ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 66

3.2K 86 0
                                    

Karl Aidyn laju mendaki tangga itu , cuba mengejar langkah isterinya.. sebelum memasuki bilik Aara , tangan Aara berjaya di pautnya.. berpaling wajah itu menatap Karl Aidyn..

"Apa lagi ? Dia boleh jaga you kan ? You turun bawah , pergi minum dengan dia , layan dia.. macam yang you nak !"

Masih tenang suara Aara walaupun kedengaran sedikit bergetar , sebaknya di tahan..

"Sayang , bukan macamtu.."

Kedua tangannya di raih Karl Aidyn.. cepat dia menarik , tak mahu di pegang..

"Lepaslah ! You tak perlukan I kan ? You perlukan dia.."

"Tak.. you salah faham.. kita bincang elok elok.."

Kelihatan mata Aara mula berkaca.. sakit hatinya bila orang lain yang menjadi belaan Karl Aidyn..

"Bincang apa ? Apa yang tak cukup ? Mona ? Siti ? Mawar ? Berapa orang lagi pembantu yang you nak dekat rumah ni ? Berapa ??? Dorang tu semua tak cukup ? Or apa ? You perlukan peneman masa I tak ada ? Nak Tisya teman you ???"

"Sayang.. bukan macamtu..bukan niat I macam tu.. I just kesian.."

"Kesian kesian !! Sampai bila ? Sampai tua you nak duduk dengan dia ? Nak dia teman you sampai mati ? I ni apa ? Jangan pegang !!"

Bahu Aara yang cuba di raih Karl Aidyn , cepat Aara elak..

"Jangan lah macam budak budak Aara !"

Serius suara Karl Aidyn.. airmata Aara mula keluar..

"Budak budak ? Oo semua ni salah I ? I yang macam budak budak.. dua tahun , I sabar.. sabar dengan perangai you !! Hari ni you boleh pilih perempuan lain berbanding I ? Boleh cakap depan I  , depan perempuan tu.. you pilih dia ?"

Karl Aidyn diam , sepertinya dia tersalah percakapan.. melihat air jernih yang keluar dari mata Aara sungguh menyakitkan hatinya..

"I ingat bila you lost memory.. you akan pilih I.. tapi ? You tetap tak berubah.. perempuan lain tetap jadi keutamaan you.."

Aara meluah dengan sebaknya.. dia tidak lagi menghiraukan malunya di depan suami.. sebelum ini , airmata itu jarang sekali di tunjuk pada suami.. harini dia tewas jua.. Aara membuka pintu biliknya..

"Sayang.. im sorry.."

"You tetap sama !"

Pintu itu di tutup keras oleh Aara , di kunci dari dalam.. Karl Aidyn mula mengetuk..

"Sayang.. salah I.. buka pintu ni.. sayang.."

Tok ! Tok !

Tiada jawapan dari Aara.. Karl Aidyn melepaskan hela panjang..

"Sayang.. I minta maaf.. buka pintu ni.. kita cakap elok elok.."

Tok ! Tok !

*******

Tisya senyum memandang Karl Aidyn di depannya.. wajah Karl Aidyn serius saja..

"I rasa apa yang Aara cakap tu betul.."

Senyuman Tisya mati tiba tiba.. kurang jelas percakapan Karl Aidyn , tapi cukup membuat hatinya gundah..

"Apa maksud awak ?"

"Kalau you perlukan kerja , I boleh dapatkan mana mana tempat yang you nak Tisya.. I boleh uruskan.."

Serius wajah Karl Aidyn memandang Tisya.. Tisya mendekat..

"TApi saya kat sini nak pastikan awak sembuh dengan baik.."

"I dah sembuh Tisya.. biar I cakap terus terang , I dah boleh ingat isteri I.. semua pasal I.. so you tak payah risau..I boleh jaga diri.. jangan risau berlebihan.."

Tisya menunduk pandang , kecewa dengan kata kata Karl Aidyn..

"Kenapa awak berubah ?"

Perlahan suara Tisya..

"I tak pernah berubah Tisya.. I kena jaga hati dan perasaan wife I.. I tak nak sakitkan hati Aara.. dia perlukan I.. and.. I pun perlukan dia.. hubungan kami baru nak baik.. I tak nak hubungan kami makin teruk.. I harap you faham.. I minta maaf.. I boleh bagi apa apa jawatan yang you nak.. dekat hotel ? Restoren ? Kilang ? Just said.. I akan tunaikan..or duit , berapa ?"

Karl Aidyn menatap Tisya penuh pengharapan , harapan untuk Tisya tahu tentang keinginannya.. Tisya menggeleng..

"Bukan itu yang saya nak.."

Murung tampak wajah Tisya.. dia tak mampu berterus terang..

"I harap you boleh faham I.. I tak nak keruhkan lagi keadaan kat sini.. macam you cakap.. ayah nak you kerja kan ? Kumpul duit ? I boleh bagi.. tapi , kerjakan you kat rumah ni.. I tak mampu tunaikan.. rumah ni pun milik Aara.. I pun kena fikir perasaan wife I.. I minta maaf Tisya.."

Tanpa menunggu jawapan dari Tisya.. Karl Aidyn mula melangkah meninggalkan wanita itu sendiri. Dia tekad dengan keputusannya , Tisya harus meninggalkan rumah ini..

****

"So kau dah ingat semua ?"

Karl Aidyn menoleh pandang ke arah suara itu.. Raffa sudah berpeluk tubuh memandangnya Karl Aidyn , dia menyandar tenang , menanti jawapan dari Karl Aidyn..

"Baru ingat.. atau selama ni hanya berlakon ?"

Raffa memandang serius.. Karl Aidyn menatap kosong wajah itu , seperti tiada kerisauan dengan persoalan Raffa.. Karl Aidyn berpaling ingin segera beredar , dia merasa tak penting untuk menjawab soalan Raffa.. cepat Raffa mengejar langkah Karl Aidyn..

"Aara tak tahu kau tipu dia kan ?"

Langkah Karl Aidyn tidak terhenti..

"Kau ingat Aara tak ada perasaan ?"

"Raffa.. close your fxcking mouth.. aku tak nak kau masuk campur hal aku dan Aara.."

Wajah itu sudah menghadap wajah Raffa.. langkah mereka berhenti di tengah tengah tangga itu..

"Aara tak suka orang tipu dia.."

"I know my wife very well..!"

Koler baju Raffa di tarik Karl Aidyn , tertarik merapat badan wajah itu ke depan muka Karl Aidyn.. Wajah Raffa sudah pucat.. dia sedar mereka di atas tangga , bila bila masa saja Karl Aidyn boleh menolakknya dari tangga itu..

"Aku tahu kau sayang nyawa kau.. dan aku tahu , Aara sayang aku.. kalau kau rasa nyawa kau penting , jauhkan diri dari Aara.. aku tak nak kau dekat dekat dengan wife aku.. cukup kaki kau yang tembus peluru , jangan sampai peluru aku tembus kat kepala kau.."

Karl Aidyn melepaskan koler baju Raffa dengan tenang , cepat Raffa membetulkan badannya supaya tidak jatuh tersungkur dari tangga itu.. Raffa menarik nafas panjang melihat kepergian langkah Karl Aidyn..

Pendamping Untuk Cik AaraOnde as histórias ganham vida. Descobre agora