I boleh rehat dengan tenang.."

Aara menyakinkan.. Raffa sudah menasihatinya untuk berehat lebih lama di hospital seperti saranan doktor , tapi Aara tetap berdegil.. Raffa cuma tidak mahu Aara dekat dengan Karl Aidyn.. Walaupun dia tahu Aara dan Karl Aidyn seperti musuh , tetap saja keberadaan mereka satu bumbung meresahkan Raffa..

"Hmm.. I just risaukan you Aara.. kalau dekat hospital , nurse doktor boleh jagakan you.."

Raffa mula bersuara..

"What ? Dekat rumah ni , pembantu ramai , bodyguard I ramai.. nak risau apa Raffa ? Dorang boleh tengokkan I.. dah laaa.. You pun banyak kerja.. pergi settle dulu.. I pun tak larat.. I nak rehat.."

Aara sendiri seperti malas melayan perangai pelik Raffa , risau berlebih.. tak kuasa berlama lama.. Sebelum keluar dari kereta itu , tangan Aara di tahan Raffa..

"You jangan lupa makan... ikut masa.. ubat pun.. I betul betul risau.. I tak nak you sakitt.."

"Iyaa , I know.. thanks.."

"Take care.."

Aara hanya senyum mendengar pesanan Raffa itu.. Dia cepat cepat keluar dari kereta itu.. Kelihatan semua pembantunya berada di luar pintu utama itu menantikan kehadirannya , Aara hanya senyum nipis..

"Cik Puan perlukan apa apa ? Tuan Abbas baru saja pulang tadi.. Ada hal mustahak katanya , tak sempat nak tunggu kepulangan Cik Puan.."

Salah satu pembantunya bersuara , Aara mengangguk ,datang atau tidak , sama saja keadaannya , lebih baik tiada dari ada , fikir Aara..

"Karl ?"

Soalan itu terbit jua di bibir Aara..

"Tuan Karl dari pagi sudah keluar Cik Puan.. Kami fikir dia pergi menjemput Cik Puan.."

Aara mengangguk lagi.. Menjemput ? Batang hidung pun tidak kelihatan untuk dua hari ini.. 

"Saya nak rehat , tak nak ada tetamu , termasuk Uncle Abbas sekali pun.."

Setelah berkata kata , laju saja kaki itu melangkah masuk ke dalam rumah itu..

Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now